26 Idea Makanan Bayi 1 Tahun


03:40
Kebiasaannya bila bayi sudah masuk umur 1 tahun, berlaku sedikit perubahan ke atas selera makan mereka. Sebagai contoh anak lisa, Qaisarah sudah pandai memilih makanan dan kalau boleh apa yang dia lihat kami makan itulah yang dia nak makan. Perubahan ini adalah normal untuk bayi yang baru masuk umur setahun. Tambahan pula ketika ini gigi mereka sudah bertambah banyak maka si ibu perlu tahu struktur makanan bagaimana yang perlu diberikan kepada mereka. Berdasarkan pengalaman Lisa, sebagai seorang ibu kita perlu ada sedikit ilmu tentang penyediaan makanan bayi umur 1 tahun. Supaya kita tidak tersalah langkah dalam menyediakan makanan mereka. Entry post kali ini Lisa kongsikan 20 idea makanan bayi 1 tahun mengikut apa yang Lisa selalu sediakan makanan kepada Qaisarah serta idea ini diambil dari beberapa sumber bacaan luar.




Sarapan Pagi


1. Banana Pancake.

2. Banana Muffins.

3. Mushroom Soups.( Dicicah bersama roti)

4. Puding Roti.

5. Roti disapu dengan peanut butter.

6. Biscuit dates.

7. Roti Canai.

8. Yogurt with fruits.

9. Apam Beras.

10. Cucur Pisang.

11. Tuna Pie.

12. Soup Corn. 


Makan Tengahari


1. Nasi bersama telur/ayam/daging masak kurma.

2. Nasi bersama  Sup ayam/daging.

3. Butter prawn/chicken bersama nasi.

4. Nasi bersama telur/ayam/daging masak kicap.

5. Nasi bersama sayur bening dan ikan/ayam goreng.

6. Pasta dengan kuah cabonara cheese atau bolognese.

7. Mee goreng atau bihun goreng. 

8. Mee/ bihun sup.

9. Bihun goreng singapore. 

10. Nasi bersama ikan masak singgang. 


Minum Petang.


1. Waffle disapu dengan peanut butter atau chocolate.

2. Yogurt with fruits.

3. Biskut atau kuih.

4. Kerepek carrot/ubi/kentang atau spinach.(Homemade).

5. Selalunya menu minum petang kadang-kadang sama seperti sarapan pagi. 


Makan Malam.

Menu sama seperti makan tengahari supaya lebih jimat dan makanan tak terbuang. 









Jika anda ibu yang agak sibuk dengan kerjaya atau tugas hakiki, ibu juga ada pilihan untuk dapatkan makanan organik yang bagus untuk bayi umur 1 tahun mahupun di bawah 1 tahun. Seperti di bawah.




Anda boleh dapatkan makanan tersebut di link ini Shopee Makanan Bayi.


Sebenarnya banyak lagi senarai idea makanan bayi umur 1 tahun yang boleh ibu buat mengikut kreatif ibu sekalian. Ini hanyalah cadangan dan idea semata-mata. Mungkin ibu boleh kongsikan di ruangan komen di bawah tentang apa yang ibu selalu masak untuk anak ibu yang berumur 1 tahun. 

No comments:

Powered by Blogger.