Resepi Nugget Homemade Untuk Baby 8 Bulan Ke Atas


June 16, 2021



 Bayi di bawah umur setahun dinasihatkan tidak diberi makanan yang tinggi gula, garam dan berperisa. Nugget merupakan salah satu makanan kegemaran buat kanak-kanak kerana ia mudah dipegang dan rasanya sangat sedap. Bagi ibu-ibu yang mahu berikan makanan yang terbaik buat anak-anak anda, tetapi tidak tahu caranya bagaimana anda boleh mulakan dengan makanan kegemaran mereka iaitu nugget tetapi di tukar menjadi nugget homemade di mana anda boleh mengawal kuantiti garam, gula dan malah sumber protin yang ada dalam makanan tersebut terutamanya kandungan ayam. 


Resepi yang Lisa ingin kongsikan untuk kali ini adalah resepi nugget homemade khas buat bayi 8 bulan ke atas. Jika anda mempunyai anak umur 2 hingga 6 tahun, anda juga boleh membuat resepi ini dan pasti anak-anak anda menggemarinya. 


Resepi homemade nugget ini boleh di frozen kan dan tahan sehingga 1-2 minggu. Pastikan cara penyimpanan makanan ini lebih selamat dan sihat. 


/>

#1 Resepi Nugget Homemade 


Bahan-bahan;

2 Keping isi dada ayam

2 senduk nasi putih

1 biji telur

Sawi- 2-3 helai 

Carrot - 3-4 potong

Bawang putih- 1 atau 2 biji

Serbuk lada putih




Cara-caranya

1. Blend kesemua bahan di atas.

2. Masukkan dalam bekas dan kukus sehingga masak.



3. Kemudian, celup dengan telur dan serbuk roti. 



4.Gorengkannya di kuali berisi minyak masak atau menggunakan air fryer. 




5. Siap dihidang untuk si kecil . 








#2 Resepi Nugget Homemade


Bahan-bahan

2 ketul isi dada ayam

2-3 kuntum brokoli

1 biji kentang yang telah direbus

Setengah biji bawang holland

2 biji bawang putih

1 batang kecil celery

Mixed herbs secubit

1/2 sudu kecil black papper 


Cara-caranya

1. Blend kesemua bahan di atas sehingga hancur.

2. Letakannya di dalam bekas dan steam dalam 20 minit.

3. Potong mengikut bentuk kesukaan ibu.

4. Celupkannya dengan tepung jagung yang bercampur sedikit air dan salut dengan oat atau serbuk roti.


#3 Resepi Nugget Homemade


Bahan-bahan

2 ketul isi ayam

1 sudu cheese parut

Tepung jagung

Serbuk ayam

Serbuk bawang putih


Cara-caranya

1. Blend isi ayam sehingga hancur.

2. Gaulkan isi ayam bersama kesemua bahan di atas.

3. Bentukkan seperti finger food. Jika masih lembik, tambahkan lagi tepung jagung. 

4. Salutkannya dengan serbuk roti.

5. Goreng di dalam minyak masak atau di airfryer. 


/>

Resepi nugget homemade ini sangat mudah disediakan oleh ibu-ibu walaupun dalam keadaan sibuk. Ia sangat sesuai dibuat bekalan ketika ibu-ibu merancang untuk perjalanan jauh. Boleh lekakan si kecil dengan manikmati makanan ini dan ibu-ibu pasti berasa tenang ketika di dalam kenderaan. 


Maklumat Tambahan

Jika anda mahukan makanan bayi lebih sihat dalam penyediaannya, Lisa sarankan untuk menggunakan Air fryer kerana tiada minyak digunakan dan ia baik untuk bayi anda. Jenama yang Lisa gunakan adalah Tefal, kerana ia tidak melekat dan tahan lama.

Lihat di link ini untuk terus pembelian Air Fryer.


Anda juga boleh pelbagaikan bentuk nugget homemade dengan menggunakan ice cube mould seperti di bawah ini.

Lihat di link ini untuk terus pembelian ice cube mould 


Bagi anda yang ingin asingkan blender makanan bayi dengan blender yang sedia ada untuk makanan harian anda, boleh lihat di link di bawah dengan pelabagi jenis pilihan blender makanan bayi yang ada.

Lihat di link ini untuk pembelian terus blender makanan bayi


Jangan lupa kongsikan resepi nugget homemade ini dengan ibu-ibu di luar sana. Semoga ia dapat beri manfaat kepada semua ibu yang sedang mencari solusi untuk menyediakan finger food yang sihat buat si kecil yang tersayang. 


8 comments:

Powered by Blogger.