Ibu Mengandung Wajib Baca 5 Jenis Buku Ini
Sebagai seorang wanita yang pertama kali mengandung, anda pasti memerlukan panduan dan nasihat bagaimana untuk melalui fasa baru dalam kehidupan iaitu fasa menjadi seorang ibu dan fasa ibu mengandung. Ia bukanlah berlaku seketika sahaja tetapi ia merupakan sebuah perjalanan yang perlu ditempuhi oleh semua wanita yang bergelar bakal ibu.
Di samping mendengar nasihat dari orang sekeliling, ibu-ibu juga perlu menambah sedikit pengetahuan mengenai fasa ini melalui pembacaan. Bahan bacaan pula bergantung kepada keselesaan dan kegemaran anda kerana ada setengah ibu suka bahan bacaan di internet/google dan ada juga ibu yang suka bahan bacaan dari naskah buku.
Melalui pengalaman Lisa menjadi seorang ibu yang pertama kalinya pada 4 tahun yang lepas, Lisa lebih suka bahan bacaan dari naskah buku kerana kita lebih tahu penulisnya siapa dan ditambah dengan bahan bacaan dari internet/google supaya mengukuhkan lagi pengetahuan kita mengenai fasa baru ini.
Jika ibu-ibu ada facebook, anda juga boleh sertai facebook group yang banyak membincangkan mengenai fasa kehidupan baru ini. Namun, ia adalah 90% isi dari perbincangan dari ibu-ibu mengikut pengalaman mereka sendiri bukanlah semata-mata dari kajian yang dijalankan mahupun dari para ilmuwan. Tidak salah untuk sertai facebook group tersebut sebagai menambahkan pengetahuan kita.
Di sini, Lisa kongsikan 5 jenis buku yang wajib ibu mengandung baca dan untuk dijadikan sebagai panduan ibu-ibu melalui fasa kehidupan baru.
Seperti yang Lisa katakan sebelum ini di mana zaman ini banyak cabaran sebenarnya dalam mendidik anak-anak. Maka ibu dan ayah perlu tahu cara yang sesuai dengan persekitaran kita dalam mendidik anak untuk mereka menjadi anak yang baik dan soleh solehah. Dalam mendidik anak, kita boleh belajar dari mereka yang berpengalaman serta membaca bahan bacaan dari sudut Islam mahupun dari barat kerana kedua-dua ini sebenarnya ada sedikit persamaan iaitu mahukan kebaikan buat anak-anak. Antara buku yang Lisa suka baca adalah How To Talk So Kids can Listen and How To Listen So Kids Can Talk dan Mendidik Anak Cara Rasulullah. Selain itu, banyak lagi pilihan buku yang boleh anda lihat di sini untuk dijadikan panduan mendidik anak.
Semoga 5 jenis buku yang Lisa kongsikan ini dapat membantu anda untuk mempersiapkan diri untuk menjadi ibu kepada cahaya mata anda yang terindah. InsyaALLAH dengan usaha ini, Allah membantu ibu-ibu serta Lisa sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi hamba ALLAH yang soleh dan solehah.

Buku Nama-nama Anak Dalam Islam
Setiap cahaya mata yang lahir ke dunia berhak mendapat nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik. Ada orang Barat mengatakan 'apalah erti sebuah nama' namun sebagai umat islam, nama adalah sesuatu yang sangat berharga sebab nama juga adalah doa. Dengan nama yang disandangnya, cahaya mata ini akan berkembang sesuai dengan namanya. Sebab itulah, ibu mengandung dan pasangan perlu membaca buku dan mencari nama anak yang membawa maksud kebaikan kepada anak yang bakal dilahirkan ke dunia ini. Ambillah sedikit masa untuk mencari maksud yang baik untuk menamakan anak ini. Anda boleh lihat di sini Koleksi nama-nama anak dalam Islam dan mempunyai maksud yang baik.Buku Amalan Ibu Mengandung
Pernah dengar tak orang kata atau nasihat dari orang tua yang mengatakan kalau nak anak cantik dan handsome boleh amalkan surah Yusuf, jika nak anak baik perangainya ibu mengandung perlu amalkan surah Muhammad dan sebagainya lagi. Sebenarnya, ada betulnya nasihat di atas kerana orang tua kita mempunyai banyak pengalaman tambahan pula bab-bab amalan kebaikan ketika mengandung ni. Tapi itu baru sedikit amalan yang ibu mengandung boleh amalkan, sebenarnya banyak sangat amalan kebaikan yang kita boleh lakukan supaya diri ibu dan anak mendapat kebaikan daripada amalan tersebut. Anda boleh baca entry post Lisa tentang 20 amalan ibu mengandung dan anda juga boleh lihat buku-buku amalan ibu mengandung di koleksi ini.
Ni antara buku favourite yang Lisa suka baca ketika mengandungkan Fareeq dan anak kedua ni.
Buku Penjagaan Ibu dan Anak
Selepas bersalin, pelbagai perkara baru yang akan berlaku dalam hidup si ibu antaranya, terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi, memandikan bayi, penjagaan bayi dari segi kesihatan luaran dan dalaman dan pada masa yang sama si ibu juga perlu jaga diri untuk kesihatan luaran dan dalaman. Pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan. Jika ada yang terlepas pandang maka ia mungkin memberi sedikit kesan terhadap kesihatan bayi dan ibu. Antara contoh yang biasa berlaku adalah si ibu tidak menitik beratkan soal vaksin untuk anak dan ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan si anak. Ni antara buku yang boleh ibu baca untuk dijadikan panduan dan selain itu ada pelbagai koleksi buku yang ibu boleh baca.Buku Persediaan Menjadi Ibu
Mungkin ada setengah berpendapat menjadi seorang ibu adalah mudah sahaja, lahirkan anak dan dapatlah title 'Ibu' tapi tahukah anda sebenarnya ada seribu makna yang tersembunyi di belakang maksud 'Ibu'. Memikul tanggungjawab ibu bukanlah mudah kerana ia memerlukan banyak pengorbanan dan pengetahuan untuk menjadi seorang ibu. Sebagai wanita yang telah menyandang title 'ibu' sejak 4 tahun yang lepas, pendapat Lisa untuk wanita yang bakal bergelar ibu, kita haruslah membaca sedikit bahan bacaan yang memberi panduan kepada kita sebagai persediaan menyandang title 'ibu' tersebut. Tambahan pula zaman yang penuh pancaroba dan penuh dengan teknologi di hujung jari, maka lebih banyak cabaran ibu masa kini perlu hadapi untuk mendidik anak sama ada dalam bentuk persediaan rohani mahupun jasmani. Anda boleh lihat pilihan buku yang ada di sini untuk dijadikan panduan ibu-ibu untuk persediaan yang akan datang.
Buku Cara Mendidik Anak
Seperti yang Lisa katakan sebelum ini di mana zaman ini banyak cabaran sebenarnya dalam mendidik anak-anak. Maka ibu dan ayah perlu tahu cara yang sesuai dengan persekitaran kita dalam mendidik anak untuk mereka menjadi anak yang baik dan soleh solehah. Dalam mendidik anak, kita boleh belajar dari mereka yang berpengalaman serta membaca bahan bacaan dari sudut Islam mahupun dari barat kerana kedua-dua ini sebenarnya ada sedikit persamaan iaitu mahukan kebaikan buat anak-anak. Antara buku yang Lisa suka baca adalah How To Talk So Kids can Listen and How To Listen So Kids Can Talk dan Mendidik Anak Cara Rasulullah. Selain itu, banyak lagi pilihan buku yang boleh anda lihat di sini untuk dijadikan panduan mendidik anak.
2 buku ni yang Lisa tengah baca dan masih dalam belajar untuk menjadi seorang ibu yang mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam mendidik anak-anak.

No comments: