5 Tempat sarapan pagi di Shah Alam Yang best dan Sedap


March 21, 2017
Tahun 2017 adalah tahun ke tujuh Lisa bermastautin di Shah Alam. Dari zaman universiti, zaman anak dara sehinggalah sekarang dah jadi mak dara , Lisa tinggal di Shah Alam. Alhamdulillah selepas kahwin, suami decide untuk cari rumah di area Shah Alam sebab nya kami dah mula jatuh cinta dengan kemudahan dan environment di sini. Ramai orang Melayu. Bak kata kawan aku, nak cari orang Melayu yang kaya ada dua tempat di Shah Alam dan di Bangi.

Selama 7 tahun tinggal di Shah Alam, pelbagai makanan dan restoran yang telah Lisa dan suami cuba. Almaklum kami sangat suka makan. Sebab itulah Lisa perlu makan Herbalife. Jika tidak kasihan pada badan sebab tiada nutrisi dan vitamin.

Entry kali ni bukan nak cerita pasal Lisa buat Herbalife di Shah Alam sebagai coach tetapi nak cerita 6 tempat sarapan pagi yang best dan sedap mengikut citarasa kami suami isteri. Tapi jika anda pergi ke tempat tersebut dan anda rasa tak berapa nak sedap jangan marah ye... sebab ini tekak kami...hehehe

6 TEMPAT SARAPAN PAGI BEST DAN SEDAP DI SHAH ALAM


1. Restoran Soto Shah Alam, Seksyen 8



Sebenarnya suami Lisa suka datang sini bukan sebab sedap makanannya tetapi banyak pilihan. Kuih muih ada lebih dari 15 jenis, masakan sarapan lebih 10 jenis antaranya laksa, mee kari, nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, mee goreng, dan mempunyai pelbagai jenis masakan lauk untuk pagi. Jika anda datang ke sini memang rambang mata nak pilih makanan yang mana satu. Dari segi kesedapan Lisa boleh rate kan dalam 3 hingga 4 star. Setiap kali datang sini mesti akan terserempak dengan retis atau pemain bola sepak selangor. Layannnnnn je...heheh...

2. Lontong Klang, Seksyen 7, belakang UNISEL.



Di sini keistimewanya adalah makanan lontongnya yang sangat sedap. Boleh bagi 5 star. Baru-baru ni tengok tv3 rancangan makanan pilihan artis Malaysia. Tak sangka pula Fattah amin pun suka lontong klang. Kalau korang rasa sekali mesti nak tambah untuk mangkuk kedua. Seriously sedap. Last year kelab nutrisi Lisa atas lontong klang je. Kira owner lontong klang kamcing juga la dengan kami. Tapi tak dapat diskaun pun...hahaha

3. Restoran Gembira, Seksyen 2



Siapa datang sini perlu ada perasaan gembira almaklum nama pun restoran gembira. Hehehe...gurau je... Ini pun salah satu tempat kami suka datang sarapan pagi. Kalau datang sini mesti husband Lisa akan pilih vadey dan kuih cakoi. Dia kata sedap.

4. Stall Nasi Lemak, Sri Muda

Restoran ni sebenarnya tempat tunggu bas tapi dorang dah ubah suai sikit jadi restoran tepi jalan dan berhadapan dengan kuil Sri Muda. Ia terletak di tepi jalan menghala ke Bukit Kemuning. Nasi lemak dan ayam goreng memang terbaik dari ladang. Sedap juga. Pilihan kuih muih pun banyak.

5. Ehsan Vista Alam


Di sini keistimewaannya adalah naan chese. Terbaik dari ladang. Sebenarnya restoran ni macam kedai mamak tapi Lisa rasa macam Pakistan. Entah tak sure pula sebab tak sempat nak temu ramah mereka ni. Datang untuk makan je. Tapi seriously, naan  cheese dia memang sedap. Cumanya kadang-kadang naan cheese tak da waktu pagi, tengahari baru ada.

Bagi anda yang bukan penduduk shah alam tetapi anda mahu berkunjung ke shah alam dan merancang untuk booking tempat tinggal anda boleh klik di sini untuk buat tempahan hotel dan bilik pada harga yang berpatutan.

3 comments:

  1. Makan-makan kat shah Alam memang best, masa belajar dulu tempat port makanan best kat Seksyen 13,2 dan 7😀

    ReplyDelete
  2. Lontong klang tu sedap..time duk sana dulu rajin makan situ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.