Kemas Rumah Menggunakan 5 Teknik KonMari


Terus terang Lisa katakan sejak lahirkan Sarah, Lisa ada perasaan yang sentiasa rasa nak rumah jadi bersih, kemas dan teratur. Kalau nampak satu habuk atas lantai pun, hati ni jadi tak tenang. Sebenarnya, menjadi seorang yang sangat pembersih adalah penat dan meletihkan kerana diri kita rasa nak keadaan sekeliling menjadi kemas dan teratur. Dan ia memakan masa untuk kita mengemas dan membersihkan rumah. Tapi dalam pada masa yang sama kita mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan jiwa mereka sedang mahu melakukan sesuatu perkara yang baru dan ia melibatkan keadaan rumah yang munkin akan bersepah dan tidak teratur.

Kadang-kadang memang rasa nak marah pada anak-anak ni tetapi sebenarnya masa itulah sel-sel otak mereka sedang berhubung dan mereka mahu melihat hasil daripada kreatif dan kritis mereka. Sebagai ibu, Lisa tak menghalang untuk Fareeq buat apa yang dia suka di dalam rumah termasuklah menyepahkan rumah kerana Lisa ada terbaca dalam buku parenting yang mengatakan anak-anak ini suka kawasan yang luas dan dari situ mereka akan berfikir bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan dari situ jugalah mereka belajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.



Bila difikirkan balik, Lisa ada rasa sikit keliru dan cuba mencari penyelesaian, bagaimana nak biarkan anak terus menjadi kreatif demi perkembangan dia tetapi pada masa yang sama rumah sentiasa boleh kemas dan teratur.

Pada minggu lepas, hati Lisa terdetik untuk menonton rancangan di Netflix mengenai 'Tidying Up With Marie Kondo'. Sebelum ni lisa memang pernah dengar tentang kemas rumah menggunakan teknik konmari cuma Lisa tak pernah kenal siapa itu Konmari dan bagaimana beliau boleh menjadi terkenal di suluruh dunia dengan hanya berkongsi teknik kemas rumah sahaja. Mungkin ada setengah mengatakan ala setakat kemas rumah, kemas je lah kenapa perlu tuntut imu dan pelajarinya. Tahukah anda, jika anda tahu teknik kemas rumah yang betul, kerja rumah harian insyaALLAH lebih mudah dan keluarga anda juga pasti sukakannya.



Untuk pengetahuan anda, Konmari ini sebenarnya diasaskan oleh seorang wanita yang berasal dari Jepun. Nama sebenar beliau adalah Marie Kondo dan beliau sudah menulis beberapa buku mengenai teknik kemas rumah secara minimalist.

Apa yang menariknya mengenai Marie Kondo ni, 2 perkara yang paling Lisa suka adalah beliau suka berkata 'Spark Joy' dan beliau berpendapat bahawa rumah dan seluruh barang dalam rumah kita ada jiwa. Kita perlu menghormati jiwa tersebut.

Sebelum Lisa kongsikan 5 teknik Konmari yang Lisa belajar daripada beliau dan alhamdulillah sudah Lisa praktiskan, anda perlu tahu bahawa teknik ini kan membuat anda menjadi seorang yang simple, menghargai perkara seadanya dan hidup lebih tenang.



Mengapa Rumah Susah Untuk Nampak Kemas?

Suka Simpan Barang Yang Tidak Perlu


Dalam beberapa episod rancangan Tidying Up with Marie Kondo, Lisa dapati salah satu punca utama rumah kita susah nampak kemas dan teratur kerana kita terlalu sayang kepada barang-barang yang tidak perlu. Membuatkan kita akan simpan semua barang tersebut. Lama-kelamaan rumah akan menjadi crowded(terlalu penuh) sehinggakan kita tidak tahu nak menempatkan barang baru yang dibeli. Jaga-jaga kerana ia merupakan salah satu penyakit yang dinamakan Hoarding Disorder

Ada sepasang suami isteri yang menyertai rancangan Tidying Up with Marie Kondo ini, disebabkan mereka mempunyai barang yang terlalu banyak membuatkan mereka sering mengalami stress, bergaduh antara satu sama lain dan sudah mula rasa tidak bahagia dalam rumah tersebut. Marie Kondo berkata salah satu pun rumah tangga tidak bahagia kerana keadaan rumah tersebut.

Lain pula cerita dengan seorang wanita yang mempunyai badan yang agak berisi dan bila Marie Kondo bertanya kepada beliau mengapa simpan baju yang bersaiz kecil? Beliau berkata nanti dia kurus, dia boleh pakai baju tersebut. Bila Marie kondo bertanya lagi sejak bila anda sudah simpan baju tersebut. Dia kata sudah beberapa tahun. Bermakna, kita perlu simpan barang yang berkaintan dengan 'current situation' sahaja. Bila badan sudah betul-betul kurus, barulah beli banyak baju yang ikut badan kita pada masa tersebut.


Tiada Kerjasama Di Kalangan Ahli Keluarga 

Dalam memastikan rumah menjadi kemas dan teratur, kerjasama di antara ahli keluarga sangatlah penting kerana ia melibatkan tempat dan rumah yang dikongsi bersama. Jika hanya seorang sahaja yang mahu kemas maka misi mencapai rumah yang kemas dan teratur sama sekali tidak boleh dicapai. Tetapi jika ahli keluarga di bawah satu bumbung bekerjasama untuk mengemas maka ia boleh dicapai.

Contohnya, suami isteri perlu bersama-sama memastikan rumah menjadi kemas. Tanggungjawab tersebut bukanlah dipikul oleh isteri sahaja tetapi dengan bantuan suami juga barulah misi tersebut akan diperolehi.

Anak-anak suka sepahkan rumah

Bila isu ini dibangkitkan oleh salah satu pasangan yang menyertai rancangan tersebut, Lisa juga ingin tahu apa jawapan yang diberikan oleh Marie Kondo kerana Lisa juga mengalami masalah yang sama. Jawapan Mari Kondo mudah sahaja. Beliau juga mempunyai anak yang masih kecil dan bawah 6 tahun. Apa yang beliau buat adalah, mengajak anak-anak kemas rumah sekali dan lakukan 5 teknik di bawah ini bersama-sama. Secara tidak langsung anak akan faham dari mereka kecil lagi tentang konsep kemas rumah ini.

Teknik yang diperkenalkan oleh Marie Kondo ini ada 5 asas penting yang perlu kita tahu dan kategorinya adalah:


  • Clothing(Pakaian)
  • Books(Buku)
  • Paper(Kertas)
  • Miscellaneous Items( Kitchen, bathroom, garage and etc)
  • Sentimental Items( Barang yang mempunyai kenangan atau sesuatu perkara yang membuatkan kita terlalu sayang)


Setelah 5 asas di atas, kita sudah faham barulah kita boleh pergi ke teknik kemas rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo ini.


Pile Up(Kumpulkan Semua Barang)

Teknik pertama yang Marie Kondo perkenalkan untuk anda yang mahu mulakan kemas rumah adalah teknik pile up. Ia bermaksud anda perlu kumpulkan kesemua barang dan diletakkan di tengah-tengah ruang tamu atau di ruangan bilik. Sebagai contoh, anda mahu kemas baju, maka keluarkan kesemua baju anda dan letakkannya di atas katil. Jangan ada satu baju pun tertinggal dalam almari. Tidak kisahlah baju tersebut anda sayang atau tidak.

Dan jika anda mahu kemas dapur, keluarkan kesemua bahan masakan dan alatan memasak, letakkan ia di tengah dapur. Sama juga dengan barangan lain, termasuklah buku, barang di garage dan sebagainya.

Ini baju Sarah yang Lisa kumpulkan dan bahagikan mana yang Sarah boleh pakai dan mana bajunya yang dah tak muat. Disebabkan Sarah membesar dengan jayanya, walaupun umur baru 8 bulan tapi baju 12 bulan dia dah tak muat. 


Lisa buat perkara yang sama di mana Lisa letakkan semua baju suami, baju Lisa sendiri, baju anak-anak di atas katil. Kemudian, baru nampak banyaknya baju yang kami miliki tetapi ada yang masih boleh pakai dan tidak kurang juga baju yang sudah jarang sangat kami pakai.


Spark Joy


Bila sudah letak kesemua barang atau baju di tengah-tengah ruang tamu mahupun di bilik kemudian, Marie Kondo sarankan pilih baju atau barang yang betul-betul spark joy bermaksud yang membuatkan kita rasa gembira dan betul-betul kita menghargainya.

Jangan simpan barang atau baju yang anda sudah tidak muat, baju dan barang yang sudah tidak digunakan lagi serta barangan yang memang anda tak akan menggunakannya. Dalam rancangan tersebut ramai yang kata mereka masih sayang dengan barangan atau baju yang dimiliki tetapi apa yang Marie Kondo kata, simpan hanya barang yang anda gunakan sahaja. Selebihnya anda perlu dermakan kepada orang lain atau hapuskan saja.


Kemas Ikut Kategori


Kemas ikut kategori ini bermaksud anda perlu kemas mengikut 5 kategori di atas iaitu pakaian, buku, paper, miscellaneous items dan sentimental item. Supaya kita nampak lebih jelas mana barang yang perlu dan mana barang yang sudah tidak dugunakan lagi. Dan ia juga memudahkan kita untuk mengemasnya.

Cara Susunan 


Bagi cara susunan pakaian, jika di dalam laci, disarankan supaya menyusunnya secara menegak kerana barulah mudah untuk kita lihat kesemua baju yang ada dalam laci tersebut. Jika kita susun secara bertingkat maka ia akan mudah kembali untuk bersepah dan akan ada baju yang kita tidak perasan kweujudannya.

Baju Sarah dalam drawer. Bila buat cara Marie Kondo ni,
 mudah nak lihat semua baju yang ada.

Ini pula baju abang Fareeq. Senang Fareeq nak ambil dan alhamdulillah dah tak bersepah dah seperti sebelum ni. 


Marie kondo juga suka menggunakan teknik kemas dengan menggunakan kotak. Setiap kotak perlu diletakkan barang mengikut kategori.

Anda boleh lihat di bawah ini 5 jenis kotak storage yang boleh anda aplikasikan di rumah


Storage Plastic Box 



Storage Pakaian



Storage Food Box 



Storage Food 



Storage Cosmetic



Toys Storage



Jewellery Storage 



Alat Tulis Organizer




Closet Organizer



Handbag Storage


















Follow The Rules


Apabila kita sudah faham tentang cara penyusunan tersebut, maka kita sendiri perlu disiplin untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam rumah tersebut. Sebagai contoh, anda telah tetapkan cara lipatan baju dalam laci adalah menegak, maka hari-hari seterusnya selepas baju anda dikeringkan diampaian, anda perlu lipat secara menegak dan menyusunnya mengikut kategori dan saiz dalam laci tersebut.



Sama juga dengan rules yang telah anda tetapkan untuk di mana tempat letaknya pemotong kuku, cotton bud, tissue dan sebagainya. Pastikan semua ahli keluarga tahu di mana tempatnya, supaya tidak berlakunya misplace.

Pengalaman Lisa sendiri selepas mengamalkan cara Konmari ini, suami Lisa sudah tak tanya lagi mana letaknya tissue, buku-buku, pakaian dan sebagainya kerana dia sudah sedia maklum di mana tempat barang-barang tersebut dan selepas menggunakannya kami akan commit untuk meletakkan ia kembali di tempat asal.

Lisa yakin apabila anda lakukan teknik konmari ini, pengurusan hidup anda di rumah lebih mudah dan kesannya rumah anda akan tampak lebih kemas dan teratur.


No comments:

Powered by Blogger.