5 Cara Melihat Progress Turun Berat Badan Tanpa Penimbang
Mungkin anda pernah dengar tentang Plateau di mana berat stuck di angka yang sama. Atau anda sedang mengalaminya sekarang. Beginilah, badan kita ni sangat unik yang Allah kurniakan. Kadang-akadang kita tidak boleh lihat perubahan kepada badan kita hanya pada angka penimbang sahaja kerana ia melibatkan seluruh anggota badan kita apabila kita mula decide untuk sertai proses penurunan berat badan. Sebelum anda mahu berputus asa dalam perjalanan turun berat badan ini, Lisa nak kongsikan dengan anda bagaimana melihat progres turun berat badan tanpa menghiraukan angka di penimbang. Dan untuk pengetahuan anda sekalian, angka di penimbang bukanlah ukuran sebenar atau dijadikan benchmark untuk mengatakan bahawa seseorang itu sihat atau tidak. Lisa beri contoh seperti gambar di bawah.
1. Tape
Dalam program Kurus Fit Online Coaching yang Lisa kendalikan bersama team yang lain, kami sangat tekankan jika mahu sertai KFOC, perlu ada tape untuk ukur lilit badan. Kerana ada peserta kami almost give up apabila melihat angka di penimbang tetapi apabila mereka mengukur ukur lilit di bahagian tertentu, mereka sendiri terkejut apabila ada yang turun 1 inci, 2 inci dan tidak kurang juga 3 inci walaupun berat masih sama atau turun hanya 200-300gm sahaja.
Maka mulai hari ini jadikan tape sebagai kawan baik anda berbanding penimbang kerana tape lebih jujur sebenanrnya. Itu belum lagi kita bercerita tentang penimbang yang berbeza-beza. Jangan lakukan perkara ini, iaitu minggu ini anda timbang berat di shopping mall dan kemudian minggu depan anda timbang di penimbang rumah kawan. Oh ini kesalahan sangat besar ketika melihat progress turun berat bada, Tetapi jika anda menggunakan tape, ukuran inci dan cm tidak akan berubah.
2. Baju
Anda masih simpan baju lama atau baju kahwin anda? Kerana bagi wanita baju kahwin adalah pakaian yang sangat bermakna dalam hidup mereka dan pakaian itu juga merupakan kayu ukur untuk melihat sama ada selepas kahwin dan dah dapat anak adakah masih boleh muat lagi baju kahwin tersebut. Bayangkan jika angka di penimbang tidak turun tetapi anda sudah boleh muat pakai baju yang lama mahupun baju kahwin anda yang dulu. Lisa percaya anda pasti rasa gembira dengan kejayaan tersebut hasil titik peluh dan usaha anda untuk turun berat badan.
3. Energy level
Mungkin sebelum ini anda mahu naik tangga, anda merasa sangat mengah dan perlu rehat sebentar untuk sambung kembali naik tangga. Tetapi setelah beberapa bulan anda mampu naik tangga tanpa rasa mengah. Subhanallah nikmat yang tak terhingga. Itu bermaksud walaupun angka di penimbang tidak bergerak tetapi anda sendiri dapat rasakan tahap tenaga anda semakin baik bermaksud itu merupakan perubahan yang porsitif yang perlu anda raikan.
Bagi ibu-ibu yang sering berasa penat kerana membuat kerja rumah, dan kali ini anda berasa lebih bertenaga walaupun seharian membuat kerja rumah bermaksud energy level anda semakin baik. Teruskan usaha untuk mencapai berat ideal anda.
4. Fitness Level
Bagi mereka yang suka bersenam atau aktif melakukan sukan lasak, mereka dapat lihat perubahan fitness level mereka sendiri. Mungkin sebelum ini berbasikal hanya boleh beberapa kilometre sahaja tetapi kali ini sudah boleh pergi jauh dan tidak mudah rasa penat. Malah anda masih bersemangat untuk teruskan perjalanan berbasikal.
Selain itu, anda boleh lakukan beberapa fitness test untuk melihat tahap fitness anda semakin baik. Antaranya dengan melakukan squat, plank, push-up dan burpees. Sebagai contoh anda berapa lama atau saat anda boleh lakukan plank. Jika sebelum ini hanya 30 saat sahaja dan kali ini anda boleh lakukan sehingga 90 saat bermaksud fitness level anda semakin bagus.
5. Kualiti Tidur
Sebenarnya ramai orang salah tanggapan mengenai tidur yang cukup. Ada setengah berpendapat mengatakan tidur perlu lama supaya kita cukup tidur tetapi sebenarnya bagi orang dewasa 5-6 jam adalah cukup dan yang penting kualitinya. Lisa pernah alami tidur 8 jam tetapi masih mahu nak sambung tidur lagi dan pernah juga alami tidur hanya 5-6 jam sahaja tetapi selepas bangun badan jadi lebih segar dan bertenaga, Ha nampak tak yang kualiti tidur bukan bergantung kepada kuantiti masa tidur tetapi kualiti di dalamnya.
Kualiti tidur ini merupakan salah satu benchmark yang bagi Lisa bagus untuk dijadikan panduan dalam progress turun berat badan. cubalah turun berat badan, anda sendiri akan rasa perbezaan kualiti tidur anda.
Baiklah sampai di sini saja perkongsian Lisa mengenai 5 cara melihat progress turun berat badan tanpa penimbang. Ingat ya jangan jadikan angka di penimbang sebagai kayu ukur untuk melihat progress turun berat badan anda. Teruskan berusaha.
Jika anda sudah cuba pelbagai cara untuk turun berat badan tetapi masih tidak berjaya, boleh sertai group coaching yang Lisa dan sahabat kendalikan. Boleh lihat detail di link bawah ini.
https://mykfoc.com/coach-lisa/
Sekian, terima kasih.
point no 2 tu yang paling ketara ,hehehe
ReplyDeleteaah betul-betul... ehehe..
Deletedpt inch loss pun jadik la kan. kurus or kurang kg tu bonus.
ReplyDeleteaida tiap pagi dok atas timbang, lisa.
kebetulan asben pun sekali sibuk nak jaga badan.