Baju Raya Sedondon Di Butik Jamilah Plaza Angsana Johor Bahru
Sebenarnya bukan mudah nak cari baju sedondon satu keluarga besar seperti kami ini yang mempunyai lima orang ahli dalam satu kedai yang sama. Sebelum ini, kami hanya mencari warna sedondon sahaja, tapi design yang berbeza disebabkan sukar mencari kedai atau butik yang boleh menyediakan baju yang sama satu keluarga.
Tapi tahun ini saya rasa bersyukur sangat sebab temui satu butik yang boleh menyediakan baju raya sedondon seisi keluarga dengan mempunyai pelbagai saiz termasuklah untuk wanita dewasa, lelaki dewasa serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apa yang istimewanya Butik Jamilah ini adalah saya lihat butik ini mempunyai design dan warna trending bagi tahun 2024 iaitu warna merah/oren bata dan design pula diketengahkan corak batik gabungan bersama warna plain.
Kombinasi ini nampak menarik dan sempurna bagi menyambut Syawal pada tahun 2024.
Suami saya pula suka dengan kain dari Butik Jamilah ini kerana beliau kata kainnya selesa dan tidak panas serta tidak terlalu nipis mahupun tebal. Maklumlah bila pergi beraya nanti pasti pada musim panas dan kita pula akan kunjung mengunjungi dari satu ruma ke satu rumah, bila pakai kain yang tidak selesa semasa hari raya nanti pasti mood kita pun lari.
Apabila pakai baju yang selesa seperti butik Jamilah keluarkan ini, membuatkan si pemakai rasa lebih selesa dan seronok. Bukan ibu bapa saja berasa senang malah anak-anak pun rasa selesa untuk dipakai seharian pada Hari Raya nanti.
Dengan pelbagai design terbaru serta warna yang bermacam pilihan membuatkan, kaki ini terlekat di satu butik ini sahaja. Rasa ralit nak belek satu baju ke satu baju. Dan saya juga tidak lepaskan pelluang untuk mencuba beberapa jenis design di sini.
Bagi anda yang sedang mencari baju raya sedondon untuk seisi keuarga, saya sangat menggalakkan untuk anda datang ke Butik Jamilah yang terletak di Plaza Angsana Johor Bahru.
Bukan satu lokasi sahaja tetapi ada beberapa lokasi Butik Jamilah ini buka sempena Ramadhan dan Syawal bagi memberi keselesaan pelanggan untuk memilih pilihan baju raya yang diinginkan.
Lokasi Butik Jamilah
Level 3 dan 4
Plaza Angsana Johor Bahru
Booth Raya di Level 2
ankaradatenteci.com
ReplyDeleteX1YCH