50 Aktiviti Menarik Untuk Anak Di Rumah
Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh semua anak kita kerana mereka tidak terikat dengan jadual harian padat yang melibatkan mereka perlu bangun seawal 6 pagi dan bersiap-siap dengan baju uniform untuk ke sekolah. Kini mereka lebih bebas untuk melakukan apa sahaja di rumah tetapi dengan pantauan oleh ibu bapa yang berada di rumah. Tetapi apabila musim cuti sekolah yang panjang, pasti anak-anak ini akhirnya kebosanan kerana mereka buntu tidak tahu nak buat apa dan sebagai ibu bapa jangan pula kita sentiasa suapkan mereka dengan 'screen time' kerana ia bukanlah jalan terbaik untuk mereka menghabiskan masa cuti sekolah.
Situasi sekarang iaitu Perintah Kawalan pergerakan disebabkan Virus Covid-19, lagilah anak-anak ini akan kebosanan kerana mereka tidak dapat keluar pergi ke taman permainan, taman tema air mahupun ke pusat beli belah. Mereka hanya boleh duduk di dalam rumah sahaja bagi mengelakkan dijangkiti penyakit yang boleh membawa maut. Untuk pengetahuan anda Virus Covid-19 ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan nyawa diri kita dan anak-anak kita. Tambahan pula sekarang ini kadar peningkatan mereka yang dijangkiti semakin meningkat.
Sabarlah wahai semua ibu bapa untuk meghadapi ujian yang ALLAH berikan. Sementara nak menunggu virus ini berkurang di atas muka bumi ini, baiklah kita fokus kepada kehidupan harian kita supaya ia dapat memberi manfaat untuk diri kita dan keluarga. Bagi mengelakkan kebosanan yang melanda di kalangan anak-anak kita, di sini Lisa kongsikan 50 aktiviti menarik untuk anak di rumah. Semoga dengan aktiviti ini anak-anak rasa lebih gembira dan masa mereka dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat.
Bangun dari tidur, selepas mereka bersihkan diri dan bersarapan, ajaklah mereka untuk buat senaman ringan. Terdapat lebih 100 video senaman khas untuk kanak-kanak di Youtube. Di bawah ini contoh video yang Lisa suka bukakan untuk anak Lisa senaman.
Pelbagai jenis sukan dalam rumah yang melibatkan bola yang boleh anda bermian dengan anak-anak seperti futsal, sambut bola, bola keranjang dan sebagainya. Ruangan rumah lisa tidaklah besar mana tetapi kami akan sediakan sedikit ruang untuk Fareeq bermain futsal dan sediakan gol kecil untuk dimasukkan bola dalam tu. Kira markah jangan lupa. Supaya anak-anak ini semangat nak bermain.

Aktiviti Melibatkan Keaktifan Dan Fizikal Anak-anak
1. Wake Up and Shake Up.
Bangun dari tidur, selepas mereka bersihkan diri dan bersarapan, ajaklah mereka untuk buat senaman ringan. Terdapat lebih 100 video senaman khas untuk kanak-kanak di Youtube. Di bawah ini contoh video yang Lisa suka bukakan untuk anak Lisa senaman.
Selain itu, anda boleh menggunakan alatan senaman seperti tali skipping, trampoline dan sebagainya. Yang pentingnya sekali, anak-anak kita bangun sahaja dari tidur mereka akan rasa lebih sihat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti dan senaman aktif ini.
2. Bermain Bola
Pelbagai jenis sukan dalam rumah yang melibatkan bola yang boleh anda bermian dengan anak-anak seperti futsal, sambut bola, bola keranjang dan sebagainya. Ruangan rumah lisa tidaklah besar mana tetapi kami akan sediakan sedikit ruang untuk Fareeq bermain futsal dan sediakan gol kecil untuk dimasukkan bola dalam tu. Kira markah jangan lupa. Supaya anak-anak ini semangat nak bermain.
Di sini terdapat pelbagai jenis bola yang boleh anda pilih dan rancang untuk bermain dengan anak-anak di rumah.
Terdapat lebih 30 jenis sukaneka yang biasa kita lihat cikgu-cikgu tadika buat bersama anak murid mereka. Tidak salah kita cuba praktikkannya di dalam rumah. Sebagai contoh bawa bola dalam sudu, isi air dalam botol menggunakan span, main skittle ring( masukkan ring dalam cone) dan sebagainya. Lisa pasti anak-anak ini pasti menikmati detik tersebut.
Ada beberapa video di Youtube yang membuat aktiviti mengikut pergerakan haiwan. Dan anda boleh minta anak-anak mengikut apa yang disuruh. Seperti Kangaroo melompat, harimau berlari, ikut seperti pergerakan ular dan sebagainya. Di smaping itu anda dapat kenalkan mereka dengan nama-nama haiwan ini dan sambil bercerita di mana habitat mereka.
Permainan ini seperti ada seorang menjadi Shark dan perlu menggigit( hanya menggunakan tangan bukan gigi) untuk cari pemangsa. Si Pemangsa kena selamatkan diri dengan berdiri di atas kerusi/sofa atau di mana tempat tinggi.
Kalau dalam bahasa melayu dipanggil main nyorok-nyorok. Ini antara aktiviti kesukaan anak lisa ketika waktu petang. Kami boleh main sorok-sorok sehingga setengah jam. Dan ia juga melibatkan kekreatifan anak untuk membuat tempat menyorok mereka.
Permainan ini seperti anda andaikan lantai tersebut penuh dengan lava dan perlu selamatkan diri dengan berpijak di atas kerusi ataupun katil mahupun tempat tinggi. Contohnya semua tengah sibuk memasak, mengemas rumah dan tengok tv dan tiba-tiba ada seorang menjerit Floor is Lava. So semua yang tengah sibuk tak kisah lah mak ayah anak besar atau anak yang maish kecil kena cari tempat supaya tidak pijak lantai.
Jika anda mempunyai katil dan tilam yang kukuh, anda boleh lakukan aktiviti ini bersama anak-anak atau hanya mereka sahaj yang melompat. Sambil melompat mereka boleh nyanyikan '5 little monkey jumping on the bed'. Kanak-kanak sangat suka melompat atas katil. Biarkan mereka gembira melakukan aktiviti yang mereka suka.
Ajak anak-anak untuk bina benteng pertahanan dengan menggunakan barang-barang dalam rumah seperti bantal, kotak, selimut, cushion dan sebagainya. Walaupun rumah akan jadi seperti tongkang pecah tetapi tidak mengapa kerana ia membantu anak-anak menjadi kreatif dan tidak kebosanan.
Masa inilah yang paling sesuai untuk kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kita dahulu dan perkenalkan ia kepada generasi sekarang. contohnya main teng teng, main getah, main guli dan lain-lain lagi. Anak-anak ini pasti merasakan permainan ini sangat menarik berbanding hanya menghadap telefon ataupun laptop di depan mata.
Jika anda mempunyai anak-anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, anda boleh mengajak mereka untuk bermain ABC hunting iaitu dengan pelbagai cara. Salah satunya anda menyimpan kad ABC dan minta anak-anak ini mencari dan mengumpulnya. Sebagai tambahan boleh minta mereka mengeluarkan beberapa perkataan bermula dengan huruf tersebut. Atau anda juga boleh membuat aktiviti supaya anak ini mencari barangan di rumah yang bermula dengan huruf A-z yang anda berikan. Boleh klik link ini untuk contoh ABC Kad.
Amalan membaca ini sepatutnya sudah diterapkan dari awal lagi dan apabila cuti sekolah yang panjang ia bukan perkara baru untuk anak-anak ini lakukan. Di panggil quiet time di mana semua anak-anak diminta membaca buku kesukaan mereka dan menceritakan kembali kepada ibu bapa apa yang mereka faham tentang hasil pembacaan tersebut. Di sini ada pelbagai story book sama ada bahasa melayu dan bahasa inggeris serta perlbagai genre cerita.
Bagi anda yang mempunyai anak 3 hingga 6 tahun, anda boleh buat banyak aktviti menulis supaya anak-anak ini biasa dan mahir menggunakan pen dan pensil bagi menulis di atas kertas. Kerana zaman ini, ramai guru-guru complaint mengatakan anak-anak ini ramai yang masih tidak boleh menulis secara betul dan kemas. Waktu inilah nak latih anak.
Ada sesetengah anak sangat sukakan aktiviti ini kerana ketika inilah mereka bebas untuk mengeluarkan idea dan kreatif mereka. Fareeq sangat suka melukis dan bila Lisa minta dia melukis di atas kertas kosong maka bermulalah imaginasi dia gambarkan di atas kertas putih. Sampaikan ada sesetengah lukisan Lisa tak pernah terfikir untuk melukis lukisan tersebut. Setiap anak mempunyai imginasi yang berbeza dan mereka suka untuk terjemahkannya di atas kertas putih.
3. Sukaneka

4. Ikut pergerakan Haiwan
Ada beberapa video di Youtube yang membuat aktiviti mengikut pergerakan haiwan. Dan anda boleh minta anak-anak mengikut apa yang disuruh. Seperti Kangaroo melompat, harimau berlari, ikut seperti pergerakan ular dan sebagainya. Di smaping itu anda dapat kenalkan mereka dengan nama-nama haiwan ini dan sambil bercerita di mana habitat mereka.
5. Shark Attack
Permainan ini seperti ada seorang menjadi Shark dan perlu menggigit( hanya menggunakan tangan bukan gigi) untuk cari pemangsa. Si Pemangsa kena selamatkan diri dengan berdiri di atas kerusi/sofa atau di mana tempat tinggi.
6. Hide and Seek
Kalau dalam bahasa melayu dipanggil main nyorok-nyorok. Ini antara aktiviti kesukaan anak lisa ketika waktu petang. Kami boleh main sorok-sorok sehingga setengah jam. Dan ia juga melibatkan kekreatifan anak untuk membuat tempat menyorok mereka.
7. Hot Lava.
Permainan ini seperti anda andaikan lantai tersebut penuh dengan lava dan perlu selamatkan diri dengan berpijak di atas kerusi ataupun katil mahupun tempat tinggi. Contohnya semua tengah sibuk memasak, mengemas rumah dan tengok tv dan tiba-tiba ada seorang menjerit Floor is Lava. So semua yang tengah sibuk tak kisah lah mak ayah anak besar atau anak yang maish kecil kena cari tempat supaya tidak pijak lantai.
8. Jumping On The bed
Jika anda mempunyai katil dan tilam yang kukuh, anda boleh lakukan aktiviti ini bersama anak-anak atau hanya mereka sahaj yang melompat. Sambil melompat mereka boleh nyanyikan '5 little monkey jumping on the bed'. Kanak-kanak sangat suka melompat atas katil. Biarkan mereka gembira melakukan aktiviti yang mereka suka.
9. Bina Benteng/kubu
Ajak anak-anak untuk bina benteng pertahanan dengan menggunakan barang-barang dalam rumah seperti bantal, kotak, selimut, cushion dan sebagainya. Walaupun rumah akan jadi seperti tongkang pecah tetapi tidak mengapa kerana ia membantu anak-anak menjadi kreatif dan tidak kebosanan.
10. Bermain permainan tradisional
Masa inilah yang paling sesuai untuk kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kita dahulu dan perkenalkan ia kepada generasi sekarang. contohnya main teng teng, main getah, main guli dan lain-lain lagi. Anak-anak ini pasti merasakan permainan ini sangat menarik berbanding hanya menghadap telefon ataupun laptop di depan mata.
Educational Aktivity
11. ABC Hunting
Jika anda mempunyai anak-anak yang berusia 3 hingga 6 tahun, anda boleh mengajak mereka untuk bermain ABC hunting iaitu dengan pelbagai cara. Salah satunya anda menyimpan kad ABC dan minta anak-anak ini mencari dan mengumpulnya. Sebagai tambahan boleh minta mereka mengeluarkan beberapa perkataan bermula dengan huruf tersebut. Atau anda juga boleh membuat aktiviti supaya anak ini mencari barangan di rumah yang bermula dengan huruf A-z yang anda berikan. Boleh klik link ini untuk contoh ABC Kad.
12. Membaca
Amalan membaca ini sepatutnya sudah diterapkan dari awal lagi dan apabila cuti sekolah yang panjang ia bukan perkara baru untuk anak-anak ini lakukan. Di panggil quiet time di mana semua anak-anak diminta membaca buku kesukaan mereka dan menceritakan kembali kepada ibu bapa apa yang mereka faham tentang hasil pembacaan tersebut. Di sini ada pelbagai story book sama ada bahasa melayu dan bahasa inggeris serta perlbagai genre cerita.
13. Menulis
Bagi anda yang mempunyai anak 3 hingga 6 tahun, anda boleh buat banyak aktviti menulis supaya anak-anak ini biasa dan mahir menggunakan pen dan pensil bagi menulis di atas kertas. Kerana zaman ini, ramai guru-guru complaint mengatakan anak-anak ini ramai yang masih tidak boleh menulis secara betul dan kemas. Waktu inilah nak latih anak.
14. Melukis
Ada sesetengah anak sangat sukakan aktiviti ini kerana ketika inilah mereka bebas untuk mengeluarkan idea dan kreatif mereka. Fareeq sangat suka melukis dan bila Lisa minta dia melukis di atas kertas kosong maka bermulalah imaginasi dia gambarkan di atas kertas putih. Sampaikan ada sesetengah lukisan Lisa tak pernah terfikir untuk melukis lukisan tersebut. Setiap anak mempunyai imginasi yang berbeza dan mereka suka untuk terjemahkannya di atas kertas putih.
Pelbagai jenis buku lukisan terdapat di sini.
Aktiviti ini juga sering dilakukan di prasekolah dan ibu bapa juga boleh praktikkannya. Anda boleh meminta anak-anak ini mencari bahan-bahan sekekliling mereka dan membuat lukisan menggunakan bahan tersebut. Seperti mereka mengambil span dan warnakan span tersebut menggunakan water color dan tepekkannya di atas kertas sehingga menghasilkan sebuah lukisan berwarna yang cantik.
15. Mewarna

Ada lebih 100 jenis buku mewarna dan alatan mewarna di sini.
Mungkin sebelum ini, ibu bapa mengaji bersama anak hanya sekali sehari sehaja tetapi pada cuti sekolah yang panjang ini ibu bapa boleh luangkan masa untuk mengaji bersama mereka 2 kali sehari iaitu selepas solat dhuha dan selepas solat maghrib. Jika masa tersebut tidak sesuai dengan rutin harian anda boleh ubah mengikut kesesuaian masa anda. Di sini mempunyai pelbagai jenis sumber buku untuk anak-anak ini mula mengaji seperti mudahnya mengaji, iqra, muqaddam dan sebagainya.
Sebenarnya banyak surah, hadis dan doa yang perlu kita sebagai ibu bapa menghafalnya dan boleh mengajak anak sekali menghafalnya. Hidupkan cara hidup islam dalam rumah. Mungkin pada mulanya, anak-anak ini tidak biasa untuk menghafal tetapi apabila kita konsisten melakukannya mereka akan menyukai aktiviti ini.
Anda boleh minta anak menulis buku cerita mereka sendiri. Sebelum mereka menulis, tanya dahulu apa yang mereka suka charater kartun atau character disney channel yang digemari. Dan apa yang akan berlaku dalam cerita tersebut. Jadikan mereka sebagai watak utama. Pasti ia membuatkan anak-anak jadi sangat teruja untuk membaca buku cerita tersebut berulangkali.
Pelbagai aktiviti sains dan eksperimen yang boleh anda lakukan dengan menggunakan google search sebagai panduan. Sebagai contoh campuran warna pelangi. Warna A dicampur dengan warna B akan menghasilkan warna C.
Permainan lego sangat disarankan kepada anak-anak bermain kerana ia melibatkan motor skill mereka serta daya kreatif mereka. Ibu bapa perlu menyediakan set lego atau duplo untuk mereka bermain bersama-sama. Di sini ada pelbagai jenis lego yang boleh anda pilih dan sesuaikan mengikut peringkat umur anak anda.
Terdapat beberapa jenis puzzle di pasaran, ada puzzle bersaiz kecil dan ada saiz besar ia bergantung tahap umur anak anda. Jadikan aktviti puzzle ini sebagai aktiviti mingguan mereka supaya mereka sangat fokus menyelesaikan masalah puzzle tersebut. Di sini terdapat pelbagai jenis puzzle yang bagus untuk anak anda bermain.
Jangan terkejut lebih 1000 aktviti art and craft yang boleh anak anda lakukan di rumah. Ada yang mudah dan ada yang perlukan masa yang lama untuk lakukannya.
Sediakan beberapa keping kertas atau surat khabar lama dan minta anak-anak anda membuat pelbagai origami.
Disebabkan musim kuarantin ni, kita tidak boleh keluar rumah sebarangan apatah lagi nak pergi tepi pantai dan bermain pasir. maka waktu inilah gunanya ada kinetic sand kit di mana anak boleh membina istana pasir mahupun boleh membuat pelbagai bentuak acuan permainan yang mereka ada. Boleh lihat di sini senarai dan jenis kinetic sand kit.
Anda ada pilihan untuk membeli playdough atau membuat sendiri dengan menggunakan beberapa bahan sahaja. Boleh bina pelbagai jenis haiwan, bangunan, bentuk dan sebagainya. Klik di sini untuk pilihan playdough.
Bagi anda yang ada anak perempuan tentu mereka sukakan aktiviti ini kerana ia boleh mencantikkan diri mereka seperti membuat rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Klik di link ini terdapat bermacam-macam jenis manik yang cantik khas untuk anak anda bermain.
Anda boleh lihat di sini dan ia mempunyai pelbagai jenis board game yang boleh anda sekeluarga bermian.
Ingin menguji minda anak anda dan bina strategi, permainan chess merupakan salah satu permainan yang bagus untuk minda mereka kerana ia memerlukan mereka fikir tentang aturan strategi bagaimana untuk menang dalam permainan tersebut.
Permainan ini adalah anda dan anak-anak diminta 'pretend' atau berlakon seperti menjadi seorang doktor, nurse, penjual burger, penjual Mcdonald dan sebagainya. Ada penjual dan ada pembeli. Ada doktor dan ada pesakit.
Pizza dan cupcake kebiasaannya merupakan makanan kegemaran si anak. Dan mereka lebih gembira apabila makan makanan tersebut hasil hiasan mereka sendiri. Beri peluang kepada mereka untuk hias makanan tersebut mengikut kreatif dan citarasa mereka.
Lisa masih ingat lagi kenangan manis bersama mak Lisa. Kami suka masak sama-sama terutama sekali minum petang sebab mak lisa boleh dikatakan setiap hari akan masak kuih tradisional untuk minum petang. Kami jarang sangat beli makanan di luar sebab ada adik beradik ramai. Bagi Lisa aktiviti masak bersama sangat bagus untuk kearaban hubungan diantara ibu bapa dan anak-anak.
Jadikan aktiviti kemas rumah adalah tanggungjawab bersama bukannya tanggungjawab ibu seorang sahaja. Setiap ahli keluarga perlu tahu apa tugas mereka dalam mengendalikan kekemasan rumah. Itu adalah tanggungjawab semua.
Aktiviti ini juga boleh membuatkan anak-anak kita sangat leka untuk selesaikan masalah dalam crossword dan sudoku. Anda boleh beli di sini dan terdapat banyak pilihan yang ada. Di sini ada buku sudoku yang mungkin anda boleh cuba untuk anak anda.
Jika anda ada bathtub atau kolam kecil yang boleh dipam, waktu inilah anda boleh berikan anak anda peluang untuk mandi sambil bermain. Pelbagai aktiviti yang boleh mereka buat di dalam kolam kecil mahupun bathtub dalam rumah.
Anda mempunyai anak pecita haiwan? Dan mereka rindu nak pergi ke Zoo? Apa kata anda sendiri membina zoo dalam rumah dengan membuat pagar dan ladang di kawasan lapang dalam rumah, kemudian letakkan haiwan permainan atau patung yang mereka ada mengikut kategori masing-masing.
Pelbagai permainan card yang terdapat di pasaran, ada card boboi, card pokemon dan sebagainya. Anak-anak lelaki pasti tahu bagaimana nak bermain dan mereka sukakannya.
Ajar anak anda supaya tidak membazir dengan melakukan DIY barang dalam rumah. Sebagai contoh mereka boleh membuat pasu bunga kecil menggunakan gulungan surat khabar, membuat bekas tempat letak stationery dan hias mengikut kreativiti mereka. Dan pada masa yang sama mereka juga bole membuat permainan menggunakan kotak buangan atau tin yang tidak digunakan lagi.
Masa inilah untuk hubungan ibu ayah dan anak-anak semakin akrab bila kita dapat menonton Movie bersama-sama di dalam rumah tanpa menunggu menonton filem di panggung wayang. Lebih 1000 movie yang sesuai ditonton oleh pelbagai peringkat umur termasuklah seisi keluarga kita.
Tak rugi untuk kita dan anak-anak belajar bahasa baru sebagai contohnya bahasa arab, bahasa cina dan bahasa jepun. Mempelajari ilmu baru dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan tahap confident kita.
Jika anda sekeluarga suka makan ais krim batang, jangan dibuang batang tersebut. Kumpullah dan ia boleh menjadi salah stau permainan anak-anak untuk membina imaginasi kreatif mereka. Anak anda boleh membina pelbagai benda dengan menggunakan batang ais krim tersebut.
Permainan tentang anda perlu meneka apa pihak group anda cuba sampaikan dengan melakonkan watak tersebut atau jenis haiwan yang ingin disampaikan dari kad/kertas yang mereka dapat.
Jangan rasa pelik untuk camping dan picnic di dalam rumah kerana di negara barat yang mempunyai 4 musim mereka sudah biasa membuat aktiviti ini kerana di negara 4 musim mereka tidak sentiasa dapat keluar rumah disebabkan suhu yang terlalu sejuk dan suhu yang terlalu panas.
Anda boleh menggunakan botol kosong atau cawan plastik dan disusun mengikut seperti pin bowling. Kemudian, leretkan bola menuju cawan atau botol tersebut. Permainan ini sangat menyeronokkan seisi keluarga.
Pelbagai jenis permainan belom yang boleh anda buat seperti isi air dalam belon dan baling kepada kumpulan yang lain. Atau boleh juga jadikan belon sebagai bola terapung dan anda diminta untuk memukul belon tersebut supaya ia tidak jatuh ke lantai.
Dengan menggunakan bahan-bahan dalam rumah anda boleh menghasilkan permainan halangan seperti menggunakan tisu gulung dan di tampal di dinding. Anak-anak diminta melalui halangan tersebut tanpa memutuskan atau kena tisu tersebut.
Anda ada kotak terbuang? Atau surat khabar lama? Anda boleh meminta ank untuk bina robot mengikut daya kreatif mereka.
Jika anda buka youtube terdapat banyak video yang menujukkan bagaimana boleh bermain muzik dengan menggunakan alat terpakai. Ia sangat menarik untuk dilakukan.
Waktu zaman sekolah dulu, guru seni dan guru kokurikulum selalu menyuruh kami untuk buat scrap book mengikut kreatif kami. Maka anda juga boleh minta anak untuk buat scrap book ini. Bila sudah siap, anak-anak ini pastu sukakan hasilnya
Kalau anak dah terlalu bosan, anda mungkin boleh membuat video call dengan saudara mara mereka mahupun rakan-rakan yang duduk jauh dari rumah anda. Ini bagi mengeratkan silaturrahim anak-anak dengan saudara atau rakan mereka.
Untuk permainan ini, anda boleh menggunakan troops card atau white board dan anda minta anak untuk ingat di mana kedudukan pasangan kad tersebut. Jika anda guna white board anda boleh bermain dengan anak tentang perkataan yang mereka perlu ingat dan kemudian tulisnya kembali mengikut ejaan yang betul. Pelbagai permainan yang melibatkan anak-anak ini mempunyai daya ingatan yang kuat.
Semoga dengan perkongsian 50 aktiviti menarik untuk anak di rumah ini dapat membantu anak-anak anda hilangkan kebosanan mereka ketika musim cuti sekolah yang panjang terutama ketika situasi sekarang iaitu musim Covid-19 ini. Don't forget to wash your hand and wear mask when you go outside.
16. Mengaji

17. Menghafal surah, hadis dan doa
Sebenarnya banyak surah, hadis dan doa yang perlu kita sebagai ibu bapa menghafalnya dan boleh mengajak anak sekali menghafalnya. Hidupkan cara hidup islam dalam rumah. Mungkin pada mulanya, anak-anak ini tidak biasa untuk menghafal tetapi apabila kita konsisten melakukannya mereka akan menyukai aktiviti ini.
18. Membina Buku Cerita
Anda boleh minta anak menulis buku cerita mereka sendiri. Sebelum mereka menulis, tanya dahulu apa yang mereka suka charater kartun atau character disney channel yang digemari. Dan apa yang akan berlaku dalam cerita tersebut. Jadikan mereka sebagai watak utama. Pasti ia membuatkan anak-anak jadi sangat teruja untuk membaca buku cerita tersebut berulangkali.
19. Lakukan Aktiviti sains dan Eksperimen
Pelbagai aktiviti sains dan eksperimen yang boleh anda lakukan dengan menggunakan google search sebagai panduan. Sebagai contoh campuran warna pelangi. Warna A dicampur dengan warna B akan menghasilkan warna C.
20. Lego
Permainan lego sangat disarankan kepada anak-anak bermain kerana ia melibatkan motor skill mereka serta daya kreatif mereka. Ibu bapa perlu menyediakan set lego atau duplo untuk mereka bermain bersama-sama. Di sini ada pelbagai jenis lego yang boleh anda pilih dan sesuaikan mengikut peringkat umur anak anda.
21. Puzzel
Terdapat beberapa jenis puzzle di pasaran, ada puzzle bersaiz kecil dan ada saiz besar ia bergantung tahap umur anak anda. Jadikan aktviti puzzle ini sebagai aktiviti mingguan mereka supaya mereka sangat fokus menyelesaikan masalah puzzle tersebut. Di sini terdapat pelbagai jenis puzzle yang bagus untuk anak anda bermain.
22. Aktiviti art and craft
Jangan terkejut lebih 1000 aktviti art and craft yang boleh anak anda lakukan di rumah. Ada yang mudah dan ada yang perlukan masa yang lama untuk lakukannya.
Aktiviti Lain-lain
23. Origami
Sediakan beberapa keping kertas atau surat khabar lama dan minta anak-anak anda membuat pelbagai origami.
24. Kinetic Sand Kit
Disebabkan musim kuarantin ni, kita tidak boleh keluar rumah sebarangan apatah lagi nak pergi tepi pantai dan bermain pasir. maka waktu inilah gunanya ada kinetic sand kit di mana anak boleh membina istana pasir mahupun boleh membuat pelbagai bentuak acuan permainan yang mereka ada. Boleh lihat di sini senarai dan jenis kinetic sand kit.
25. Playdough
Anda ada pilihan untuk membeli playdough atau membuat sendiri dengan menggunakan beberapa bahan sahaja. Boleh bina pelbagai jenis haiwan, bangunan, bentuk dan sebagainya. Klik di sini untuk pilihan playdough.
26. Main manik
Bagi anda yang ada anak perempuan tentu mereka sukakan aktiviti ini kerana ia boleh mencantikkan diri mereka seperti membuat rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Klik di link ini terdapat bermacam-macam jenis manik yang cantik khas untuk anak anda bermain.
27. Board Game
Anda boleh lihat di sini dan ia mempunyai pelbagai jenis board game yang boleh anda sekeluarga bermian.
28. Chess
Ingin menguji minda anak anda dan bina strategi, permainan chess merupakan salah satu permainan yang bagus untuk minda mereka kerana ia memerlukan mereka fikir tentang aturan strategi bagaimana untuk menang dalam permainan tersebut.
29. Uno
30. Pretending
Permainan ini adalah anda dan anak-anak diminta 'pretend' atau berlakon seperti menjadi seorang doktor, nurse, penjual burger, penjual Mcdonald dan sebagainya. Ada penjual dan ada pembeli. Ada doktor dan ada pesakit.
31. Hias Pizza dan Cupcake
Pizza dan cupcake kebiasaannya merupakan makanan kegemaran si anak. Dan mereka lebih gembira apabila makan makanan tersebut hasil hiasan mereka sendiri. Beri peluang kepada mereka untuk hias makanan tersebut mengikut kreatif dan citarasa mereka.
32. Masak Bersama
Lisa masih ingat lagi kenangan manis bersama mak Lisa. Kami suka masak sama-sama terutama sekali minum petang sebab mak lisa boleh dikatakan setiap hari akan masak kuih tradisional untuk minum petang. Kami jarang sangat beli makanan di luar sebab ada adik beradik ramai. Bagi Lisa aktiviti masak bersama sangat bagus untuk kearaban hubungan diantara ibu bapa dan anak-anak.
33. Kemas Rumah Bersama
Jadikan aktiviti kemas rumah adalah tanggungjawab bersama bukannya tanggungjawab ibu seorang sahaja. Setiap ahli keluarga perlu tahu apa tugas mereka dalam mengendalikan kekemasan rumah. Itu adalah tanggungjawab semua.
34. Crossword dan Sudoku
Aktiviti ini juga boleh membuatkan anak-anak kita sangat leka untuk selesaikan masalah dalam crossword dan sudoku. Anda boleh beli di sini dan terdapat banyak pilihan yang ada. Di sini ada buku sudoku yang mungkin anda boleh cuba untuk anak anda.
35. Bath Time
Jika anda ada bathtub atau kolam kecil yang boleh dipam, waktu inilah anda boleh berikan anak anda peluang untuk mandi sambil bermain. Pelbagai aktiviti yang boleh mereka buat di dalam kolam kecil mahupun bathtub dalam rumah.
36. Bina Zoo
Anda mempunyai anak pecita haiwan? Dan mereka rindu nak pergi ke Zoo? Apa kata anda sendiri membina zoo dalam rumah dengan membuat pagar dan ladang di kawasan lapang dalam rumah, kemudian letakkan haiwan permainan atau patung yang mereka ada mengikut kategori masing-masing.
37. Main Card
Pelbagai permainan card yang terdapat di pasaran, ada card boboi, card pokemon dan sebagainya. Anak-anak lelaki pasti tahu bagaimana nak bermain dan mereka sukakannya.
38. Bina DIY
Ajar anak anda supaya tidak membazir dengan melakukan DIY barang dalam rumah. Sebagai contoh mereka boleh membuat pasu bunga kecil menggunakan gulungan surat khabar, membuat bekas tempat letak stationery dan hias mengikut kreativiti mereka. Dan pada masa yang sama mereka juga bole membuat permainan menggunakan kotak buangan atau tin yang tidak digunakan lagi.
39. Movie Time
Masa inilah untuk hubungan ibu ayah dan anak-anak semakin akrab bila kita dapat menonton Movie bersama-sama di dalam rumah tanpa menunggu menonton filem di panggung wayang. Lebih 1000 movie yang sesuai ditonton oleh pelbagai peringkat umur termasuklah seisi keluarga kita.
40. Belajar Bahasa Baru
Tak rugi untuk kita dan anak-anak belajar bahasa baru sebagai contohnya bahasa arab, bahasa cina dan bahasa jepun. Mempelajari ilmu baru dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan tahap confident kita.
41. Popsicle Sticks
Jika anda sekeluarga suka makan ais krim batang, jangan dibuang batang tersebut. Kumpullah dan ia boleh menjadi salah stau permainan anak-anak untuk membina imaginasi kreatif mereka. Anak anda boleh membina pelbagai benda dengan menggunakan batang ais krim tersebut.
42. Charades
Permainan tentang anda perlu meneka apa pihak group anda cuba sampaikan dengan melakonkan watak tersebut atau jenis haiwan yang ingin disampaikan dari kad/kertas yang mereka dapat.
42. Camping and Picnic
Jangan rasa pelik untuk camping dan picnic di dalam rumah kerana di negara barat yang mempunyai 4 musim mereka sudah biasa membuat aktiviti ini kerana di negara 4 musim mereka tidak sentiasa dapat keluar rumah disebabkan suhu yang terlalu sejuk dan suhu yang terlalu panas.
43. Bowling
Anda boleh menggunakan botol kosong atau cawan plastik dan disusun mengikut seperti pin bowling. Kemudian, leretkan bola menuju cawan atau botol tersebut. Permainan ini sangat menyeronokkan seisi keluarga.
44. Bermain Belon
Pelbagai jenis permainan belom yang boleh anda buat seperti isi air dalam belon dan baling kepada kumpulan yang lain. Atau boleh juga jadikan belon sebagai bola terapung dan anda diminta untuk memukul belon tersebut supaya ia tidak jatuh ke lantai.
45. Halangan
Dengan menggunakan bahan-bahan dalam rumah anda boleh menghasilkan permainan halangan seperti menggunakan tisu gulung dan di tampal di dinding. Anak-anak diminta melalui halangan tersebut tanpa memutuskan atau kena tisu tersebut.
46. Bina Robot
Anda ada kotak terbuang? Atau surat khabar lama? Anda boleh meminta ank untuk bina robot mengikut daya kreatif mereka.
47. Bermain Muzik menggunakan alat terpakai
Jika anda buka youtube terdapat banyak video yang menujukkan bagaimana boleh bermain muzik dengan menggunakan alat terpakai. Ia sangat menarik untuk dilakukan.
48. Make a scrap Book
Waktu zaman sekolah dulu, guru seni dan guru kokurikulum selalu menyuruh kami untuk buat scrap book mengikut kreatif kami. Maka anda juga boleh minta anak untuk buat scrap book ini. Bila sudah siap, anak-anak ini pastu sukakan hasilnya
49. Video call
Kalau anak dah terlalu bosan, anda mungkin boleh membuat video call dengan saudara mara mereka mahupun rakan-rakan yang duduk jauh dari rumah anda. Ini bagi mengeratkan silaturrahim anak-anak dengan saudara atau rakan mereka.
50. Memory Game
Untuk permainan ini, anda boleh menggunakan troops card atau white board dan anda minta anak untuk ingat di mana kedudukan pasangan kad tersebut. Jika anda guna white board anda boleh bermain dengan anak tentang perkataan yang mereka perlu ingat dan kemudian tulisnya kembali mengikut ejaan yang betul. Pelbagai permainan yang melibatkan anak-anak ini mempunyai daya ingatan yang kuat.
Semoga dengan perkongsian 50 aktiviti menarik untuk anak di rumah ini dapat membantu anak-anak anda hilangkan kebosanan mereka ketika musim cuti sekolah yang panjang terutama ketika situasi sekarang iaitu musim Covid-19 ini. Don't forget to wash your hand and wear mask when you go outside.
hai geng biters, mrs pip jalan2 kat sini.
ReplyDeleteseronok bila ada list mcm ni, senang nak buat reference.
hi biters...seronok bila dapat join anak2 dgn pelbagai game ni kan
ReplyDelete