5 Alatan Senaman Di Rumah Ini Bantu Anda Untuk Turun Berat


June 22, 2021

 Siapa sangka pada tahun 2020 dan 2021, seluruh dunia menghadapi pandemik di mana Virus covid-19 sangat berbahaya kepada semua manusia di atas muka bumi ini sehinggakan keluar rumah tidak dibenarkan sama sekali. Jika mahu keluar dari rumah perlu ada alasan yang kukuh dan perlu mengambil langkah kebersihan dan keselamatan yang agak ketat supaya tidak dijagkiti virus Covid-19 ini. Pada masa yang sama semua pusat senaman atau latihan juga diarahkan tutup oleh kerajaan bagi mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak merebak kepada pelanggan yang datang ke pusat senaman ataupun gym tersebut. Kerana peralatan yang dipegang oleh pesakit positif kemungkinan besar akan dijangkiti kepada pelanggan yang lain yang memegang peralatan yang sama. Oleh demikian, kita tiada pilihan untuk bersenam selain membuat senaman di rumah mahupun di kawasan yang terdekat sahaja. 




Di sini, Lisa ingin kongsikan dengan anda 5 alatan senaman di rumah yang boleh bantu anda untuk turun berat badan. Walaupun kita tidak dapat pergi ke gym atau berjogging di pusat rekreasi tetapi kita masih ada pilihan untuk mengamalkan cara hidup sihat walaupun di dalam rumah sahaja. Sebenarnya banyak sangat aktiviti sihat dan aktif yang boleh kita lakukan. Malah ia memberi kesan positif kepada tubuh badan dan mental kita. 5 alatan senaman di bawah ini bukanlah harganya sehingga mencapai ribuan ringgit tetapi ada yang di bawah 100 dan ada juga yang mampu milik. Percayalah bahawa, bukan alatan mahal yang kita perlukan tetapi usaha yang konsisten dan semangat yang berterusan diperlukan untuk kita menjadi lebih sihat dan bonus berat badan kita turun secara konsisten. 


5 Alatan Senaman Di Rumah Ini Bantu Anda Untuk Turun Berat Badan


1. Dumbell 


Bagi anda penggemar senaman kardio sahaja seperti berlari, berjogging dan berbasikal, apa kata anda tambahkan senaman weight training dalam jadual senaman mingguan. Senaman weight training ini sinonim dengan dumbell. Anda boleh pilih berapa berat yang anda mahukan dan lihat kesesuaian atau minta nasihat daripada jurulatih atau pakar dalam bidang senaman ini. Kebiasaannya, wanita akan mengangkat dumbell kira-kira 1kg hingga 5kg untuk 1 dumbell. Bagi lelaki pula, mereka lebih suka mengangkat dumbell dalam 5kg hingga 15kg. Ia bergantung kepada tahap kemampuan anda. 


Lisa pernah dengar ada wanita risau nak angkat dumbell sebabnya tangan akan jadi berketul-ketul macam lelaki. Tetapi sebenarnya itu adalah tidak benar sama sekali. Wanita walaupun mengangkat dumbell, tetapi ia tidak akan menyebabkan tangan wanita menyerupai lelaki kerana ia melibatkan hormon testosterone di mana lelaki mempunyai lebih banyak hormon tersebut berbanding wanita yang hanya ada 15-20% sahaja. Oleh yang demikian, wahai wanita sekalian selepas anda baca penulisan ini jangan risau dan takut untuk mulakan senaman weight training kerana ia sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.


Pembelian Dumbbell terus di Shopee sini. 


2. Resistance Band 


Siapa ada masalah paha besar? Atau menghadapai kesukaran untuk mengecilkan lengan di tangan? Jika anda adalah masalah seperti yang disebutkan, anda boleh mula mencari dan membeli resistance band di mana band ini membantu anda untuk mengecilkan paha dan mengecilkan ukur lilit lengan jika anda lakukan secara konsisten dan pada masa yang sama mengamalkan pemakanan yang membantu anda untuk turun berat dan lemak di badan. 

Selain itu, kebaikan menggunakan resistance band ini, ia dapat membantu anda dari segi strength performance, mengurangkan risiko cedera di otot dan memberi hasil 2 hingga 3 kali ganda untuk kesan senaman tanpa resistance band. Di mana ia boleh digunakan ketika melakukan squad, lunges dan banyak lagi senaman strength. 


Pembelian Resistance Band di sini. 


3. Yoga Mat


Mempunyai yoga mat bukanlah bermaksud anda perlu lakukan senaman yoga tetapi ia juga boleh digunakan ketika melakukan workout training. Antaranya sit up, push up, mountain climb up dan lain-lain lagi. Supaya tubuh badan anda tidak sakit apabila melakukan senaman tersebut di atas lantai. Tetapi jika anda penggemara senaman yoga, sudah pasti ia sangat membantu kerana untuk pengetahuan anda, senaman yoga ini juga membantu anda untuk turun berat badan dan membantu anda mengawal pernafasan pada masa yang sama meberi kebaikan dari segi kesihatan mental.


Senaman yoga amat menitik beratkan soal pernafasan dan ketenangan. Jika anda masih baru dalam senaman ini, anda boleh buka video di Youtube terdapat banyak panduan video yang disiarkan khas untuk beginner(pemula). Lakukanlah senaman yoga ini step by step, kerana ia sangat banyak kebaikannya apabila kita konsisten mengamalkannya.


Pembelian Yoga Mat di sini.


4. Jump Rope


Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana tetapi perlu ada ruangan yang luas sedikit. Jump rope ini lebih kepada senaman kardio. Ia juga boleh digantikan dengan senaman jogging atau larian. Lisa ada sahabat yang sangat suka senaman Jump rope ini sehinggakan beliau dapat berat badan yang diinginkan disertai dengan  mengamalkan pemakanan yang sihat. 


Jika anda mempunyai anak yang suka bermain lari sana sini, anda boleh mengajak mereka bermain sekali dengan jump rope ini. Boleh dijadikan aktiviti dalam rumah yang sihat dan aktif brsama keluarga. Lisa pasti anak-anak anda akan sukannya. Bukan setakat dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga malah dapat bersenam dan turun berat badan.


Pembelian terus di sini


5. Cycling Bike 


Jika tiada pandemik dunia, pasti ramai di antara kita akan membeli basikal dan mengayuh shingga berkilo meter di kawasan perumahan mahupun di luar. Tetapi disebabkan kerajaan sudah tidak benarkan pergerakan jauh dari rumah, maka Lisa rasakan cycling bike ini sangat praktikal untuk bagi mereka yang suka berbasikal tetapi boleh dilakukan di dalam rumah sahaja. 


Apabila anda lakukan senaman basikal ini, ia sangat baik untuk kesihatan jantung kita dan pada masa yang sama, ia memberi kesan positif terhadap tubuh badan kita terutama sekali pada bahagian bawah tubuh badan. Dan bahagian inilah merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi sebahagian wanita di luar sana. 


Pembelian Cycling Bike di sini


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang merancang untuk turun berat badan mahupun mengamalkan cara hidup sihat walaupun berada di rumah. Jangan lupa bahawa senaman hanyalah 20% penyumbang untung kita turun berat badan manakala lagi 80% adalah dari sumber pemakanan kita. 

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Kurus Fit Online Coaching boleh klik di link ini untuk maklumat lanjut. 

1 comment:

  1. setuju dgn semua, lisa. moreover now kita wfh. lebih di rumah.
    tapi tu la. aida ada jump rope je. tu pun jarang pakai hi hi hi hi...
    dlm 3-4 hari sekali, waktu petang.
    aida suka sauna. itu memang 1-2 hari sekali. ptg ke pagi ke, mana2 sempat.
    dlm 30 minit, alhamdulillah. rasa ringan badan. tapi kurusnya nan hado :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.