34 Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Hingga 8 Bulan


September 26, 2019
Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang masih bayi berusia 6 bulan hingga 8 bulan, tentu sekali kadang-kadang anda rasa 'Apa nak masak untuk anak ye?', tiba-tiba kita jadi blur tak tau nak masak apa. Maklumlah makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan sudah tentu bahan dan cara masakannya berbeza sedikit dengan makanan kita yang dewasa dan anak yang lain yang sudah meningkat umurnya. Mungkin ada sesetengah di kalangan kita yang baru menjadi ibu bapa, kita juga tidak tahu apa resepi makanan bayi 6 hingga 8 bulan untuk dimasak.

Dan kebiasaannya, kita sering dengar hanya puri sahaja yang sering dimasak untuk makanan bayi ini tetapi sebenarnya banyak sangat resepi puri yang boleh kita pelbagaikan supaya anak mempunyai selera makan dan tidak sabar menunggu masa untuk makan.

Dinasihatkan kepada anda yang masih baru menjadi ibu bapa dan ingin masak untuk makanan bayi, bahawa bawah umur setahun sebenarnya garam dan gula atau penambah perasa kalau boleh cuba elakkan dan tidak letak dalam makanan bayi. Supaya kenalkan makanan yang natural dahulu kepada mereka.

Disebabkan itulah, kali ini Lisa kongsikan dengan anda tentang 34 resepi makanan bayi 6 bulan hingga 8 bulan untuk dijadikan panduan dan anda boleh kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan anda yang juga mempunyai bayi berusia 6 hingga 8 bulan.



Bagi anda yang pertama kali mahu masak makanan bayi, Lisa sarankan anda baca panduan lengkap mengenai cara penyediaan makanan bayi terlebih dahulu. Supaya anda dapat pengetahuan asas tentang penyediaan makanan bayi ini.

Berikut merupakan 34 Resepi Makanan Bayi 6 Hingga 8 Bulan.

Resepi 1 Bahan Sahaja

2 Cara memasak puri iaitu

1. Stim kan sayur atau buah tersebut kemudian lenyek atau blend.
2. Rebuskan air dan sayur/buah tersebut kemudian lenyek atau blend.

1. Bubur Nasi
Boleh rujuk di bawah cara bagaimana masak bubur nasi untuk bayi 6 hingga 8 bulan dengan mudah.



2. Puri Kentang

3. Puri Broccoli

4. Puri Carrot

5. Puri Labu

6. Puri Bayam

7. Puri Sawi atau Park Choy

8. Puri Kurma

9. Puri Mangga

10. Puri Avocado

11. Puri Pear

12. Puri Epal

13. Puri Ayam

14. Puri Betik

Disarankan bagi bayi 6 bulan diperkenalkan resepi 1 bahan terlebih dahulu dan lakukan 4DR(4 days rule iaitu beri setiap puri uuntuk 4 hari dan lihat kesan kepada anak) Boleh rujuk di sini.

Contoh Puri carrot yang Lisa buat stok untuk 3 hari

Puri broccoli.



Resepi 2 Bahan

15. Bubur Nasi + Puri Broccoli

16. Bubur Nasi + Puri Carrot

17. Bubur Nasi + Puri Labu

18. Bubur Nasi + Puri Bayam

19. Bubur Nasi + Puri Sawi

20. Bubur Nasi + Puri Kurma

21. Bubur Nasi + Puri Ayam

22. Bubur Nasi + Celery

23. Oat + Puri mangga

24. Oat+ Puri Buah Naga

25. Oat + Puri Pisang

26. Oat+ Puri Kurma

27. Oat + Puri Strawberry

Resepi 2 bahan sesuai diperkenalkan untuk bayi yang sudah mencecah 7 bulan ke atas dan teksturnya lebih kasar dari resepi bayi 6 bulan.

Resepi oat campur pisang.

Bubur nasi campur dengan puri kurma.


Resepi 3 hingga 5 Bahan

28. Bubur Nasi + Puri Broccoli + Ayam

29. Bubur Nasi + Puri Broccoli + Ikan

30. Bubur Nasi + Puri Carrot + Ayam

31. Bubur Nasi + Puri labu + Ayam

32. Bubur Nasi + Puri Carrot + Puri Broccoli

33. Bubur Nasi + Puri Carrot + Sawi

34. Bubur Nasi + Puri Carrot + Sawi + Ayam

Seterusnya, anda boleh mix dan match kan resepi di atas mengikut kesesuaian anak anda. Tekstur makanan perlu dipatuhi mengikut peringkat umur anak.

Apabila anak sudah mencecah 7 bulan ke atas, anda sudah boleh mempelbagaikan menu supaya anak tidak jemu untuk makan dan jangan lupa kenal pasti menu atau bahan yang menyebabkan anak anda jadi sensitif dari segi kulit mahupun selera makan mereka.

Bagi bahan yang boleh menyedapkan makanan bayi, Lisa suka buat sendiri chicken stock (pati ayam) dan ikan bilis yang dah digoreng dan diblend.

Artikel berkaitan: Cara Buat Chicken Stok Untuk Bayi

Mengikut pengalaman, anak pertama Lisa iaitu Fareeq dia hanya suka makan bubur nasi kosong dan broccoli sahaja walaupun Lisa dah cuba pelbagaikan menunya. Sampailah umur setahun barulah makanan lain dia mula suka makan.

Tetapi lain pula dengan kisah Sarah, anak kedua Lisa. Apa yang Lisa masak semuanya dia suka dan dia akan rasa excited untuk makan sebab dia tahu setiap hari menu berlainan. Ia membuatkan Lisa jadi lebih kreatif untuk sediakan pelbagai menu untuk dia makan sama ada sarapan pagi, tengahari mahupun makan malam.

Ha!!Nampak tak excited muka Sarah nak makan.


Waktu Lisa buat 4DR kat Sarah, alhamdulillah setakat ni semuanya lepas. Dan sekarang umurnya 7 bulan setengah, bila Lisa buat pelbagai menu lagilah Sarah suka makan.

Cumanya, oat sahaja yang Sarah tidak sesuai untuk makan kerana Lisa tengok najisnya berketul dan nampak dia terpaksa meneran waktu membuang. Selepas Lisa stop bagi dia makan oat, alhamdulillah najisnya makin ok dan dia pun tak meneran sangat.

InsyaALLAH, anda juga perlu pelbagaikan menu anak. 34 resepi di atas adalah cadangan dan idea sahaja daripada Lisa. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan kekreatifan anda. Yang penting bayi kita cukup nutrisi untuk perkembangan dia bagi setiap tahap.

Jangan lupa kongsikan artikel ini di media sosial anda supaya lebih ramai ibu-ibu dapat pengetahuan ini.


1 comment:

Powered by Blogger.