02:21

Resepi Laksa Menggunakan Tin Sardin

by , in
Selalunya Lisa nak buat laksa memang akan menggunakan ikan kembung atau ikan sardin dan kemudiannya akan keluarkan isi dari ikan tersebut. Tapi disebabkan sekarang ni Lisa tinggal di negara Qatar di mana ikan kembung atau ikan sardin agak sukar didapati dan maka terjadilah jarinya menggoolge resepi laksa yang menggunakan ikan dalam tin sardin.

Sebenarnya, boleh terfikir nak menggunakan ikan dalam tin sardin sebab teringat kakak Lisa pernah cakap kalau malas nak kupas isi ikan tu, beli je tin sardin. Senang, mudah dan cepat.

Waktu Lisa decide nak buat laksa sebenarnya banyak barang yang tak cukup antaranya ikan kembung, bunga kantan, asam keping dan mee laksa. So, kami decide nak pergi ke mall beli barang-barang tersebut.

Balik je dari mall, rupanya Lisa tersalah beli mee laksa tu, sepatutnya mee laksa adalah rice sticks tapi terbeli cornstarch stick. Aduh!!!

Ni barang yang Lisa ganti bahannya di mana fungsi lebih kurang.

Ikan kembung digantikan dengan tin ikan sardin
Bunga kantan dah cari tapi tak jumpa so tak payah letak
Asam keping tak jumpa so ganti dengan asam jawa
Mee laksa beras ganti dengan mee tepung jagung

Ha!!!Nampak tak, skill creative aku makin berkembang pesat bila duduk di negara orang ni.

Kesimpulannya Resepi Laksa Menggunakan Tin Sardin adalah seperti berikut:

Setengah bungkus cornstarch sticks
Garam
Gula
5 cawan air
Daun Kesum
1 cawan asam jawa

Bahan Kuah:
Setengah inci belacan
1 labu bawang
8 keping cili kering yang telah direndam dalam air panas
1 cawan air kosong
1 tin sardin (sosnya ambil sedikit sahaja)

Bahan Hiasan
Bawang merah dipotong dadu
Telur direbus dan dipotong 2 atau 4 bahagian
Timun dipotong mancis

Cara-cara
1. Rebus mee laksa sehingga kembang dan toskan.
2. Blend semua bahan kuah sehingga hancur dan pekat.
3 Masukkan bahan blend dalam periuk dan tambahkan 5 cawan air.
4. Masukkan asam jawa, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
5. Bila dah menggelegak dan rasa pun sedap yang korang nak maka boleh tutup api dan hidang untuk keluarga dan diri sendiri.



Mudahkan cara aku masak ni. So korang pun boleh buat dirumah. Jimat, cepat, senang dan mudah.




03:22

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ

by , in
Sebelum tidur, tiba-tiba ternampak entry dari blog tengku butang iaitu TB nama famous nya mengenai Tengkubutang's Giveaway! Happy birthday hubby and harraz. Kebetulan Fareeq pun dah tidur dan inilah masanya untuk Lisa berblogging dan 'me time' depan lap top. Kalau tak jenuh juga nak menghadap laptop ni, sebab Fareeq akan join dua kaki menaip key board ni.

So kali ni TB buat giveaway sempena birthday husband and anaknya harraz. Paling best hadiahnya adalah wang tunai.




Kepada blogger malaysia atau yang ada blog boleh sertai giveaway ni, mana tahu rezeki kita boleh dapat hadiah percuma dari barisan sponsor yang baik ni.


20:13

Tradisi Perkahwinan Orang Jawa di Banting

by , in
Follow my blog with Bloglovin

Tujuan utama dua minggu lepas kami balik ke Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar Lisa di Banting, Selangor dan untuk melepaskan rindu dekat orang yang tersayang, sudah pasti mak dan abah serta mak abah mertua. Fareeq pun rindu sangat dengan mak ngah dan mak cu dia. Sepanjang kami di Qatar, Fareeq tak habis-habis sebut nak jumpa mak cu dan mak ngah. 




Sebelum balik Malaysia, husband Lisa dah siap pesan kat Lisa tentang bila kami balik je kampung kena siap sedia fizikal dan mental sebab banyak kerja yang perlu kami buat untuk persiapan majlis kahwin adik ipar ni. Husband Lisa adalah keturunan jawa di bahagian Banting, Selangor. Dia boleh cakap jawa sepenuhnya. Kadang-kadang bila suami cakap jawa dengan mak abah mertua memang Lisa tak faham sangat mula-mula kahwin dulu tapi bila dah lama dah boleh faham sikit cuma nak cakap tu masih tak reti lagi. 

Muka yang masih jetlag lagi. Pukul 9 pagi Jumaat dah start buat persiapan untuk ahli sinoman nak memasak.


Barng-barang untuk memasak dah disediakan.

Buah kelapa yang bakal diparut untuk dimasukkan dalam masakan. Semua buah kelapa ni, mak abah mertua yang tanam.

Sesi memotong ayam dan daging dijalankan.

Sebelum hari majlis perkahwinan, jiran-jiran dan sedara mara akan hantar dan beri barang mentah seperti minyak, bawang, rempah ratus, beras dan kerepek kepada mak abah mertua untuk digunakan pada hari majlis. Selalunya, 2 minggu sebelum dorang dah start hantar barang dah. 

Untuk pengetahuan anda, tradisi perkahwinan orang jawa di bahagian sini adalah perkahwinan tersebut diadakan 3 hari 2 malam. Kami start masak waktu pagi jumaat untuk sediakan makanan kepada ahli merewang(sinoman dalam bahasa jawa) untuk makan tengahari. Pembahagian tugas memasak sepanjang 3 hari ni diberikan. Petang jumaat masak untuk makanan bagi majlis tahlil dan orang surau waktu jumaat malam. Masakannya seperti mee goreng dan kuih muih serta ahli surau akan bawa balik makanan dalam dulang iaitu nasi ambang. 



Nasi ambang dalam dulang dibahagikan untuk ahli surau yang hadir.


Sabtu pagi ahli sinoman dan sedara mara akan datang untuk masak tenghari dan makan malam sebab majlis untuk tetamu bermula petang sabtu. Tetamu yang tidak dapat hadir waktu majlis hari ahad boleh hadir pada hari sabtu. Seawal 8 pagi kami dah start masak secara berjemaah. 

Khemah siap dipasang.


Pagi ahad juga sama seperti pagi sabtu, seawal 8 pagi kami mula masak untuk tetamu yang akan datang pada tengahari hari ahad. Majlis belah jawa memang meriah. Dari A sampai Z semuanya kami buat sendiri cuma khemah, pelamin, barangan dan peralatan masak kami ambil dari orang luar. 
Untuk menu 3 hari ni, mak mertua Lisa memang dah siap listkan dan tampal di ruangan masak di belakang rumah supaya ketua ahli sinoman akan noted untuk nak masak apa dan bahan yang digunakan.

Waktu Lisa kahwin dengan husband dulu, tradisi perkahwinan ni memang Lisa rasa baru dalam hidup sebab keluarga belah Lisa semuanya kami bagi kat orang luar termasuk catering, pelamin, doorgift dan lain-lain lagi. Dan majlis perkahwinan hanya sehari dan hanya waktu makan tengahari sahaja. Sedara mara datang semasa majlis sahaja kemudian mereka pulang. Tetapi di sini jauh beza dengan cara perkahwinan belah Lisa.

Hari jumaat, sedara mara dah start datang dan berkumpul untuk bantu keluarga belah husband. Mak-mak sedara ada yang tidur di rumah mak abah mertua. Sepanjang 3 hari ni, rumah mak abah mertua memang meriah dan ditambah dengan keriuhan suara kanak-kanak. Tapi paling kuat suara Fareeq. Dia happy sangat sebab kat sini ramai kawan.

Doorgift pop corn dah dihantar. Total 2000 unit untuk para tetamu yang hadir.

Sesi memasak di bahagian belakang rumah.

Orang sinoman dah datang untuk memasak beramai-ramai



Kerepek yang diberi oleh jiran-jiran dan saudara mara


Nama makanan ni adalah Katewol. Ni antara makanan tradisional orang jawa. Cara nak buatnya agak remeh tapi sedap. Mak sedara husband suruh Lisa rasa makanan ni, mula-mula macam tak nak rasa tapi bila mak sedara kata at least merasa. So bila Lisa rasa makanan ni terus fall in love.

Antara bahan yang digunakan adalah tepung ubi, gula, parutan kelapa dan garam. 


Jumaat malam ada sesi berinai. Aku pon join dua kaki. Cantik adik ni buat.

Sesi masukkan bunga telur.


Petang sabtu, selamat adik ipar dinikahkan. Alhamdulillah.

Antara kuih muih yang dihidangkan


Makanan yang dihidangkan ketika majlis sabtu dan ahad. 

Kelebihan bila masak secara sinoman ni, makanan memang banyak dan siap boleh bungkus beri kat ahli sinoman dan saudara mara. Tapi bila guna catering, makanan kena dicatu sebab takut terkurang dari jumlah tetamu. 

Disebabkan Lisa memang suka makan, so kali ni memang makan dengan gembiranya. Makanan semua sedap-sedap. Hehehe...

Kompang dipalu pengantin baru.



Alhamdulillah mak abah dan adik beradik Lisa pun datang ke majlis perkahwinan adik ipar ni.


Alhamdulillah selesai sudah majlis kahwin adik ipar. Akhirnya, dia bertemu dengan jejaka pilihan hati. Semoga bahagia hingga ke syurga.

Untuk pengetahuan korang, majlis perkahwinan ni tidak berhenti bila tetamu semua dah balik sebab malam ahad akan ada sesi mengira duit salam kaut. Bermaksud duit yang diberi oleh tetamu yang hadir.

Bila semua duit dah dijumlahkan, maka sesi untuk membayar semua perbelanjaan yang dibelanjakan ketika majlis. Sebab itulah, bagusnya salam kaut ni seolah-olah meringankan beban tuan rumah. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Mak mertua kata, salam kaut ni ibarat duit kutu. Contohnya kali ni kita buat majlis orang bagi duit kat kita dalam sampul nanti majlis kahwin anak orang tu kita bagi balik jumlah duit tersebut atau nak bagi lebih pun boleh. Sebab itulah setiap sampul akan ada tulis nama oleh pemberinya.

Indah betul tradisi perkahwinan orang jawa ni. 












14:41

Percutian Sehari di Padang Pasir Masaieed, Qatar

by , in
Sebenarnya lagi seminggu dah nak balik Malaysia, so dalam hati lebih excited nak jumpa orang yang tersayang dan rindu dengan makanan di Malaysia. Tapi tak sangka seminggu sebelum tu, husband tanya nak sertai  tak group kawan-kawan kerja dia pergi Desert Trip ke Sand Dunes Qatar, Mesaieed. Kami discuss dan buat decision nak join group tersebut sebab bila dah masuk musim sejuk, baru best nak ke kawasan desert/ padang pasir kalau tak ,panas terik habis hangus kulit ku. Dan lagi best bila pergi ramai-ramai macam buat family day secara tak rasmi.

Kami gerak dari Ezdan Hotel pada pukul 7 pagi dan perjalanan ambil masa sejam ke Mesaieed.

Rupanya Mesaieed ni ada dua bahagian iaitu bahagian pertama padang pasir / sand dune. Di sini korang boleh tengok bukit bukau padang pasir. Tiada tumbuhan mahupun saluran air. Hanya semata-mata pasir sahaja.

Bila Lisa berada di tengah padang pasir ni tetiba teringat kisah-kisah nabi kita. Bagaimana nabi-nabi boleh berjalan beribu kilo meter dengan keadaan yang panas terik dan tiada sumber air pun. Teringat juga kisah Maryam dengan nabi Isa. Subahanallah rasa pertolongan ALLAH kepada nabi sangat dekat.

Tak dapat nak bayangkan nabi-nabi dan sahabat boleh hidup di tengah padang pasir.

Hebat kuasa ALLAH.

Aktiviti yang boleh dilakukan di padang pasir di sini antaranya berkhemah, riding camel, ATV dan naik 4x4. Tapi hati-hati sebab padang pasir ni boleh menyebabkan kereta atau ATV kita tersangkut. So, make sure nak naik kereta dan ATV kena ada kawan, supaya kawan tu boleh tolak kenderaan korang yang tersangkut tu.

Macam kitaorang dah kena banyak kali. Huaaa.... sabar je lah!!!

Bahagian kedua adalah Sealine Beach di mana pantai ni terletak betul-betul sebelah padang pasir. Dan ia mengadap Arabian Gulf. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkelah. Air lautnya sangat bersih dan suasana di sini pun sangat nyaman.

Nak berkelah satu keluarga pun best.

Sebelum bertolak ke Desert Trip, kami singgah dulu pekena breakfast Indian Dish di MRA Restaurant, Doha.


Ni antara ahli group yang join Desert Trip.



Food Truck pun ada juga di sini tapi makanan tak banyak sangat pilihan.



Ni kami baru sampai di Sand Dune yang menghadap Sealine Beach. 


Happy Fareeq and Papa naik unta. Ni kali kedua dorang dapat naik unta. Kali pertama waktu kami travel ke Turki. Tapi unta di Turki rendah sikit berbanding unta di Qatar. Tinggi dan gayat beb.


Tiba-tiba aku terjoin group lain pulak untuk naik unta. Sepatutnya, naik dengan papa and Fareeq sekali tapi takut lebih muatan nanti unta tak boleh nak bangun pulak. Hehehe...


Mampu posing tepi unta je. Nak menghadap unta rasa ngeri pulak. Please be nice to me, oh camel.


Amboi santai hang no!!!


Bila dah sampai di area sand dune, korang akan nampak sederet khemah yang menawarkan sewa ATV dan kenderaan bermotor. Boleh pilih mengikut jenis ATV yang korang suka dan harga juga pun boleh dibandingkan.



Fareeq and his girlfriend, Piya memang sukar dipisahkan.


Husband ak tengah briefing dengan kawan-kawan dia cara menggunakan ATV. Tapi sebenarnya dia pun first time naik ATV ni. Heheh... tak pe yang penting confident level tu.


Muka happy sebelum ATV kitaorang sangkut dalam pasir. 


Dah lama tak bawa motor, tetiba rasa pelik pulak nak bawa ATV ni. Tapi nak ikutkan senang juga sebab ada 4 tayar, insyaALLAH tak jatuh. Heheh


Jenis macam kereta pun ada juga kalau korang nak naik. Tapi ni lebih sesuai untuk keluarga besar dan harganya lebih mahal dari sewa ATV.


Lepas puas main dan jalan-jalan di sand dune, kami gerak ke sealine beach untuk berkelah dan makan-makan sebelum bergerak balik ke Doha.

Pantai di sini sangatlah bersih dan bila musim sejuk baru ramai orang Qatar dan expat berkelah di sini. Jika musim panas tiada siapa nak berkelah sebab panas padang pasir memang hangat macam menggigit daging je.

Kami bawa bekalan dari rumah dan masing-masing masak untuk dimakan di sini.

Di Malaysia, tepi pantai selalunya ada pokok kelapa tapi kat sini nak carik pokok pun susah so memang berkelah di tengah-tengah padang pasir.


Kami sempat singgah di Souq Wakrah. Struktur bangunan di sini adalah sangat unik dan ia mengetengahkan Arabian style. Bila korang jalan di sini seperti korang berada di zaman negara Arab dahulu kala. Tapi bangunan di sini lebih berbentuk kemodenan berbanding di Souq Wakif.

Fareeq jatuh waktu main lari-lari kat sini, super excited kot!!





Souq Wakrah ni terletak betul-betul sebelah pantai dan terdapat sederet restoran yang menghadap pantai ni. Sangat santai dan nyaman.

Kami sempat dinner di sini di samping menikmati keindahan pantai serta pemandangan laut yang cantik.


Really enjoy this moment.


New experience for us.










02:02

Lazada Online Revolution Blogger Contest

by , in
Bila dapat email dari Lazada Malaysia tentang sale secara besar besaran sempena 11.11, kami suami isteri memang tak lepaskan peluang membeli belah secara online di laman web yang terkenal di Malaysia. Potongan diskaun bukan setakat 5% Aatau 10% sahaja tetapi sehingga lebih 60% diskaun yang diberikan. Paling best bila harga adalah RM11 untuk barang yang terpilih. Yang terbaru Lazada Malaysia sedang mengadakan kempen Lazada Online Revolution dan ia bakal menawarkan diskaun yang tinggi kepada pembeli.

Untuk pengetahuan anda, Online revolution yang diadakan oleh Lazada bermula 11 November hingga 14 Disember 2017. Maka, anda masih ada dalam 3 minggu lagi untuk merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia.


https://www.lazada.com.my/online-revolution/


Dalam masa yang sama, bersempena Lazada Online Revolution ini, Lazada mengadakan contest kepada semua blogger untuk memenangi hadiah yang lumayan dengan syarat menjawab soalan seperti di bawah.

Ini adalah pengalaman Lisa sendiri dalam membeli secara online menggunakan website Lazada Malaysia.


Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Saya masih ingat lagi yang produk pertama saya beli dari website Lazada Malaysia adalah handbag hitam berjenama Harrods. Sehingga kini, saya masih menggunakan handbag tersebut kerana ia sangat cantik dan tahan lasak. Ramai teman-teman memuji kecantikan handbag tersebut. Dan service delivery sangat cepat iaitu mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja sahaja.



Which types of products would you prefer buying online? 

Antara produk yang saya suka membeli secara online adalah barangan kanak-kanak iaitu untuk anak bujang saya ni seperti permainan, pampers dan pakaian. Selain itu, saya juga suka produk seperti aksesori wanita seperti handbag, shades dan sebagainya.

Tapi berbeza dengan suami Lisa, dia lebih suka membeli barang di Lazada Malaysia seperti gadjet dan aksesori lelaki. Baru-baru ini, dia membeli laptop dari Lazada Malaysia dan kualitinya sangat berpuas hati.

What do you love about online shopping? 

Lisa sukakan online shopping sebab dapat lihat review dari pelanggan yang sudah menggunakan produk dan service tersebut. Dengan adanya review dan testimoni yang bagus, Lisa lebih confident untuk membeli barangan tersebut.

Selain itu, boleh menjimatkan masa dan tenaga. Kadang-kadang, kita tiada masa untuk keluar membeli barang dan barangan tersebut tidak ada di kawasan tempat tinggal kita.
Dengan online shopping ia memudahkan lagi urusan harian kita.

Dengan online shopping juga, ia seperti kita mendapat hadiah apabila postman datang ke rumah dan menyerahkan bungkusan tersebut kepada kita. 

Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Semasa Online Revolution sales yang dianjurkan oleh Lazada, Lisa telah beli barangan kosmetik iaitu seperti di bawah. Dan Lisa juga telah merancang untuk membeli lagi barangan permainan kanak-kanak untuk Fareeq.





Dengan adanya Lazada Online Revolution ini, ia dapat membantu rakyat Malaysia untuk membeli secara bijak dengan penjimatan yang diberikan serta barangan yang berkualiti disediakan,




Semoga Lazada Malaysia akan terus membuat offer and sales untuk pelanggan setia di Malaysia.


17:14

Bila Artis Sinetron Dipanggil Bibik...

by , in
Siapa kawan facebook Lisa dan perasan post Lisa last two week tentang diri ni disangkakan nanny kepada Fareeq. Kisahnya bermula bila Lisa turun playground dengan memakai pakaian Tshirt besar dan tudung sarung je sambil temankan anak bujang nak main di playground.

Tengah Fareeq main buaian, tiba-tiba dia boleh tertido dalam buaian tu.


Sambil Lisa ayunkan buaian tersebut, ada seorang minah Kenya with kid datang mendekati Lisa. Sambil, dia ayunkan that kid, dia berbual dengan Lisa. Tapi soalan first dia memang tak boleh bla...Hahhaha



'Are you his nanny?'
Mula-mula rasa nak hempuk je dia tuh, tapi Lisa terus je jawab
'No, I'm his mother' Nada Lisa tiada nada marah pun masih cool lagi.
'Oh sorry, I'm his nanny' Dia tunjuk diri dia dan budak tu. Kiranya, budak tu anak asuhan dia.

Dia terus tunduk malu. Dan kebetulan memang nak balik dah sebab kasihan tengok Fareeq, tidur dalam keadaan tak selesa. Lisa terus angkat dia dan bawa balik.

Lisa mengadu kat husband tentang kejadian tersebut. You know what my husband reply. Here!!!




Lepas kejadian hari tu, bila si minah Kenya tu jumpa Lisa dia buat muka malu dan memang tak nak tegur dah. Lagipun, trend di sini yang selalu bawa budak-budak ke playground adalah nanny/bibik, jarang sangat nak jumpa parents bawa anak-anak main playground. May be their parents so busy with their life.

Actually, Lisa tak kisah dan tak marah sangat pun orang nak panggil kita kuli ke atau bibik ke because people always said about their first impression. So, tak perlu pun nak marah bila orang tengok kita di tahap mana. At least, bila kita face that situation, I aware how small I am. Always jadi hamba Allah. Siapa kita nak bergelar Tuan sedangkan milik bumi ini Allah punya.

Down to earth. Humble.

For your information, kebanyakan bibik/nanny di negara Qatar consist of people from Asian such as Indonesian and Philipine. No wonder la, bila dia tengok Lisa ni macam bibik almaklum muka Asia kan. Pekerja dan buruh di sini also dari Indonesia and Philipine. Kebanyakan yang jadi Tuan di sini adalah orang Arab, orang Putih dan orang dari negara Europe. Tapi Ada juga orang Asia kerja pangkat tinggi tapi tak seramai golongan di atas.

Sampai satu tahap, Lisa rasa bila tinggal di Qatar bukannya perlu belajar bahasa Arab tetapi bahasa English and Philipine sebabnya kami banyak deal dengan orang mereka. Cashier, cleaner, promoter,driver semuanya dari philipine and India.

Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Hikmah dari situasi tersebut, sabar itu indah. Humble. Kita ni orang biasa-biasa saja. Kita hamba ALLAH, pemilik Alam semesta.