Cara Menghilangkan Bengkak Susu Yang Bahaya Untuk Kesihatan Ibu
Bengkak susu adalah perkara yang tidak asing dialami oleh di kalangan ibu yang menyusukan bayi mereka. Mungkin si ibu pernah mengalami sekali sepanjang tempoh penyusuan atau mungkin juga beberapa kali. Lisa pasti bagi anda yang mengalami bengkak susu, sudah tentu cuba mencari cara menghilangkannya secara pantas kerana ia sangat menyakitkan.
Sebelum Lisa kongsikan bagaimana cara menghilangkan bengkak susu ini, Lisa nak kongsi pengalaman bengkak susu yang Lisa pernah alami ketika menyusukan anak kedua Lisa iaitu Sarah. Ketika itu Sarah baru berumur 6 bulan. Dan Lisa agak ia berlaku kerana proses pengenalan solid food kepada Sarah. Sebab itulah demand susu semakin kurang tetapi supply susu terlebih dan menyebabkan bengkak susu. Jika anda tanya adakah bengkak susu bahaya atau tidak? Jawapannya bengkak susu adalah bahaya apabila ia sudah capai tahap anda mula berasa demam, lesu dan breast anda membesar 2 kali ganda daripada biasa. Itulah yang dinamakan Mastitis di mana sudah berlakunya infection pada breast dan perlukan ubat antibiotik untuk merawatnya.
Kerana pada masa itu, Lisa sudah mula demam dan suhu capai 40 degree sehinggakan Lisa terpaksa ditahan wad untuk seketika. Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya breast ketika bengkak susu. Sakit yang amat sangat. Sukar untuk digambarkan. Hanya air mata jadi peneman. Alhamdulillah selepas dapat rawatan, dan dapat nasihat daripada doktor, bengkak susu semakin surut dan berkurang. Ada doktor nasihatkan dari segi perubatan sains dan tidak kurang juga doktor meminta untuk melakukan beberapa usaha secara praktikal di rumah.
Itulah pengalaman bengkak susu yang paling Lisa tidak boleh lupa sehingga kini. Bukanlah bermakna waktu susukan anak pertama dan anak ketiga tidak pernah bengkak susu, tetapi saat genting melalui bengkak susu yang paling dasyat Lisa rasakan ketika menyusukan Sarah. Ya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Bengkak susu atau in english lebih dikenali sebagai clogged milk duct, boleh dihilangkan dengan beberapa cara atau petua seperti dibawah.
Disclaimer : Lisa bukanlah medical profesional dan isi kandungan dalam penulisan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan nasihat daripada doktor yang merawat.
Cara Menghilangkan Bengkak Susu Yang Bahaya Untuk Kesihatan Ibu
1. Susukan Bayi Lebih Kerap
Jika anda dapati anda sedang mengalami masalah bengkak susu, maka pujuk bayi anda untuk menyusu lebih kerap berbanding sebelum ini. Bengkak susu berlaku kerana supply susu lebih daripada demand, maka jawapan yang lebih tepat ialah pastikan demand susu lebih daripada supply. Hanya dengan bayi menghisap susu dapat membuka balik ruang yang tersumbat di breast anda.
Bagi anda yang mengalami bengkak susu disebabkan ingin cerai susu kerana anak sudah mencapai umur setahun lebih, maka dinasihatkan supaya jangan lakukan ceraian susu secara menyeluruh. Bermaksud lakukan ceraian susu langkah demi langkah sebagai contoh mungkin kekerapan penyusuan adalah 5-6 kali sehari, maka lakukan keesokan harinya dengan mengurangkan 1 sesi penyusuan. Gantikan dengan makanan yang boleh mengenyangkan anak anda.
Sekiranya kita lakukan langkah ini secara berperingkat maka, supply susu mula faham dengan signal demand, maka ia tidak akan supply lebih jika sudah nampak pola demand semakin berkurang.
2. Lakukan Urutan Semasa Bayi Menyusu
Semasa bayi sedang menyusu badan, perlahan-lahan si ibu lakukan urutan supaya dapat membuka ruang yang tersumbat di breast anda. Urutan ini dilakukan daripada dada ibu sehingga ke puting. lakukan beberapa kali sehingga anda mula berasa lega dan tidak sakit. Namun begitu, jangan terlalu laju untuk mengurut breast anda kerana boleh menyebabkan bayi anda tersedak disebabkan pengeluaran susu terlalu laju ketika kita mengurutnya.
Urutlah secara tenang dan mendamaikan. Jangan lupa baca bismillah dan amalkan ayat alquran atau pun surah-surah lazim dan sambil itu doa supaya Allah bantu untuk buka ruang susu yang tersumbat dan beri kesembuhan kepada diri kita.
3. Mandi Air Suam
Mandi air suam dapat membantu anda menghilangkan rasa bengkak susu kerana ia dapat melonggarkan ruang susu yang telah bengkak atau tersumbat. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, teknik ini agak berkesan dan dapat mengurangkan rasa sakit bengkak susu. Sambil mandi air suam, pastikan anda mengambil masa untuk mengurut breast anda secara perlahan-lahan.
4. Tuam Dengan Kain atau Tuala Suam
Sebenarnya teknik ini sama dan lebih kurang dengan teknik mandi air suam cumanya, ia lebih fokus kepada breast kita. Pastikan tuala suam tidak terlalu panas kerana boleh mengakibatkan perkara yang tak diingin berlaku kepada breast.
5. Lalukan Breast Dengan Menggunakan Sikat
Selepas mandi air suam atau meletakkan tuala suam ke atas breast, kemudian boleh lalukan dengan sikat secara perlahan-lahan. Dengan struktur bentuk bergigi sikat, boleh membantu membuka ruang yang tersumbat di breast dan boleh mengurangkan bengkak susu. Petua ini juga sering kita dengar daripada ibu-ibu kita mauhupun nenek moyang.
6. Lakukan Teknik Marmet
Ini adalah teknik paling berkesan untuk Lisa ketika bengkak susu beberapa kali. Teknik ini sangat mudah tetapi perlu dilakukan langkah demi langkah. Teknik marmet ini bermaksud anda mengeluarkan susu menggunakan teknik urutan dan ditekan sedikit kuat, daripada dada sehingga ke puting. Anda akan dapati susu akan keluar dari puting anda. Lama kelamaan bengkak susu semakin berkurang dan anda mula berasa lega.
Ketika Lisa mempunyai bisnes trip di Singapore, Lisa mengalami bengkak susu selama seminggu kerana tidak dapat susukan bayi di mana ketika ibu anak sulung Lisa di Malaysia. Apa yang Lisa buat sepanjang seminggu itu adalah, Lisa buat teknik marmet ini setiap 2 jam sekali. Lisa akan pergi ke tandas dan bawa 1 cawan kecil untuk tadah air susu yang keluar dan kemudian Lisa terpaksa buang air susu tersebut.
Alhamdulillah, bengkak susu dapat dihilangkan dan Lisa lakukan secara konsisten. Bila jumpa anak balik lepas seminggu, Lisa teruskan menyusunya selang 2-3 jam.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Lisa ketika menyusukan ketiga-tiga anak ini. Setiap anak memberi pengalaman penyusuan yang berbeza. Itulah uniknya anak kita ini. Janganlah rasa bengkak susu ini sebagai beban menjadi seorang ibu tetapi anggaplah cabaran bengkak susu ini sebagai satu hadiah besar yang ALLAH beri untuk kita special sebagai seorang ibu. Sakit itu penghapus dosa. Sabar dan terus bersabar, pasti ganjarannya banyak yang Allah akan beri.
Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Kita pun pernah bengkak susu anak ketiga. Dan semua tips di atas tu memang berkesan terutamanya urutan marmet.
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeletesiirt
van
hakkari
aydın
LCM1RY