Realiti Kos Hidup di Negara Qatar


July 24, 2018
Tiba-tiba Lisa rasa terpanggil nak bercerita tentang kos hidup di negara Qatar disebabkan ramai rakan-rakan Lisa tanya bagaimana kehidupan di sini dari segi kos hidup dan cara hidup di sini. Tidak dinafikan negara Qatar ini terkenal dengan antara negara paling kaya di dunia dan pendapatan negara juga agak tinggi berbanding di negara-negara yang lain. Tapi tahukah anda bahawa kos sara hidup di sini agak tinggi juga. Lisa akan cerita part by part supaya mudah untuk anda faham dan jika anda dapat tawaran kerja di negara Qatar, anda boleh decide sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau tidak setelah baca entry pos Lisa ni. Lisa kongsikan apa yang kami sekeluarga alami di sini dan itu mungkin boleh beri gambaran kasar kepada anda yang mungkin berniat untuk berhijrah di sini.



Kos Hidup di Negara Qatar

Sejujurnya, Lisa katakan kos hidup di negara Qatar ini sangat tinggi dan ia lebih kurang sahaja dengan kos hidup di Dubai. Ia seperti 3 hingga 5 kali ganda kos hidup di Malaysia. Bila Lisa sudah mengembara lebih 15 buah negara, Lisa tengok negara Qatar paling tinggi bagi kos sara hidup. Contohnya seperti di bawah:

Harga makanan di negara Qatar agak tinggi sebenarnya. Barang basah dan barangan kering juga agak tinggi. Jika di Malaysia, sayur seperti sawi anda boleh dapat Rm1 hingga Rm2 seikat tetapi di sini, seikat sayur sawi adalah Rm8 dan jika beli di pasaraya seperti di carrefour, mungkin boleh cecah sehingga Rm18 seikat. Sebabnya, negara Qatar tidak dapat melakukan production sendiri bagi barang basah maka mereka terpaksa import dari negara lain dan lebih malangnya apabila berlakunya blockade di antara negara jiran. Maka barangan lebih mahal. Cuma baru-baru ini sahaja negara Qatar baru mengeluarkan sendiri beberapa jenis sayur seperti timun, cili benggala, terung. Maka harga untuk sayur ini dikira agak murah berbanding sebelumnya.

Di sini, kami membeli barangan basah yang datangnya dari pelbagai negara seperti India, Turki, Spain, Switzerland dan sebagainya. Begitu juga barangan kering, ia datang dari pelbagai negara yang mengeksport ke negara Qatar. Kadang-kadang Lisa pun pening nak beli barang basah dan barang kering di pasaraya sebab terlalu banyak pilihan dari pelbagai negara. Maknanya, Lisa terpaksa memasak mengikut try and error and learn. Contohnya kami beli sardin yang datangnya dari philipine, tapi tak kena dengan tekak. Maka minggu depan beli pula sardin dari negara Spain, kalau kena dengan tekak maka bulan seterusnya kami akan setia dengan brand dari negara tersebut dan jika tak kena dengan tekak kami, terpaksa cuba brand lain pula. Macam tu juga dengan makanan lain.

Sekali belanja barang basah dan barang kering untuk keluarga yang mempunyai 3 hingga 4 ahli dan untuk stok seminggu, boleh capai Rm200 hingga Rm400. Perbelanjaan ini seperti suku troli pasaraya. Kadang-kadang Lisa jeling juga tengok mak dan pak arab di sini berbelanja, wah sampai penuh 1 troli dan ada juga sampai 2 hingga 3 troli. Bayangkanlah berapa jumlah kos mereka berbelanja tu.

Barangan Keperluan seperti pakaian ada beberapa pilihan. Jika anda beli di shopping mall, harganya agak tinggi kerana banyak brand terkemuka masuk di shopping mall negara Qatar ini antara brand yang sering dikunjungi adalah Zara, H&M, Ted Baker, M&S,Mango, Adidas dan sebaginya lagi. Tapi jika brand ini buat sale, memang harganya akan jatuh menjunam dan boleh dapat harga yang berbaloi. Selalunya sale akan diadakan pada penghujung musim panas dan musim spring. Di dalam shopping mall juga, ada brand yang dikira middle class tapi bila Lisa tengok harganya sama atau lebih kurang dengan barangan berjenama yang lain. Pilihan yang lain adalah di luar shopping mall, ada juga deretan kedai di mana menjual pakaian lelaki dan perempuan, harganya boleh dikatakan agak murah berbanding di shopping mall cumanya tidak banyak pilihan serta ia lebih kepada fashion negara India dan Philipine. Pakaian Asia sukar untuk didapati di sini.

Bagi belanja persekolahan anak, di negara Qatar memang agak tinggi. Jika anda hantar anak di sekolah seperti British, bagi yang tadika( Rm25 000-Rm32 000), bagi yang sekolah rendah (Rm35 000-Rm40 000). Ada juga pilihan untuk harga yang rendah iaitu sekolah pakistan atau india iaitu dalam lingkungan Rm 18 000 hingga Rm 25 000 setahun. Bayaran ini, ada yang perlu dibayar secara lump sum dan ada juga sekolah benarkan anda bayar mengikut semester. Bila ditanya dengan ibu bapa di sini, rata-rata ramai yang mengatakan kos education di sini sangat mahal. Lisa pernah jumpa dengan sepasang suami isteri, anak-anak mereka hanya homeschool sahaja dan anak mereka sama bijak dengan anak yang pergi sekolah. Di sini, homeschool adalah perkara biasa, ada ibu bapa yang hired teacher dari negara UK untuk ajar anak mereka secara online sahaja. Sebab itulah, Lisa masih tidak menghantar Fareeq pergi sekolah lagi, kerana kosnya yang agak tinggi lagipun di sini umur dibenarkan ke sekolah adalah 4 tahun ke atas, Fareeq pula baru 3 tahun lebih.

Baru-baru ini Lisa pulang dari London. Lisa ada berbual dengan 2 orang ibu yang sudah lama tinggal di London. Mereka kata yuran persekolahan anak di London adalah percuma. Ya ALLAH, jelous juga dengar.

Dari segi tempat tinggal/ rumah juga agak tinggi. Bagi rumah apartment, anda boleh dapat harga Rm3000 ke atas tetapi di kawasan luar bandar. Jika di tengah bandar adalah Rm 5000 hingga Rm15 000 sebulan. Harga tersebut adalah rumah apartment dan studio. Lisa bayangkan jika harga ini dibayar di Malaysia, pasti kita sudah duduk di rumah agam Aliff Syukri yang seperti istana. Tapi itulah realitinya di sini. Jika ada rakan-rakan kami kata, tinggal di luar negara pasti hidup mewah, sebenarnya tidak sama sekali sangkaan mereka.

Kami di sini hidup sangat jimat cermat. Lisa yang dulunya tak suka memasak dan boleh dikatakan hari-hari kami makan/ beli di luar tetapi di sini, tiba-tiba jadi suka masak. Bila masak boleh jimat banyak. Ya lah, jika makan di restoran di negara Qatar ini, untuk sepinggan adalah dalam lingkungan Rm20 hingga Rm60. Makanan tersebut seperti mee goreng, nasi goreng. Lebih baik masak berbanding makan di luar. Bila kami travel ke Turki pada 8 bulan lepas, Lisa tengok harga makanan 1 pinggan Rm7, rasa bahagia sangat. Rasa syukur tu berlipat ganda.

Baiklah, setakat ni sahaja perkongsian Lisa. InsyaALLAH akan disambung lagi pada masa akan datang.






6 comments:

  1. maaak aaaih berbeza sangat dari sudut perbelanjaan harian kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mmg beza sangat di sini. boleh dikatakan berganda taraf hidupnya.

      Delete
  2. wahh kos tinggi jugak kat sana,, jawabnya memang nak kena berjimat - cermat

    ReplyDelete
  3. Ya Allah tinggi kos kat sana.. Terkejut baca lisa cerita..

    ReplyDelete
  4. Mmg tinggi gile kan..ritu semangkok tomyam rm40 cam ya aMpun kt malaysia rm5 je tu pun byk komplen.. .dah g sana baru syukur

    ReplyDelete

  5. very interisting your sites,keep the good work going ON!We at Propertyhunters. this is our service web site. please visit our web site.
    Thank you.Properties For Sale in Qatar

    ReplyDelete

Powered by Blogger.