Senarai 6 Gadget/Peralatan Memasak Memudahkan Urusan Ibu di Dapur. No.4 Pernah Jadi Kontroversi
Sebagai seorang wanita dan seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak, Lisa merasakan banyak masa dihabiskan di dapur kerana perlu menyediakan makanan untuk kami sekeluarga untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Itu belum lagi cerita bab jika anak mahu makanan yang berbeza untuk makanan tengahari dan makan malam. Dan Lisa juga mempunyai bayi yang memerlukan makanannya dimasak berasingan dengan makanan kami. Sebab itulah Lisa terpanggil untuk menulis topik berkenaan senarai gadget atau perlatan memasak yang boleh memudahkan urusan ibu di dapur. Melalui pengalaman sendiri , Lisa rasakan senarai gadget dan peralatan masak di bawah sangat membantu ibu-ibu yang mempunyai rutin harian yang sibuk tetapi mampu menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Pada zaman sekarang, dengan teknologi canggih, jangan lepaskan peluang ini untuk memudahkan urusan kita sebagai wanita dan ibu. Jika para suami tidak mampu untuk menyediakan untuk kita, maka kita boleh berusaha sendiri untuk menyediakannya. Kerana ia berbalik kepada diri kita sendiri. Lisa ingat lagi arwah ibu Lisa selalu pesan, jika ada duit lebih, jangan beli handbag atau barangan perhiasan wanita dahulu tetapi belilah barangan yang memudahkan urusan kerja kita sebagai wanita dan ibu. Hal ini kerana penat dan lelah kita yang tanggung, tetapi dengan adanya perlatan memasak seperti di bawah dapat meminimumkan masa kita di dapur dan masa tersebut kita boleh lakukan perkara lain seperti mendidik anak-anak dan membuat kerja yang lebih utama.
Setuju atau tidak, dengan keadaan pandemik dunia ini, menuntut si ibu untuk meluangkan lebih masa untuk mengajar anak kerana mereka sekarang belajar secara online dan ia tidaklah sama apabila mereka hadir ke sekolah. Sebab itu sebagai ibu, kita juga perlu guide dan monitor pembelajaran mereka di rumah.
Baiklah, Lisa kongsikan ya tentang senarai 6 gadget atau perlatan memasak yang memudahkan urusan ibu di dapur. Dan jangn terkejut apabila anda memilikinya, masa anda akan nampak lebih banyak berbanding daripada sebelum ini.
1. Airfryer
Lisa mula kenal air fryer ini adalah daripada arwah ibu Lisa kerana beliau ingin menyediakan makanan yang sihat tanpa menggunakan minyak dan pada masa yang sama senang untuk masak. Ya betul, fungsi utama air fryer adalah untuk menggoreng makanan seperti goreng ayam, goreng ikan mahupun goreng makanan seperti frozen food. Bagi Lisa air fryer ini sangat berguna dan penting dalam kehidupan sebagai seorang ibu. Dah tidak perlu minyak yang merecik di dapur dan tiada lagi istilah melecur tangan kerana menggoreng makanan. Jika sebelum ini, bagi Lisa sangat mencabar bila menggoreng ayam dan ikan. Kerana kita perlu sentiasa berada di depan kuali dan memastikan ayam atau ikan tidak hangus. Tetapi dengan adanya air fryer, sangat membantu dari segi menjimatkan masa di dapur. Hanya buat setting masa dan suhu, maka tinggalkan sahaja makanan tersebut di dalam air fryer dan selepas masak, ia akan berbunyi tanda makanan yang kita masukkan tadi sudah pun memasak.
Sekarang ini, bukan sahaja fungsi air fryer sebagai menggoreng makanan tetapi lebih dari itu. Lisa suka bila sertai group Facebook memasak menggunakan air fryer. Pelabagai resepi dan cara wanita di dalam group tersebut berkongsi kegunaan air fryer. Sungguh kreatif mereka ini. Pelbagai masakan resepi boleh belajar di sana.
Sertai group FB di sini: Resepi Air Fryer Halal: Tips And Tricks
Beli Air Fryer di Shopee di sini
Untuk pengetahuan anda, air fryer ini mempunyai pelbagai size antaranya, 4.2L , 5.5L dan 6.2 L. Dan Lisa nasihatkan supaya anda boleh beli air fryer mengikut jumlah ahli kerluarga, jika anda mempunyai ramai ahli keluarga maka pilih size lebih besar dan pilihlah jenis non-stick antara jenama yang dipercayai adalah Tefal. Alhamdulillah Lisa dah menggunakan air fryer ini hampir setahun dan menggunakan jenama tersebut. Boleh lihat link di atas.
2. Dishwasher
Bila ditanya di kalangan wanita, apa perkara yang membuatkan mereka tidak suka dengan keadaan di dapur adalah rata-ratanya menjawab pinggan mangkuk yang menimbun dan membuatkan mereka berasa sangat rimas. Tetapi pada masa yang sama mereka tidak boleh lari untuk membersihkannya kerana itu juga adalah salah satu perkara dalam kebersihan yang perlu di ambil kira.
Sebab itulah, apabila mereka mempunyai dishwasher di dapur ia seolah-oleh memberi satu hadiah besar kepada wanita dan ibu. Ia bukan sahaja memudahkan urusan ibu di dapur malah menjimatkan masa kita di dapur serta dishwasher ini boleh dilakukan oleh anak-anak kita seawal umur 6 tahun. Hanya ajar mereka apa perlu di tekan button dan kemudian ia akan berfungsi dengan sendirinya. Mudahkan?
Pembelian terus di sini dishwasher di Shopee
3. Breakfast Station
Bangun pagi sahaja, ibu-ibu selepas menunaikan solat subuh serta melakukan ibadah sampingan, pasti terus ke dapur untuk menyediakan makanan sarapan pagi buat seisi keluarga. Kadang-kadang bagi ibu yang bekerja sudah tentu rasa kelam kabut menyediakan sarapan pagi jika kita terlambat bangun atau pun melakukan perkara lain dahulu. Ya dengan adanya breakfast station, boleh membantu ibu memudahkan sarapan pagi di mana breakfast station ini dapat memasak 2 hingga 3 jenis makanan dan minuman pada masa yang sama.
Jika ibu-ibu tidak sempat menyediakan sarapan pagi, boleh juga minta suami untuk menyediakannya hanya dengan mnggunakan breakfast station ini kerana ia sangat mudah digunakan. Antara makanan yang boleh digunakan di breakfast station adalah seperti telur goreng, sosej, muffin, panaskan makanan frozen food, masak minuman kopi atau teh dan sebagainya. Pelbagai makanan yang boleh digunakan di breakfast station ini.
Klik di link ini untuk pembeli Breakfast Station di Shopee
4. Thermomix
Lisa ingat lagi pada tahun 2020, ketika itu sedang lockdown atau Pkp sedang dilakukan di Malaysia dan seluruh di dunia dan pada masa yang sama gadget memasak ini mula mendapat perhatian ramai kerana ia memudahkan urusan wanita dan ibu dalam memasak di dapur. Perkara yang menyebabkan ia pernah menjadi kontreversi adalah kerana harganya yang agak tinggi dan ada juga mengatakan harganya tidak masuk akal. Tapi bagi pendapat Lisa secara personal, harganya melambangkan kualiti barangan tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan urusan ibu di dapur malah menyediakan makanan yang sedap dan pelbagai.
Ya, Lisa faham bagi mereka yang mempersoalkan harganya kerana tidak faham dengan value yang diberikan dalam hidup seseorang wanita. Kini pada tahun 2021 dan dengan adanya kaedah ansuran pembayan menyebabkan ramai wanita di Malaysia dan seluruh dunia mula mengambil keputusan untuk meilikinya. Terdapat lebih 75 000 resepi yang ada di dalam aplikasi tersebut. Resepi-resepi ini bukanlaha terhad kepada resepi masakan melayu sahaja malah masakan seluruh dunia, termasuklah makanan Asia, makanan western, makanan india dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin membeli Thermomix, anda boleh hubungi sahabat Lisa yang menjadi consultant dalam bidang ini. InsyaALLAH mereka akan membantu anda untuk membuat pembelian serta memberi konsultan yang bagus.
5. Oven
Bagi ibu yang suka baking kek mahupun pastry, microwave ini seolah-olah nadi bagi ibu yang sukakannya. Oven ini membantu ibu memudahkan masak pastry ataupun memasak masakan seperti lasagna atau grill makanan ayam/ikan berbanding perlu beli di luar. Hanya perlu tentukan suhu dan masa kemudian boleh terus tinggal sahaja makanan tersebut di dalam oven dan hanya tunggu ia berbunyi tanda masakan tersebut sudah siap dimasak. Tetapi bagi anda yang baking kek atau pastry untuk pertama kalinya, anda perlu juga untuk perhatikan dan monitor adakah suhu dan masa yang ditetapkan sesuai atau tidak dengan masakan anda. Jika tidak, anda perlu mengubahnya dan dapatkan suhu dan masa yang sesuai. Supaya pada masa yang lain anda sudah tahu masa dan suhu yang baik untuk ditentukan.
Selalunya Lisa masak menggunakan oven ini untuk masak pizza dan brownies kerana anak-anak sangat sukakannya.
Boleh beli di Shopee di link ini.
6. Microwave
Ada sesetengah ibu yang suka siapkan makanan dari pagi dan mereka akan panaskannya untuk makan tengahari dan malam. Dengan adanya microwave, ia dapat membantu ibu memudahkan urusan kerja di dapur terutamanya fungsi memanaskan masakan yang telah dimasak dan ia juga dapat defrost makanan yang beku. Sebagai contoh ibu mahu masak ikan yang dikeluarkan dari peti ais di sejuk beku, dengan adanya microwave ibu boleh saja terus keluarkan ikan tersebut dan masukkan dalam microwave tanpa perlu menunggu lama untuk rendamkannya di dalam air.
Belian terus di Shopee di sini
Baiklah dengan perkongsian Lisa ini tentang senarai 6 gadget atau peralatan memasak ini dapat memudahkan urusan ibu di dapur. Bagi suami yang sedang mencari hadiah untuk isteri tersayang dan ingin membuat insteri anda tersenyum sehingga ke telinga, boleh lah melihat senarai peralatan dapur di atas. Bukan sahaja ibu berasa gembira dengan kehadiran perlatan dan kelengkapan dapur ini tetapi ia juga memberi kemudahan kepada suami dan anak untuk membantu isteri dan ibu di dapur. Maka kuranglah sedikit tanggungjawab yang dipukul oleh ibu.
Sama-samalah satu keluarga membantu dalam mengharmonikan keluarga kita.
alhamdulillah. aida rasa gajet dapur aida mcm da complete, lisa.
ReplyDeletenothing more aida inginkan. unless ada yg wow lagi la. tapi termomix tu tak menarik perhatian aida. da tgk demo secara live.
air fryer. pressure cooker. microwave. oven steamer. semua membantu.
breakfast station tu aida berkenan, tapi nak letak kat ofis :) ha ha ha ha...
memang menarik sgt. all in one tu.