10 Checklist Persedian 3 Bulan Sebelum Bersalin


January 14, 2019
Bagi ibu hamil yang pertama kali ingin menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama pasti teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si kecil. Bila sudah masuk fasa yang ketiga iaitu 3 bulan sebelum tarikh due date ibu bersalin, maka banyak persediaan yang perlu dibuat oleh si ibu dan si bapa. Di sini Lisa kongsikan 10 checklist persediaan 3 bulan sebelum bersalin yang wajib ibu hamil perlu tahu dan bersedia. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dan ibu-ibu yang lain.

10 checklist ini memang sangat berguna kerana jika salah satu ibu hamil tidak lakukan, mungkin keadaan akan menjadi sedikit kelam kabut ketika cahaya mata pertama lahir ke dunia ini.


Pastikan Barang Keperluan Bayi Cukup

Untuk memastikan barang keperluan bayi cukup dan sudah tersedia, Lisa sarankan anda membuat checklist atas kertas atau taip dalam phone bagi setiap keperluan bayi tersebut. Supaya tidak ada satu barang keperluan bayi terlepas pandang. Antara keperluan bayi yang perlu ibu pastikan cukup adalah set pakaian bayi, pampers, bedung, selimut, stokin, set barang mandian, set tempat tidur, set perubatan, set penyusuan dan sebagainya lagi. Kalau boleh semua barang keperluan bayi ini diletakkan dalam 1 bakul atau bekas khas untuk bayi supaya ia tidak bercampur dengan pakaian yang lain. Bagi anda yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keprluan bayi ini secara online sahaja dan di antara favourite website yang Lisa suka beli untuk keperluan barang bayi adalah di LAZADA, SHOPEE dan MOTHERHOOD. 

Merancang Bersalin Di Hospital Yang Mana

Checklist ini juga antara salah stau checklist yang sangat penting yang ibu dan bapa perlu tahu. Antara faktor yang boleh anda ambil kira untuk memilih hospital yang mana adalah faktor jarak dari rumah, recommendation dari rakan atau saudara anda, service yang bakal diterima serta faktor kewangan. Anda boleh baca entry post tentang antara hospital kerajaan dan hospital swasta, mana satu pilihan anda. 

Merancang Untuk Memohon Bercuti Dari Majikan

Setelah membuat temujanji yang pertama dengan doktor, beliau akan berikan anda tarikh jangkaan bila bayi akan dilahirkan. Maka anda sudah boleh merancang dari awal untuk memilih tarikh bercuti bersalin. Sebagai persediaan awal, anda boleh untuk memohon bercuti dari majikan mengikut tarikh jangkaan tersebut. Supaya, akan ada rakan kerja anda untuk menggantikan anda semasa ketiadaan anda pada cuti bersalin nanti.

Scan Bayi

Masa yang sesuai disarankan untuk ibu bapa membuat scan bayi adalah pada fasa kedua atau fasa ketiga iaitu 3 bulan sebelum bersalin. Pentingkah scan bayi ini? Pendapat Lisa sendiri scan bayi ini ada kepentingannya juga kerana melalui scan bayi kita dapat bayangan sedikit sebanyak berkenaan kondisi bayi tersebut sama ada dari segi fizikal dalaman dan luaran. Bonusnya, ibu bapa dapat lihat jantina si bayi dan bolehlah mereka membuat persediaan awal untuk keperluan bayi tersebut. Anda juga boleh baca entry post mengenai perbezaan scan detail, 2D, 3D, 4D,5D,6D dan HD.

Ingin Berpantang Di Mana

Ya, 3 bulan sebelum bersalin anda sudah perlu merancang di mana anda mahu berpantang sama ada berpantang di rumah sendiri, rumah mak mertua atau rumah ibu bapa anda. Perancangan ini juga dikira amat penting kerana anda boleh merancang keperluan untuk berpantang disediakan di sana. Tidaklah last minute, anda akan jadi sangat kelam kabut dan masih mencari-cari tempat mana yang sesuai. Ketika bersalinkan Fareeq, Lisa memilih untuk berpantang 20 hari di rumah mak mertua dan 20 lagi berpantang di rumah mak Lisa sendiri. Itu memang yang dirancang dari awal oleh Lisa dan suami.

Pencarian Confinement Lady 

Zaman sekarang bidan yang menjaga ibu berpantang lebih dikenali sebagai confinement lady, Pada zaman dahulu bidan hanya datang menjaga ibu berpantang hanya sehari atau dua hari sahaja dan mereka lebih kepada membantu untuk berurut dan menguruskan bayi tetapi pada zaman sekarang, sudah ada perkhidmatan yang menyediakan penjagaan ibu berpantang seperti bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang, pengurusan bayi, memakaikan bengkung serta mandi herba. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh agensi confinement lady ini dan anda boleh pilih mengikut budget anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda mahu booking confinement lady ini, anda perlu membuat tempahan awal dan selewat-lewatnya adalah 3 bulan sebelum bersalin. Jika tidak ia sudah fully booked.

Keperluan berpantang

Jika anda mengambil confinement lady, selalunya agensi mereka akan menyediakan pakej sekali keperluan berpantang tetapi jika anda tidak mengambil perkhidmatan ini maka anda perlu membeli sendiri. Anda juga boleh lihat di entry post ini berkenaan set berpantang atau boleh klik LAZADA atau SHOPEE terdapat banyak sangat pilihan set berpantang.

Keperluan Ibu Selepas Bersalin

Selain keperluan bayi perlu disediakan, jangan lupa keperluan si ibu juga perlu diberi perhatian antaranya adalah pakaian longgar dan selesa untuk ibu mudah bergerak dan menyusukan bayi, pad maternity( kemungkinan darah nifas banyak keluar maka disarankan si ibu menggunakan pad maternity), bra maternity dan sebagainya. Boleh lihat di sini MOTHERHOOD untuk keperluan si ibu.

Perlu Tahu Tanda Bersalin

Bagi persediaan untuk bersalin, ibu juga perlu tahu asas tanda-tanda si ibu bakal bersalin. Lisa percaya ilmu ini, nurse atau doktor sudah maklumkan kepada ibu ketika temujanji pada fasa ketiga ini. Antara tanda bersalin adalah berlakunya kontraksi yang kerap, turun darah, turun mentuban dan berlakunya sakit perut seperti mahu membuang air besar. Jika tanda-tanda ini sudah ada pada si ibu maka bersegeralah ke hospital yang telah anda rancang untuk bersalin.

Menghadiri Kelas Antenantal Dan Membaca Buku Berkenaan Penjagaan Bayi dan Ibu

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata, anda mungkin kekurangan ilmu dari segi penjagaan bayi dan penjagaan diri selepas bersalin. Dengan menghadiri kelas antenantal yang dianjurkan oleh pihak hospital mahupun klinik, mereka akan membantu anda melengkapi ilmu tersebut serta anda juga boleh membaca buku sebagai persedian menguruskan si kecil dan diri anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak persediaan ibu hamil yang sedang menantikan cahaya mata. Jika ibu rasa perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu yang lain, jangan lupa klik button facebook di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih.





2 comments:

  1. terbaek.. good info.. semoga dipermudahkan buat semua bakal ibu yg akan bersalin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.