7 Senarai Facebook Parenting Yang Ibu Bapa Wajib Follow


July 29, 2021

 Sebagai ibu bapa, Lisa dan suami bukanlah arif tentang ilmu keibubapaan ini. Tambahan pula pada zaman sekarang yang penuh dengan pancaroba ditambah lagi dengan arus teknologi yang sentiasa perlu diikuti dan sedikit sebanyak itu juga merupakan satu ujian buat ibu bapa masa kini. Jika tidak ikut arus tersebut dikatakan tidak up to date dan apabila kita ikuti dikatakan pula terlalu terikut dengan trend. Kadang-kadang sebagai ibu bapa sudah tentu kita pernah mengalami perasaan keliru bagaimana untuk mendidik anak zaman sekarang. Ya betul, kita boleh minta nasihat dan panduan daripada ibu bapa kita di mana mereka mempunyai banyak pengalaman sendiri dalam mendidik anak-anak termasuklah diri kita ini. Namun begitu, tidak salah untuk kita menuntut ilmu dari mereka yang arif atau mepunyai ilmu berkenaan parenting sesuai pada zaman sekarang.






Tidak dinafikan Lisa sendiri pernah melalui fasa kekeliruan dalam mendidik anak-anak. itu belum lagi cerita bab screen time, zaman pandemik yang belum nampak lagi pengakhirannya serta bab-bab berkenaan agama, sosial, dan sebagainya lagi. Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa tidak boleh menafikan dalam menuntut ilmu berkenaan parenting kerana ia adalah nadi untuk membentuk anak-anak dan generasi akan datang. 


Oleh demikian, Lisa terpanggil untuk menyenaraikan mereka yang mempunyai pengalaman, sijil dalam kepakaran masing-masing serta mereka juga rancak menulis berkenaan parenting dalam mengajak ibu bapa menjadi guru pertama untuk kanak-kanak. Janganlah berkata, ilmu parenting ini tidak penting, jika ada kita tersalah dalam mendidik ia akan memberi kesan dalam perkembangan anak-anak. Bukanlah bermaksud ibu bapa dituntut untuk menjadi manusia yang sempurna tetapi cukuplah menjadi ibu bapa yang mempunyai ilmu pengetahuan.


1. Akhi Fairuz


Lisa mula mengikuti Akhi Fairuz ini apabila lihat ramai sahabat di Facebook kongsikan penulisan beliau berkenaan kanak-kanak terutama sekali pendidikan seksualiti. Waktu itu, baru Lisa buka mata tentang pendidikan tersebut dan mungkin ada ibu bapa mengambil ringan bab ini tetapi sebenarnya, kita perlu terima kenyataan bahawa pada zaman sekarang di mana anak-anak mudah akses untuk memasuki pelbagai laman web serta video di internet. Terdapat beberapa laman web serta video yang memaparkan perkara yang tidak sepatutnya kanak-kanak ini lihat. Dan ia akan memberi impak kepada mereka. 

Menurut Akhi Fairuz terdapat banyak kes seksualiti yang melibatkan kanak-kanak dan apabila ditanya mereka kata, mereka tidak tahu perkara tersebut adalah salah. Dari situ Akhi Fairuz ini memberi kesedaran kepada ibu bapa dalam mendidik ilmu tersebut kepada kanak-kanak seawal umur 2 hingga 3 tahun. 

Dengan pengikut di Facebook page beliau iaitu lebih 82 000 pengikut, bermaksud ramai yang mula suka dengan penulisan beliau di samping dapat menuntut ilmu berkenaan pendidikan seksualiti di kalangan kanak-kanak.


2. Taufiq Razif


Lisa mula tertarik dengan penulisan Taufiq Razif ini apabila beliau banyak memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang personaliti kanak-kanak termasuklah jantina kanak-kanak tersebut serta pangkat mereka dalam adik beradik contohnya anak sulung, anak kedua dan seterusnya. Dengan mempunyai pengikut lebih 300 000, beliau juga telah membina channel telegram parenting di mana setiap hari ibu bapa yang subscribe channel tersebut akan disajikan ilmu parenting yang penting untuk diketahui. 

Selain itu, beliau juga mengangkat martabat ibu-ibu yang sedang kepenatan dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Tak ramai orang yang menghargai penat lelah ibu-ibu di luar sana dalam berkorban demi anak-anak, tetapi beliau antara salah seorang influencer parenting yang sering memberi kata-kata motivasi kepada ibu ibu ini. 

Apabila kita menjadi ibu, bukanlah bermaksud kita ingin diangkat atau nama didendangkan di khalayak ramai tetapi cukuplah keluarga kita, orang terdekat kita mahupun influencer di luar sana memberi sedikit penghargaan kata-kata atau memberi semangat kepada kami yang sedang berjuang untuk membentuk genarasi akan datang. 


3. Redza Zainol

Berlatar belakangkan kelulusan kedoktoran dalam bidang paediatric (Kesihatan kanak-kanak dan bayi), Doktor Redza Zainol banyak berkongsi tentang kesihatan kanak-kanak, ilmu kekeluargaan serta pelbagai topik dibincangkan serta dikongsikan dalam facebook beliau dan beliau juga mempunyai channel telegram di mana anda boleh dapat info tersebut terus masuk ke dalam phone anda. 

Mengapa Lisa follow beliau sejak dulu lagi? Sebabnya penyampaiannya sangat santai tetapi penuh dengan ilmu bermanfaat berkenaan kesihatan kanak-kanak dan bayi. Memandangkan Lisa mempunyai 3 orang anak yang bawah 7 tahun dan Lisa sendiri rasa ilmu ini sangat penting untuk Lisa aplikasikan untuk anak-anak.


4. Siti Nadzrah

Puan Siti Nadzrah atau lebih dikenali sebagai ummi, merupakan penulis terkenal di Malaysia dan bukunya yang paling popular adalah jutawan Surirumah Profesional. Sebenarnya Lisa mula terpikat dengan buku beliau sebab adanya perkataan surirumah. Dan di pasaran sangat susah nak jumpa buku-buku yang membangkitkan isu surirumah tangga dan memberi motivasi serta inspirasi kepada surirumah di luar sana untuk terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat. 


Buku Jutawan Surirumah Profesional 


Selain itu, apa yang membuatkan Lisa tertarik dengan karakter ummi ini adalah kerana beliau walk the talk. Mungkin di luar sana ramai influencer atau parenting expert memberi perkongsian tentang ilmu parenting dan sedangkan anak-anak mereka masih kecil untuk mereka membuktikan bahawa apa yang mereka kata adalah terbukti atau tidak tetapi Ummi ini memang terbukti kerana anak-anak beliau semuanya Tahfiz dan berjaya dalam bidang masing-masing. 


6. Adlil Rajiah

Puan Adlil mula terkenal kerana beliau mempunyai anak austisme pada mulanya dan beliau berkongsi suka duka dan bagaimana beliau menangani cabaran tersebut di blog beliau. Lisa memang follow blog beliau sejak dulu. Lisa tertarik dengan semangat dan pengorbanan beliau sebagai seorang ibu dan beliau tidak pernah malu untuk mengaku kesilapan tersebut menyebabkan anaknya mula ketagih gadjet sejak kecil. Dari situ Lisa belajar bagaimana nak mengawal anak daripada ketagih gadget dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak supaya mereka lupa tentang gadget. 

Kini beliau berkongsi banyak ilmu parenting dan selalu buat live di page facebook serta instagram beliau dan memanggil panel-panel yang arif dalam bidang masing-masing. Bulan lepas Lisa sertai live beliau tentang topik anak yang mempunyai eczema. Memandangkan seorang anak Lisa mempunyai mild eczema dan Lisa rasa topik tersebut sangat kena dengan situasi Lisa sekarang. 


7. Owh Diyana 


Jika anda mahu belajar tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak serta penyusuan yang betul, boleh follow facebook Owh Diyana dan beliau mengendalikan 2 facebook group yang besar dalam kedua-dua bidang tersebut. Lisa banyak sangat belajar tentang dua perkara tersebut dalam group facebook. Sehinggakan anak Lisa yang kurang makan, mereka mempunyai selera untuk makan. Dan dengan adanya ilmu pemaknan dan nutrisi membuatkan anak-anak kita akan membesar dengan baik mengikut perkembangan mereka pada usia mereka. 

Senarai Buku Parenting yang boleh anda jadikan sebagai rujukan:

Diharapakan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana untuk menuntut ilmu parenting. Bukanlah bermaksud kita tuntut ilmu ini untuk menjadikan kita ibu bapa yang sempurna tetapi ia memberikan kita belajar kesilapan dan membetulkan apa yang salah. Jangan lupa kongsikan artikel ini di sosial media anda. Terima kasih. 

No comments:

Powered by Blogger.