3 Pilihan Vitamin Untuk Ibu Mengandung


December 18, 2018
Minggu lepas Lisa ada appoinment dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk check up kandungan bagi 2 minggu sekali di Perak iaitu berdekatan dengan rumah mak ayah Lisa. Dan ini adalah pertama kali Lisa check up di Perak kerana sebelum ini Lisa buat temu janji di Selangor iaitu rumah mak ayah mertua Lisa.

Lisa decide untuk deliver baby di Perak,sebab itulah Lisa pulang ke kampung halaman dan kebetulan suami lisa pun sudah fly ke Dubai.

Bila Lisa pergi check up kandungan di negeri Perak rupanya ada beberapa sedikit perbezaan dari segi pengurusan Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Selangor. Ya, mungkin ia disebabkan perbezaan organisasi bagi setiap negeri. Tapi yang penting, perkara asas dalam check up kandungan bayi adalah sama dan sangat teratur. Itu juga antara sebab kenapa Lisa lebih suka memilih check up kandungan di klinik kesihatan kerajaaan.



Jika di Klinik kesihatan ibu dan Anak Selangor, Lisa dibekalkan vitamin Zincofer oleh pihak klinik bagi membantu kenaikan hemoglobin serta mengelakkan berlakunya anemia ke atas ibu tetapi lain pula di Klinik Kesihatan di Perak, mereka tiada bekalan vitamin Zincofer tetapi mereka mempunyai beberapa vitamin yang lebih kurang fungsinya dengan Zincofer cumanya Lisa perlu mengambil beberapa biji vitamin tersebut untuk menyamakan khasiat tersebut dengan 1 biji Zincofer itu.


Ni Lisa waktu 27 minggu, anak kedua.


Semasa Lisa jumpa doktor, beliau memberi beberapa pilihan kepada Lisa untuk memilih yang mana satu Lisa ingin beli di farmasi bagi menggantikan beberapa vitamin yang Klinik Kesihatan ingin bekalkan secara percuma kepada Lisa. Sebenarnya, bukan Lisa tak nak makan semua vitamin tersebut tetapi Lisa kadang-kadang ada masalah lupa makan vitamin mahupun ubat apatah lagi ia adalah berbiji-biji berbanding ia hanya 1 biji sahaja.

Artikel Berkaitan: 5 Jenis Buku Ini yang Wajib Ibu Mengandung Baca 

Ini adalah 3 vitamin yang doktor sarankan Lisa pilih iaitu Zincofer, Maltofer atau Iberet. Biar Lisa kongsikan sedikit tentang 3 vitamin untuk ibu mengandung ini kepada ibu mengandung yang mempunyai dilema dalam memilih vitamin.

Ini adalah berdasarkan apa yang doktor kata dan melalui pembacaan Lisa sendiri.

Zincofer 

Jika anda pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kerajaan, selalunya mereka akan membekalkan vitamin zincofer ini kepada ibu mengandung.



Antara kandungan utamanya adalah

  • Folic Acid
  • Vitamin B12
  • Vitamin B6
  • Zinc
Kesan mengambil zincofer ini selalunya, anda akan berasa mual, muntah, pening dan sedikit penat. Ada juga ibu mengandung kata, bila ambil zincofer ini nafsu makan akan makin bertambah. 

Pengalaman memakan Zincofer

Semasa 3 bulan pertama kandungan, Lisa mengambil zincofer ini, memang Lisa rasa mual, muntah dan pening. Zincofer ini perlu diambil ketika perut kosong dan pada waktu pagi. Tetapi bila Lisa minta consult daripada doktor, beliau mencadangkan supaya Lisa mengambil zincofer ini pada waktu malam iaitu sebelum tidur supaya tidak berasa muntah dan pening. Ternyata, apa yang doktor sarankan memang benar, Lisa tidak rasa apa-apa setelah bangun tidur berbanding Lisa ambil zincofer ini pada waktu pagi. Sebab itulah, sangat penting untuk anda meminta nasihat daripada doktor supaya mereka boleh mencadangkan perkara yang terbaik buat anda yang sedang mengandung. 

Jika anda mahu dapatkan zincofer secara online boleh beli di Lazada

Maltofer

Vitamin Maltofer ini adalah antara pilihan yang doktor sarankan Lisa ambil jika tidak boleh makan zincofer. Ia boleh didapati di farmasi atau Di Sini. Vitamin ini perlu dihisap dan rasa coklat sedikit. 



Antara kandungan utamanya adalah:
  • Iron
  • Folic Acid
Kesan pengambilan maltofer ini adalah lebih kurang dengan pengambilan zincofer antaranya berasa mual, pening dan kemungkinan juga anda akan rasa sembelit. 

Setakat ini, Lisa tidak pernah lagi cuba makan vitamin Maltofer ini tetapi kesan yang Lisa nyatakan di atas berdasarkan dari kata-kata doktor dan nurse di sini. Mungkin mereka telah berjumpa dengan ibu mengandung yang mempunyai pengalaman memakan vitamin Maltofer ini dan mereka kongsikan dengan Lisa supaya Lisa boleh pilih sama ada mahu mengambil Maltofer atau tidak.

Iberet - Folic

Vitamin Iberet Folic ini adalah vitamin yang Lisa tengah makan pada waktu ini sebabnya vitamin ini sahaja yang terdapat di farmasi yang terletak berdekatan dengan rumah. Ini juga vitamin yang disarankan oleh doktor. 



Antara kandungan utamanya adalah:
  • Iron
  • Folic Acid
  • Vitamin B12
  • Vitamin B6
  • Calcium
Kesan pengambilan Iberet ini juga sama dengan pengambilan zincofer iaitu mual, pening dan muntah. 

Pengalaman mengambil Iberet-Folic ini, Lisa buat cara yang sama seperti mana doktor sarankan iaitu ambil vitamin ini sebelum tidur dan ketika perut kosong. Perut kosong bermaksud 2 jam sebelum pengambilan vitamin, kita tidak makan apa-apa makanan. Alhamdulillah, Lisa tidak rasa pening dan mual. 

Mungkin ada ibu-ibu mengandung persoalkan mengapa perlunya mengambil vitamin seperti di atas dan Lisa pun pernah mempersoalkan perkara tersebut kepada doktor. Mereka mengatakan bahawa, apabila kita mengandung banyak vitamin yang diperlukan oleh si ibu dan si anak dalam kandungan dan pada masa yang sama pemakanan segelintir ibu mengandung tidak cukup khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh badan si ibu dan si anak. 

Sebab itulah, vitamin ini sebagai alat membantu ibu dan anak mendapatkan vitamin yang cukup bagi perkembangan bayi. Bagi anda yang ingin dapatkan Iberet- Folic secara online boleh klik di sini.

Berikut adalah fungsi kandungan dalam vitamin untuk ibu mengandung

Folic acid - Membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf dan membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang normal dan mencegah anemia.

Vitamin B kompleks - Membantu tubuh anda menggunakan tenaga melalui metabolisme karbohidrat, protin dan lemak.

Vitamin C- Meningkatkan penyerapan zat besi.

Iron - Sebagai kawalan, merawat, mencegah daripada kekurangan zat besi. Jika kita kurang zat besi, maka badan kita kekurangan hemoglobin dan tisu serta sel tidak dapat cukup oksigen.Ini akan menyebabkan anda akan rasa cepat letih, pucat, tubuh lemah dan emosi terganggu. 

Zinc - Membantu keimunan sistem dalam badan berjalan dengan baik dan membantu perkembangan bayi secara bagus kerana ia melibatkan sel dalam badan. 

Selain mengambil vitamin di atas, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk memperbanyakkan pengambilan sayuran hijau seperti sawi, pegaga, kangkung, bayam, pucuk ubi dan sebagainya serta pengambilan buahan seperti jambu batu, limau, betik, mangga dan lain-lain lagi. Di samping itu, ibu mengandung perlu memakan makanan seperti daging, hati, ayam, kerang, ikan dan sotong bagi menambah darah serta kaya zat besi. 

Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkarbonat kerana ia dapat menghalang penyerapan zat besi  dalam badan. 


Semoga ibu-ibu mengandung dapat memilih vitamin di atas mengikut kesesuaian serta saranan dari doktor. Jangan lupa amalkan makanan berkhasiat bagi perkembangan bayi serta kesihatan ibu. 











No comments:

Powered by Blogger.