10 Kedai Dekorasi Rumah Di Shopee Yang Cantik Dan Banyak Pilihan


July 30, 2021

Golongan wanita mahupun kaum adam ada di antaranya sangat suka mendekorasi rumah. Bagi mereka dekorasi rumah ini merupakan satu hobi atau satu terapi yang sangat bermanfaat untuk diri mereka. Lisa sendiri sangat suka mendekorasi rumah. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada sahaja barang dekorasi rumah yang akan sampai di depan muka pintu(pembelian secara online) untuk menambahbaik ruangan di rumah tidak kisahlah di dapur, di ruang tamu, di bilik mahupun di tandas. Sejujurnya, bagi Lisa dekorasi rumah ini dapat memberi aura baru dalam diri dan setiap ahli dalam rumah. Mungkin ada yang kata itu sebagai pembaziran tetapi tahukah anda, Allah sangat suka dengan kecantikan, kebersihan dan kekemasan. Itu juga merupakn cermin orang muslim. Subhanallah. 







Di sini Lisa mahu kongsikan 10 kedai dekorasi rumah di Shopee yang cantik dan mempunyai banyak pilihan. Anda yang suka mendekorasi rumah, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat pilihan yang ditawarkan oleh setiap kedai di bawah. 


 Dekorasi Bunga-bunga dan Pasu Cantik 

Kedai Miss U



Kedai Miss U ini agak terkenal dengan menawarkan artifial flowers iaitu bunga yang menyruapai bunga sebenar. Warna dan rupanya sangat cantik dan memang betul-betul seperti bunga sebenar. Antara jenis bunga yang disenaraikan dalam kedainya adalah bunga tulip, bunga ros, bunga daisy dan sebaginya. 






Dekorasi Pampas Gras/ Dried Flowers

Kedai-kedai di bawah ini menawarkan pelbagai jenis pampas kering, bunny tails dan pelbagai jenis bunga kering. Bagi anda peminat dekorasi rumah jenis minimalis dan bohemian, maka dekorasi bunga pampas sangat sesuai. 

Kedai The Hall 










Kedai Rustika Wedding 








Dekorasi Tulisan Islamic Calligraphy 

Tak lengkap rasanya sebagai seorang muslim di rumahnya tiada penulisan islamic di mana dengan adanya islamic calligraphy ini, apabila kita melihatnya, ia akan mengingatkan kita untuk berzikir dan menyebut nama-nama ALLAH. 

Di bawah ini terdapat 2 jenis kedai yang Lisa senaraikan iaitu kedai HDPM ini menawarkan islamic calligraphy yang menggunakan bahan metal dan Kedai Frame Murah Gemas pula menawarkan penulisan agama dengan menggunakan bahan canvas. Terpulang kepada konsep dekorasi rumah anda untuk tentukan antara dua jenis tersebut.

Kedai Home Decor Product Malaysia(HDPM)

















Dekorasi Rak Pasu Bunga

Jika anda mula menceburi bidang dekorasi rumah atau mula mahu menjinak diri dalam menghias rumah, anda akan dapati bahawa di ruangan kosong terutama di bahagian bucu, sangat sesuai untuk diletakkan rak pasu bunga supaya tidak nampak kosong dan janggal di sudut tersebut. Alangkah menariknya anda menambahkan rak pasu buga dan disertakan dengan pasu bunga mahupun pokok menghijau di dalamnya, sudah pasti ia akan nampak lebih cantik dan mendamaikan di sudut tersebut.

Di bawah ini ada 2 kedai untuk dekorasi rak pasu bunga yang boleh anda lihat pelbagai pilihan dan jenis yang ditawarkan oleh kedai-kedai tersebut. 

















Dekorasi Wall-shelf


Jika anda mempunyai ruangan dinding yang kosong tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengisi ruangan tersebut, Lisa cadangkan supaya anda boleh menambahkannya dengan meletakkan wall-shelf yang mempunyai pelbagai jenis bentuk ini. Di dua kedai ini menawarkan pelbagai jenis wall shelf yang boleh anda pilih dan sesuaikan dengan konsep hiasan rumah anda. Tips membeli wall-shelf ini pastikan ukurannya kena dengan ukuran dinding anda, jangan beli terlalu kecil atau terlalu besar. 














Dekorasi Wall-paper


Sudah tentu tak lengkap hiasan rumah jika wall paper kita tidak dihiasi dengan wall paper dengan corak atau warna yang sesuai. Senang cerita wall paper ini sebagai background utama bagi hiasan rumah ataupun hiasan ruangan di bahagian tertentu dalam rumah kita. 

Bagi anda yang suka bercorak, anda boleh pilih di kedai WK home living di mana terdapat pelbagai jenis corak wall paper yang ditawarkan manakala kedai omni art pula menawarkan wall paper yang plain tetapi ada juga wall paper yang bercorak. Pilihlah mengikut hiasan rumah anda. 







Semoga perkongsian ini dapat beri inspirasi idea untuk anda membeli secara bijak di kedai dekorasi rumah di Shopee. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan perlu ramai tahu berkenaan tersebut jangan lupa kongsikannya di ruangan sosial media anda. 


2 comments:

Powered by Blogger.