Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts
20:26

4 Website Barang Baby Murah dan Permainan Kanak-kanak

by , in

Pada zaman sekarang, ramai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka serta kehidupan harian tetapi pada masa yang sama tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang bakal dilahirkan. Masa inilah online shopping untuk beli barangan baby sangat penting dan ada juga ibu bapa yang suka membeli permainan kanak-kanak melalui online shopping. Lisa juga merupakan saah seorang dalam golongan ibu bapa yang sukakan online shopping kerana ia adalah effortless dan tidak ambil banyak masa untuk membeli barangan baby dan permainan kanak-kanak.

Di sini Lisa nak kongsikan dengan ibu-ibu di mana website yang menjadi kesukaan Lisa dan kawan-kawan yang lain sebabnya service yang bagus dan kualiti barangan yang kita dapat adalah baik. Lagipun website-website ini banyak buat promosi ketika perayaan mahupun tarikh sambutan sesuatu event seperti promosi merdeka, promosi hujung tahun dan sebagainya.


5 Website Barang Baby Murah dan Permainan Kanak-kanak


LAZADA

LAZADA

Website Lazada ni ibarat kedai sebelah rumah kami sahaja sebabnya Lisa dan suami memang suka beli barang di Lazada. Tambahan pula untuk barangan Fareeq, dari dia baby sampailah sekarang ada sahaja mama dan papa nak beli di situ. Lagi pun service penghantarannya adalah cepat dan teratur.



11Street

11STREET

Website 11street merupakan online shopping kami yang kedua sebabnya harga yang ditawarkan untuk keperluan anak-anak agak rendah berbanding website yang lain dan lagi yang menyeronokkan bila ada promosi harga untuk barangan pilihan adalah Rm11 dan ke bawah.

EZbuy

EZBUY

Mungkin ada yang masih tidak familiar dengan website ez buy ni dan ada juga yang sudah jatuh cinta dengan website shopping yang terkenal dengan tagline nya iaitu buy global, locally. Sebabnya anda boleh beli barangan dari amazon, USA, China, Taiwan hanya melalui satu website ini sahaja. Barangan baby yang murah serta permainan kanak-kanak juga banyak dijual di sini. Educational and learning toys juga ada dijual.

Motherhood

MOTHER

Tagline untuk motherhood adalah one stop centre untuk ibu-ibu membeli barangan baby, kanak-kanak serta keperluan ketika mengandung. Banyak sangat pilihan dalam website motherhood ni. Anda pasti akan rambang mata dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan agak rendah apabila ada promosi seperti hari raya, hujung tahun, awal tahun, christmast dan sebagainya. 

Kini ibu-ibu dah boleh buat pilihan bijak untuk membeli barangan baby murah serta permainan kanak-kanak. 









20:50

Pengalaman Potty Train Dengan Anak

by , in
Sebelum Lisa mulakan potty train dengan Fareeq, Lisa sediakan ilmu dengan membaca artikel dalam facebook dan media sosial yang lain serta baca pengalaman ibu yang lain untuk buat potty train. Macam kena sediakan senjata sebelum berperang.



Supaya bila ada ilmu walaupun sedikit at least kita tahu macam mana nak handle the worst situation. Jadinya ni antara tips yang Lisa take note dan highlight kan dari beberapa artikel dan pengalaman ibu yang lain yang telah berjaya buat potty train dengan anak mereka.

Tips dan Cara Memulakan Potty Train Dengan Anak


1. Seminggu sebelum buat potty train, sentiasa remind anak bahawa selepas ni no more pampers. Kencing dan berak di toilet. Keep reminding them.

2. Jangan guna short form contohnya shi shi or yak. Use the right word contohnya kencing dan berak.

3. Kalau boleh lantai tidak dipasang karpet kesayangan kita supaya tidak berlaku perkara yang tak diinginkan. Tentu anda fahamkan..hehhe... Kalau tak, akan ada sesi drama menangis tepi bucu katil oleh si ibu.

4. Ini point paling penting sekali, potty train akan berlaku antara dua pihak iaitu ibu dan anak. Pihak ibu perlu bersetuju dengan potty train dan pihak anak juga perlu bersetuju dan nak tahu persepakatan dan persetujuan ini, cuba lihat hari pertama sehingga hari ketiga. Jika hari keempat anak masih tidak boleh beritahu anda bahawa dia ingin kencing dan berak di toilet maka ia hanya dapat satu persetujuan dari satu pihak sahaja. Iaitu pihak ibu. Bermaksud anak masih tidak bersedia. Maka anda perlu berhenti seketika potty train ini. Kemudian, buat kembali selepas seminggu atau dua minggu kemudian.

5. Untuk beri semangat dan timbul rasa suka untuk anak pergi ke tandas, ibu-ibu perlu kreatif contohnya membeli potty yang comel dan cantik, barulah anak-anak excited nak pergi ke toilet. Boleh lihat di sini untuk pelbagai pilihan potty seat.

potty train anak


Rasanya cukup tak point di atas untuk anda buat potty train dengan anak? Di sini Lisa nak kongsi pengalaman Lisa sendiri membuat potty train dengan anak, Fareeq. Ia tidaklah semudah yang disangka dan ia tidaklah sesusah yang dijangka.

Tiga bulan lepas, Lisa berniat untuk buat potty train dengan Fareeq. Lisa ikut tips dan cara potty train dengan anak. Seminggu sebelum mulakan potty train, Lisa dah remind Fareeq banyak kali bahawa minggu depan Fareeq dah tak perlu pakai pampers. Kencing dan berak di toilet. Fareeq pun keep cakap "Ok, mama".

Pada hari potty train yang pertama, Fareeq kencing dan berak dalam seluar. Hari kedua dan ketiga pun sama. Paling dasyat sekali Lisa jumpa poo poo dia belakang langsir bermaksud sepanjang hari tu dia tak bagitahu pun yang dia dah berak di situ. Mula-mula ingat benda tu play dough dia yang dah keras tapi bila tengok betul-betul dan ada bau, memang rasa nak tercabut hidung. Sabar je lah budak ni. Yang penting jangan marah si anak kalau dia tak beritahu untuk kencing dan berak.

Bermaksud potty train tersebut tidak berjaya. Selepas itu, Lisa ingat nak mulakan kembali selepas 2 minggu tapi sebab kami sibuk dan jarang ada di rumah maka tak berani dan tak sedia lagi untuk buat potty train.

Sehinggalah minggu lepas, Lisa ada ingatkan Fareeq yang dia tak perlu pakai pampers lagi sebab dah besar. Pada hari potty train, Fareeq sendiri cakap " Mama Fareeq dah tak nak pakai pampers dah. Nak kencing ngan berak kat toilet".

Sampailah hari ni, Fareeq sendiri pergi ke toilet untuk kencing dan berak. Wah semudah itu sahaja. Bermaksud fizikal dan mental Fareeq memang dah bersedia untuk lakukan potty train. Tidak perlu untuk kita rasa susah hati dan tidak ada drama mengelap lantai.+

Apa yang Lisa nak pesan kepada ibu bapa yang baru ingin mulakan potty train dengan anak-anak, jangan sesekali bandingkan anak orang lain dengan anak kita. That's the main key untuk anak kita berjaya dalam sesuatu perkara. Mula-mula Lisa memang ada rasa sedih dan jealous bila tengok anak orang lain cepatnya potty train tapi bila Lisa baca ada satu artikel tersebut, beliau kata
' Jangan sesekali bandingkan tahap kebolehan anak kita dengan anak orang lain kerana setiap anak adalah berbeza dan sebenarnya lagi mudah untuk buat potty train dengan umur anak atas 3 tahun setengah sebab mereka sudah pandai cakap dan mudah faham apa yang kita maksudkan'

Maka berakhirlah sudah hobby mama yang suka kumpul point dari Drypers Lazada untuk redeem toys Fareeq.

Sekian sahaja perkongsian Lisa tentang potty train dengan anak, semoga ia bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Jika anda nak kongsikan pengalaman anda, sangat dialu-alukan. Sila komen di bawah.



16:00

Pengalaman Menyusukan Anak ( Ameer Fareeq)

by , in
Assalamualaikum wbt

Tak terlambat rasanya Lisa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blog Lisa.

Tak sangka dah seminggu kita meraikan bulan kemenangan iaitu bulan syawal.



Tapi entry Lisa kali
ni bukan berkaitan dengan raya , jangan misunderstanding ya.

Entry kali ni Lisa rasa terpanggil nak share pengalaman Lisa menyusukan Ameer Fareeq bila terbaca satu post kak fel tentang susukan anak.

Subhanallah...tak sangka rupanya Allah bagi rezeki susu dari Lisa kepada Fareeq dah setahun 8 bulan. Cepat betul masa berlalu.

Jika cerita tentang susu ibu, sebenarnya ia agak sensitif untuk wanita. Ada ibu dikurniakan susu yang banyak dan ada juga ibu hanya sempat menyusukan anak sekejap sahaja.

Tapi Lisa rasa bersyukur sangat sebab ALLAH bagi peluang pada Lisa untuk susukan Fareeq sehingga kini. Banyak suka duka pengalaman menyusukan anak ni.

Apa yang Lisa belajar semasa pregnant, kita perlu buat mindset dari awal-awal lagi bahawa kita mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun. Jerit perih macam mana pun, kita mesti tekad nak menyusukan anak. Itulah yang Lisa cuba terapkan dalam diri.

Bila dah laluinya, memang Lisa mengaku tidak mudah untuk susukan anak. Pernah sekali tu, kami pergi Ikea Damansara, tiba-tiba Fareeq nak susu. Setahu Lisa toilet atau surau sangat jauh dari tempat kami berjalan, tiada pilihan Lisa pun terus cari tempat tersorok di celah-celah barang. Bersila dan terus susukan Fareeq. Makesure no cctv here. Kalau tak, free je dapat dosa. Huhu..

Itu antara cabarannya bila si ibu bapa yang kuat berjalan macam kitaorang.

Mula-mula jadi ibu ni, Lisa seriously akan panik kalau fareeq menangis nak susu sebab dia menangis satu mall boleh dengar. So, apa yang kami buat sampai je mall , kami akan kenal pasti laluan ke toilet atau surau  supaya bila fareeq menangis je, terus boleh tuju ke sana. Sampai sekarang, kami masih amalkannya. Cuma sekarang ni, Fareeq dah start makan so bila dia lapar kami akan bagi makanan je.

Kalau datang rumah orang atau pergi ke tempat seperti klinik, memang kena buat muka tebal kalau fareeq nak susu, sebab Lisa akan minta tumpang bilik mereka. Bila dah biasa buat muka tebal ni, itu bukan jadi masalah pun sebab orang lain pun faham dengan siatuasi kita.


Masa driving pula jangan cakap, banyak kali juga tengah Lisa drive Fareeq minta susu. Bayangkan kat tengah-tengah highway tu mana la ada tempat singgah kalau ada pun stesen minyak tapi jarak agak jauh. Fareeq pula menangis dan meraung ala-ala tarzan. Pernah juga, dalam kereta , Lisa sekali menangis sama-sama. Itu paling tak boleh lupa.

Lisa akan terus ambil Fareeq dan letak diriba. Memang bahaya, bak kata orang macam menempah maut je. Tapi Lisa tawakal je, sebab tak sanggup nak tengok anak menangis sampai berjurai air mata hanya semata-mata kerana lapar susu.

Dalam hati ' Ya ALLAH, aku buat ni sebab tak nak anak aku lapar, selamatkanlah perjalanan pergi dan balik kami.'

Kalau perjalanan tak jauh, Lisa memang akan susukan Fareeq sebelum kereta bergerak, supaya dalam kereta dia akan terus tidur cumanya kadang-kadang dia terjaga bila perjalanan tu lama.

Cerita tentang lapar memang Lisa pun mengalaminya. Lapar macam tahap nak makan orang je...hahahah....tapi tak la sampai jadi canibal pulak...

Sebelum kahwin dulu, bila pergi makan kat restoran mesti makanan susah nak habis pastu offer kat tunang(sekarang husband) suruh habiskan. Tapi sekarang, siap tanya lagi

"Sayang tak nak makanan you ke? Tak pe, biar I habiskan."

Husband Lisa pun pelik tengok cara Lisa makan. Memang banyak. Mulut sentiasa nak mengunyah. Nasib baik la ada shake herbalife dapat la juga control makan ni.

Tapi benda tu happen waktu mula-mula Fareeq dilahirkan tapi setelah 5 or 6 bulan, Lisa dapat sesuaikan diri. Bila kita banyakkan minum air, insyaALLAH rasa lapar tu tak mengusai diri. Ada yang kata, menyusukan anak boleh cepat turun berat badan. Tapi Lisa tak tahu itu fakta atau auta sebab kebanyakan Lisa tengok ibu-ibu yang susukan anak memang naik berat badan berganda-ganda.

Tipulah kalau Lisa kata tak pernah terlintas dalam fikiran ni, nak stop susukan Fareeq. Memang pernah sebab banyak perkara membuatkan Lisa rasa nak stop kan susu tapi husband Lisa selalu bagi kata-kata semangat dan Lisa pun ada juga baca blog-blog parenting supaya gagahkan juga susukan anak sehingga 2 tahun.

Pernah sekali tu, Lisa nak stop susukan Fareeq dan waktu maghrib tu Lisa nak baca al-quran. Entah macam mana ada satu ayat al-quran tersebut menceritakan tentang susuan ibu.



Pernah dengar bengkak susu? Ya itulah yang Lisa pernah juga alami bukan sekali tapi banyak kali bila Lisa berjauhan dengan Fareeq. pernah Lisa tahun lepas pergi ke Singapore sebab menghadiri program Herbalife dan Lisa minta tolong husband jagakan Fareeq di Malaysia.

Sepanjang 3 hari 2 malam, memang menangis je kerja Lisa. Time tu, ALLAH je yang tau what i have felt. Rasa macam nak balik terbang je jadi macam superman tapi tak boleh sebab flight ticket semua dah ditetapkan.

Malam tu, Fareeq pun menangis meraung sampaikan husband Lisa buat video call. Sampai Lisa pun menangis juga dan dodoikan Fareeq dalam video call. Akhirnya, baru Fareeq tidur dalam tengah video call tu.

Time tu baru tau nikmat perasaan seorang ibu.

Waktu bulan puasa yang lepas, pernah 2 kali Lisa tak bersahur, time tu memang rasa nak pengsan dan dehydrate. Fareeq pula mengamuk sebab dia tak dapat banyak susu sangat. Sebab selalunya, masa sahur Lisa akan pastikan minum teh herbalife campur aloe vera 1.5 litre dan shake herbalife dalam 500ml.

Tapi dah terlajak tidur, redha je lah. Huhu....

Waktu berbuka, Lisa memang akan pastikan minum 1 litre teh herbalife dan 1 litre air kosong dan 500ml shake herbalife. Bila Lisa amalkannya, InsyaALLAH pengeluaran susu tak da masalah.

Alhamdulillah, sekarang ni Fareeq pun nak masuk 2 tahun dah. Dia kuat makan dan kuat juga menyusu cuma kadang-kadang mood dia tak nak makan dan dia akan kerap menyusu. Dalam hati Lisa, tak pe lah selagi ALLAH kurniakan rezki susu ni bagi lah kat anak sebaik mungkin.

Sekian sahaja pengkongsian Lisa dengan korang. Kalau korang nak share tentang pengalaman menyusukan anak boleh juga drop comment di bawah.

Semoga anak kita menjadi mujahid dan mujahidah gama ALLAH.

Thank you.












14:23

Cara Mendidik Anak Berdikari

by , in
Assalamualaikum w.b.t
Korang pe kabar?
Anak sihat?

Fareeq dan Lisa pun sihat
sekarang ni diam makin aktif dan tambah-tambah lagi bila dah start banyak cakap
walaupun tak berapa nak faham, tapi Lisa layan je.
That's how i respond and communicate with Fareeq

Kat sini Lisa nak share dengan korang bagaimana nak biarkan anak kita pandai berdikari
Lagipun tadi baru dengar ceramah dalam rancangan Tanyalah Ustazah
Ustazah tu kata nak ajar personaliti anak sebenarnya dari kecil lagi, sejak dia dah mula faham siapa mama, siapa papa

Bukan waktu umur 6 atau 7 tahun.


Ini cara Lisa, jika korang ada opinion yang lebih bernas boleh comment

1) Masa Makan


Disebabkan, Fareeq tak suka sangat dah Lisa suap so terpaksa la bagi dia makan sendiri. Mula-mula, memang penat sebab setiap hari kena mop dan menyapu sebabnya, separuh je nasi dia makan selebihnya buat main.

Tapi Alhamdulillah selepas belajar dengan mak mertua, dia kata bagi satu kain atau tikar ajaib bagi Fareeq nak makan hanya kat atas kain tu je, so lantai tak akan kotor. After, he finish his meal then Lisa just angkat je kain tu untuk buang serpihan makanan tersebut.

2) Masa Bermain


Sebelum beli permainan, Lisa akan pastikan toys ni bagus tak untuk Fareeq bukan sekadar beli toys main-main. Salah satu permainan yg Lisa belikan adalah basket ball. Bukan sebab Lisa suka game ni, tapi Lisa rasa baik untuk Fareeq.

Sekali atau dua kali je tunjuk cara bermain, selebihnya biarkan dia explore sendiri cara permainan tersebut. Nak lari, nak panjat atau nak jengket terpulang, asalkan ball masuk dalam net.

Even nampak simple je game ni, tapi Lisa ada terbaca yang game ni bagus tuk kepekaan anak. 

3) Masa shopping


Time shopping pun boleh didik anak kita berdikari, 
Kalau ada shopping mall yang ada trolley macam ni, biarkan anak kita duduk dalam tu dan biar kan dia explore untuk drive this cute car. 

Even sebenarnya, kita yang control but at least dia nak seperti dia yang drive.

Lisa akan bagi arahan, contohnya Fareeq turn left, turn right. 

4) Galakkan anak membantu kita di dapur


ini juga salah satu cara untuk mengajar anak berdikari di samping membina keyakinan diri.
Biarkan dia tolong kita di dapur.
Ajar dia cara memasak dan cara membantu.

Sebab selalunya, anak-anak ni bila nampak kita ke dapur, dia pun sibuk nak pergi dapur.
Dan akan bermulalah drama menyepahkan barang2.
instead of, dia sepahkan why not give them job untuk dibuat.

Supaya mereka rasa diri mereka ada kepentingan di dapur.

5) Taman Permainan


Lisa memang selalu bawa Fareeq pergi taman permainan
Kat sini, di samping dia dapat bermain, Fareeq juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan
Dia sendiri akan explore semua permainan di situ.

Macam pemainan kuda ni, fareeq sendiri yang naik tanpa Lisa letakkan dia.
Dari jauh Lisa tengok je.

Memang nampak macam kesian je, sebab banyak kali jatuh tapi at last dapat pun naik.
Dan Fareeq gelak sepuas-puasnya.

Begitulah sharing dari Lisa. Kalau korang rasa, tips ni bermanfaat boleh share dgn kwn2.

Semoga kita dapat melahirkan pemimpin Islam yang soleh dan solehah




Fareeq di HQ Herbalife, next time Fareeq sendiri boleh order produk herbalife untuk papa,mama,atuk,nenek dan opah.


Fareeq pun dah start pandai nak join mama buat shake herbalife untuk breakfast papa.


Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!
0193749822

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income








01:53

Pengalaman Breastfeeding Fareeq

by , in
Terima kasih Lisa ucapkan kepada ibu-ibu yang singgah baca blog Lisa ni untuk mengetahui pengalaman Lisa setahun 4 bulan menyusukan Fareeq. Tahniah diucapkan kepada bakal ibu serta ibu yang masih menyusukan bayi anda. Bukan mudah untuk menyusukan bayi kerana perlukan kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, Lisa segan juga nak tulis entry ni tapi disebabkan ada permintaan teman2 yang ingin tahu lebih lanjut pengalaman breastfeeding Lisa yang lebih setahun ni. Lisa pun bukanlah pakar sangat dalam bidang penyusuan ni, almaklum anak pertama. So, try and learn my mistake and try to improve.

Selepas melahirkan Fareeq, Lisa banyak baca blog-blog untuk menambahkan pengetahuan tentang panduan menyusukan bayi. Dan pada masa yang sama Lisa ni jenis yang suka membaca pengalaman orang berbanding fakta2 mengenai perkara tersebut. Sebab bagi Lisa, pengalaman adalah guru terbaik buat manusia.

Kalau ditanya tentang give up untuk menyusukan Fareeq, Lisa lah orang pertama yang boleh dikatakan banyak kali nak give up. Bukan sebab tak sayang anak, tap keadaan diri kadang-kadang membatasinya.

Waktu Fareeq dilahirkan memang rasa berdebar sangat nak menyusukan dia. Mana taknya, orang sebelah sebelah Lisa semuanya bayi mereka, selepas dilahirkan masih tak tahu nak menyusu. Maka bermula sesi teriakan di situ. Dan mereka, terus beri susu botol kepada bayi tersebut. Lisa memang cepat2 doa suapaya, Fareeq terus pandai menyusu. Sebab Lisa memang nak susu ibu ni menjadi susu pertama untuk Fareeq. Bila, nurse serahkan Fareeq pada husband dan terus diazankan. Husband sempat buat tahnik di mulut Fareeq.

Selepas Fareeq bertukar tangan pada Lisa, terus bagi dia susu. Mula-mula dia macam taknak, tapi kami sedaya upaya juga pujuk. Alhamdulillah, setengah jam Fareeq menyusu dan tak lama kemudian dia terus tidur lena sampailah 6 hingga 7 jam.

Bersyukur sangat-sangat.

Waktu nak susukan dia, seriously Lisa blur giler macam mana nak pegang dia. Alhamdulillah nurse di hospital sg.buloh sangat membantu Lisa. Dorang yang banyak ajar teknik penyusuan yang sebenar.

Hari ke-5 ,semasa Lisa berpantang di rumah mak mertua, Lisa ada masalah sakit sangat2 bila Fareeq menyusu. Sampai menangis dan rasa nak meraung je. Yes,memang nak give up. Dah cakap dengan husband dah suruh dia belikan susu tepung. Husband ada juga nasihatkan supaya bersabar tapi memang rasa tak boleh.

Entah macam mana, ramai sedara belah suami dan jiran rumah mak mertua bagi kata-kata semangat tentang penyusuan ni. Dorang kata its normal. Memang kena bersabar. Mak Lisa pun keep bagi kata-kata semangat untuk penyusuan ni. Alhamdulillah, selepas 2 hari, bila Fareeq menyusu, dah tak sakit. 

Selepas habis berpantang maka bermulalah sesi hidup dengan Fareeq dan suami sahaja dirumah. Lisa dan suami memang kaki jalan. Sebelum ni, kitaorang kan terus je jalan-jalan kat mall atau ke mana-mana je. Tapi sekarang ni sebelum pergi jalan kat suatu tempat, kami akan pastikan tempat tersebut wajib ada surau atau tempat penyusuan kalau tak memang kami tak pergi.

Tapi pernah sekali tu, kami pergi ke ikea damansara. Kononnya, nak beli barang-barang perhiasan rumah. Tengah syok tengok pelbagai bentuk lampu syiling, tetiba fareeq dah mengamuk teruk dah. Menangis tak henti. That time memang panic habis. Lisa dapat idea. Kami cari tempat yang agak tersembungi di celah-celah rak-rak lampu tersebut dan ambil posisi belakangkan jalan.

My Herbalife baby


Dan husband pula cover baik punya.

Alhamdulillah, terus dapat bagi susu kat fareeq. Please make sure, cctv jauh dari kita kalau tak...adeh..

Setelah fareeq kenyang, dengan happy nya kami sambung balik shopping...

Banyak lagi pengalaman yang memang first time Lisa alami, insyaALLAH ada masa dan ketika Lisa akan share lagi dalam blog ni.

Tiada rahsia atau tips yang Lisa dapatkan kongsikan bagaimana sampai sekarang susu masih banyak dan cukup untuk keperluan faraeeq, kerana Lisa hanya amalakan makan shake herbalife,minum air lebih 2 litre dan kurma.



My two heroes

Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 
Dapatkan:

*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income

Hubungi:
Ahli Bebas Herbalife Malaysia
Coach Lisa
0193749822