8 Cabaran Yang Sering Dihadapi oleh Ibu Mengandung


December 11, 2018
Ya ALLAH, betapa gembiranya hati si ibu dan si ayah bila lihat keputusan ujian pemeriksaan kandungan yang menunjukkan bahawa ia adalah positif bermaksud ibu sedang mengandung. Maklumlah sudah beberapa tahun kahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata dan ini merupakan berita gembira buat si ibu dan si ayah.

Itu jugalah perasaan yang Lisa dan suami pernah alami ketika Lisa tahu tentang kehadiran seorang hamba ALLAH akan lahir ke dunia ditumpangkan dalam rahim ini. Perasaan tersebut tak tergambar betapa gembiranya kami.

Lisa percaya bila anda singgah di entry post ini, pasti anda adalah seorang bakal ibu iaitu first-timer mom dan ingin tahu apa cabaran dan realiti yang bakal dihadapi oleh ibu mengandung. Cabaran dan realiti yang bakal Lisa kongsikan ini bukan bermaksud ingin menakutkan ibu-ibu mengandung, tetapi untuk anda bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku kerana ini adalah lumrah dan kebiasaan yang dihadapi oleh ibu mengandung di atas dunia ini tidak kiralah agama, kaum, negara mana anda sekali pun. Disebabkan cabaran inilah, ada pepatah mengatakan syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Kerana kesusahan ini boleh membawa anda mudah untuk ke syurga. Amin.




1. Morning Sickness 

Mungkin anda pernah dengar terms dia atas 'Morning Sickness' dari rakan sepejabat atau saudara mara yang pernah mengalaminya ketika mengandung. Morning sickness ini tidak semestinya berlaku ke atas setiap ibu mengandung tetapi 60% hingga 70% ibu mengandung pasti mengalaminya. Tanda-tanda morning sickness adalah, pada waktu pagi anda berasa sangat mual, pening kepala dan muntah-muntah. Sampai satu tahap anda akan terbaring sahaja di atas katil kerana badan sudah penat untuk mengalami morning sickness ini. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, semasa mengandungkan anak pertama Lisa tidak pernah ada morning sickness sehingga usia kandungan 9 bulan tetapi berbeza dengan anak kedua, morning sickness Lisa sangat teruk sehingga usia kandungan adalah masuk 4 bulan barulah ia berkurang.

Ibu-ibu yang mengalami morning sickness ini, perlu bersabar dan anda mungkin boleh amalkan beberapa tips atau nasihat yang diberikan oleh doktor bagi mengurangkan morning sickness ini.

Artikel berkaitan: Pengalaman Perbezaan Mengandung Anak Pertama dan Kedua 

2. Alahan

Waktu anda tidak mengandung mungkin anda tidak ada sebarang alahan seperti habuk, udara kotor mahupun ubat-ubatan tetapi apabila anda mengandung jangan terkejut tiba-tiba anda alah dengan perkara tersebut. Ada kawan Lisa yang langsung tidak boleh kena habuk, maka dia akan mudah bersin dan selsema yang teruk sehingga membawa kepada demam. Ini juga salah stau cabaran yang sering dihadapi oleh ibu mengandung. Waktu Lisa mengandung, Lisa sangat alah dengan bau jel rambut suami, rasa nak muntah bila bau jel rambut tersebut dan Lisa minta dia tukar jel rambut dan alhamdulillah alahan pun dah tiada. Sampai sekarang dia pakai jel rambut tersebut.

3. Perubahan Bentuk Fizikal

Ini memang antara cabaran dan kejutan buat ibu-ibu yang mengandung buat pertama kalinya kerana anda akan lihat perubahan fizikal dari usia kandungan mula mencecah 5 bulan. Anda mungkin akan perasan perubahan fizikal sama ada bahagian lengan, kaki, buah dada dan terutamanya adalah bahagian perut. Ia akan semakin membesar dengan jayanya. Jika ibu-ibu yang ingin nampak perubahan ini, anda boleh tangkap gambar untuk setiap bulan dan lihat perubahannya dan boleh jadikan ia sebagai simpanan kenangan. Untuk tips perubahan fizikal ini, ada setengah orang mengatakan makanlah banyak-banyak ketika mengandung kerana kita makan untuk dua orang, tapi sebenarnya makan banyak bukanlah bermaksud kuantiti makanan tersebut menjadi dua kali ganda tetapi vitamin,nutrisi dan khasiat makanan tersebut perlu digandakan. Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk baik perkembangan bayi anda.

4. Emosi

Emosi merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh si ibu dan pada masa yang sama si ayah juga perlu tahu cara untuk mengandalikan emosi pasangan. Jika anda perasan, emosi ketika mengandung ini sangat sensitif. Bila orang tegur sedikit tentang perkara yang kita tidak suka, maka kita cepat betul terasa. Sebagai contoh suami lupa nak cium dahi kita sebelum pergi kerja dan kita sudah mula rasa sedih. Mulalah perasaan negatif akan timbul dalam diri. Pada masa ini, si ibu perlu bijak untuk mengawal emosi dan jangan sesekali perkara negatif menguasai pemikiran kita. Jika anda tidak dapat kawal emosi, cubalah untuk mencari seseorang yang anda percaya untuk diluahkan perasaan dan membaca bahan bacaan yang mengajar anda untuk kawal emosi seperti buku "La Tahzan" penulis bukunya ialah Dr. Aidh Abdullah atau buku-buku motivasi untuk wanita yang sedang mengandung.

5. Keletihan

Apabila usia kandungan sudah mencecah 6 bulan ke atas, berat badan akan makin bertambah dan anda akan rasa sedikit letih. Tambahan pula, apabila anda banyak berjalan atau aktif membuat kerja di rumah mahupun di pejabat, pasti anda akan rasa sangat penat. Ambillah masa untuk berehat dan jangan paksa diri untuk meneruskan aktiviti tersebut. Bila anda rasa sudah sedikit bertenaga barulah anda kembali sambung bekerja. Untuk pengetahuan anda, jangan ambil ringan bab keletihan ini kerana ia boleh membawa mudarat kepada kandungan dan si ibu seperti mana yang Lisa pernah alami pada awal tahun 2018, Lisa alami keletihan yang amat sangat ketika travel backpack di Dubai selama 3 hari dan bila pulang ke hotel, Lisa lihat banyak pendarahan dan doktor sahkan Lisa sudah gugur ketika itu. Sebab itulah, jika anda rasa penat dan letih maka anda perlu cukup rehat.

6. Masalah Dalaman Wanita 

Ada segelintir ibu mengandung akan mengahadapi masalah dalaman wanita seperti keputihan yang banyak, pengeluaran lendir darah, kegatalan yang sangat teruk di bahagian dalaman wanita dan sebagainya lagi, maka anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut mengenai masalah tersebut. Anda perlu alert dengan masalah dan perubahan untuk masalah dalaman wanita ini. Jangan ambil mudah ya.

7. Perubahan rutin harian dan bulanan

Bagi anda yang pertama kalinya mengandung, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental iaitu perubahan rutin harian dan bulanan anda. Antara rutin harian bagi ibu mengandung adalah anda perlu mengambil ubat atau supplemen yang telah disarankan oleh doktor dan jika anda adalah seorang yang sangat aktif bersukan maka rutin anda perlu dikurangkan untuk aktiviti sukan tersebut. Rutin bulanan pula, bermula usia kandungan mencecah 3 bulan anda sudah boleh membuka buka pink untuk check up setiap bulan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Dan bila usia kandungan sudah 8 bulan, check up tersebut akan lebih kerap untuk memastikan kondisi ibu dan anak dalam keadaan baik dan sihat sehinggalah ibu mempunyai tanda bersalin.

8. Keadaan Orang Sekeliling

Bab orang sekeliling juga merupakan salah satu cabaran yang ibu mengandung perlu hadapi. Eh pasal apa tu ye? Ia berkenaan dengan apa orang sekeliling kata tentang kita. Antara rintihan yang sering Lisa dengar oleh ibu mengandung adalah, orang sekeliling mengatakan perut kita terlalu kecil atau terlalu besar ketika mengandung, mereka juga akan menegur perubahan bentuk fizikal badan kita, dan tidak kurang juga akan kata tentang perubahan kelakuan kita ketika mengandung ini. Bersabarlah wahai ibu. Apa yang dirasakan baik untuk diikut nasihat tersebut maka ikutlah dan jika ia mendatangkan stress kepada ibu mengandung, maka anda tidak perlu hiraukannya. Yang penting kandungan kita selamat dan sihat.

Bila anda sudah tahu dan faham tentang 8 cabaran utama ketika mengandung ini, diharapkan ibu-ibu lebih bersedia secara fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan lupa doa kepada ALLAH semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya serta diberi kemudahan untuk perjalanan menjadi seorang ibu.

Now, it's your turn Mom!!

Jom kongsikan di ruangan komen apa cabaran terbesar atau cabaran yang pernah anda alami ketika mengandung supaya ibu-ibu lain yang membaca di ruangan ini dapat mengambil iktibar dan boleh memberi motivasi kepada mereka untuk meneruskan perjalanan ini.


No comments:

Powered by Blogger.