Buffet Ramadan Ibis Styles Hotel Johor Bahru 2024
Buffet Ramadhan Ibis Styles Johor Bahru 2024 | Tak lengkap rasanya kalau saya tak kongsikan buffet Ramadhan Johor Bahru bagi tahun 2024 ini dengan anda semua, sebabnya terdapat banyak pilihan buffet Ramadhan yang disediakan di Johor Bahru ini. Cumanya kali ini saya nak kongsikan tentang buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotel Johor Bahru 2024 yang terletak di Iskandar Puteri iaitu hanya 25 minit sahaja dari CIQ, Johor Bahru.
Terdapat lebih 120 menu yang bakal menanti anda untuk dijamu pada bulan Ramadhan nanti. Antara menu yang disediakan adalah laksa johor, mee goreng mamak sotong merah, pelbagai kuih tradisional, kek dan pastri. Menu yang paling dinanti-nantikan oleh semua adalah Biryani Kambing, ayam pongsu dan sup tulang kambing Mat Piah. Semua menu yang bakal disajikan ini diketuai oleh chef Hotel Ibis Styles adalah Chef Azhar.
Semasa saya cuba menu istimewa tersebut, saya memang rasa kelazatan ayam pongsu dan juga ayam madu Sarawak. Bagi saya menu ini tidak boleh ketinggalan untuk dirasai. Istimewanya ayam pongsu ini, dimasak dalam buluh lemang. Mula-mula saya ingat dalam buluh tersebut adalah pulut lemang, tetapi bila chef keluarkan ayam dari buluh tersebut, terus saya rasa keunikan tersendiri untuk masakan ini semasa buffet Ramadhan.
Tema yang diketengahkan bagi buffet Ramadhan Ibis Styles Hotel Iskandar Puteri ini adalah "Ketuk-ketuk Cita Rasa Malaysia", diinspirasikan daripada lesung batu yang dipopularkan di kalangan penduduk Asia Tenggara terutamanya di kawasan perkampungan. Mereka menggunakan lesung batu ini untuk menyediakan juadah berbuka puasa mahupun menu harian mereka.
Maklumat mengenai Buffet Ramadhan Ibis Styles Hotel Johor Bahru ada di bawah ini:
Early Bird Special Price
Rm88 adult
Rm58 per child (6-12years and senior citizen)
Dibuka dari 15 Mac Hingga 21 Mac 2024
Mulai 6.00petang hingga 9.30 malam
Normal price
Rm108 adult
Rm58 per child
Special Promotion
Ramadhan Room Package for 2 days 1 night
Rm298++
Include Sahur/buffet breakfast.
For 2 pax only.
For further information, please contact +60124843352( Warren) or email HA0K9@accor.com
Reservation: Falisha +60167337114
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk mendapatkan inspirasi berbuka puasa dengan buffet Ramadhan bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan sekalian. Pasti dengan adanya malis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda bersama keluarga.
No comments: