5 Jenama Sabun Mandian Dan Lotion Untuk Anak Eczema


July 12, 2022

 5 Jenama Sabun Mandian  Dan Lotion Untuk Anak Eczema | Anak-anak yang mempunyai eczema ini, tidak boleh sebarangan menggunakan sabun mandian atau lotion seperti kanak-kanak yang lain kerana kulit mereka sangat sensitif dengan beberapa kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun mandian dan lotion biasa yang ada di pasaran, sebagai contoh AHA, glycolic acid, salicylic acid, dan sulfur. Dengan adanya bahan-bahan ini, ia akan menggalakkan lagi kegatalan pada permukaan kulit anak yang ada eczema ini. 



Sebelum membeli sebarang sabun mandian untuk anak eczema, dinasihatkan kepada ibu bapa perlu membaca label terdahulu kemudian barulah boleh membuat keputusan untuk membelinya atau tidak. Bahan-bahan yang selamat digunakan adalah seperti niacinamideceramidehyaluronic acid, lidah buaya, shea, dan minyak alami, seperti minyak kelapa, gliserin, dan lanolin. 


Di bawah ini, Lisa kongsikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa bagi memastikan kulit anak yang ada eczema ini kekal lembab dan tidak terlalu kering.


1. Gunakan sabun mandian dan lotion yang sesuai untuk eczema iaitu bebas daripada bahan yang perlu dielakkan seperti disebut di atas.

2. Sapu lotion di kulit selepas setiap kali mandi, kerana ketika itu kulit sedang lembab.

3. Elakkan makanan yang menyebabkan anak jadi semakin sensitif kulit mereka.

4. Elakkan anak daripada terdedah dengan keadaan yang menyebabkan kulit mereka semakin gatal seperti habuk, bulu kucing,peluh dan sebagainya.


Berikut adalah 5 jenama sabun mandian dan lotion yang sesuai untuk anak yang mempunyai masalah eczema. Jenama-jenama ini adalah dari saranan doktor dan telah diluluskan oleh pihak kementerian kesihatan di negara tersebut antaranya Korea, German, United States dan sebagainya. 


1. QV Baby Gentle Wash and Lotion

Ramai Paediatrician menyarankan menggunakan QV sabun mandian dan lotion ini kerana PH balanced, tiada bahan kimia tambahan untuk bauan, warna,propylene glycol, and lanolin. Ia juga mengandungi Vitamin B3 yang membantu untuk kesihatan kulit daripada kering dan secara natural. Sesuai digunakan pada setiap hari dan dirumus khas untuk kulit bayi sehingga kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit seperti eczema.

Lisa sendiri menggunakan jenama QV ini untuk Sarah yang mempunyai eczema sejak umurnya 2 tahun.


2. Cetaphil 

Jenama Cetaphil ini sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kulit sensitif, mungkin disebabkan media massa dan pengaruh daripada saudara mara dan rakan-rakan. Cetaphil ini mempunyai kandungan glycerin and panthenol untuk membantu kulit bayi atau kanak-kanak kekal lembab. Ia juga adalah PH-balanced dan bebas daripada bahan kimia bauan. Dan tiada buih yang banyak.


3. Sebamed


Sebamed ini adalah 100% alkali-free, membantu mengekalkan kelembapan kulit bayi dan kanak-kanak serta mempunyai PH-balanced. Jenama yang dibuat di German ini adalah clinically and dermatologically-tested.


4. Mustela

Jenama Mustela ini, Lisa mula kenal ketika di Dubai apabila doktor dermatologist Sarah yang menyarankan untuk kami menggunakan lotion dan sabun mandiannya. Alhamdulillah, perubahan semakin nampak pada kulit Sarah apabila kami bertukar daripada sabun mandian biasa kepada jenama Mustela ini. Ia mempunyai kandungan 97% natural origin termasuklah Vitamin E, minyak bunga matahari, Avocado dan sebagainya.


5. Atopalm


Jenama atopalm ini, sehingga kini kami menggunakan lotionnya untuk sapuan selepas Sarah mandi. Ada beberapa doktor di Malaysia tidak familiar dengan jenama ini tetapi, ketika kami di Dubai, ada seorang dermatologist yang mencadangkan untuk cuba mnggunakan lotion yang dibuat dari negara Korea. Ciri-ciri bahan Atopalm ini sama seperti jenama yang lain di mana ia sangat sesuai untuk kulit sensitif seperti eczema dan ia mengekalkan kelembapan lebih lama.


Semoga dengan perkongsian mengenai jenama sabun mandian dan lotion untuk anak yang mepunyai eczema ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk memilih sabun mandian dan lotion yang betul untuk anak anda. Pemilihan sabun mandian dan lotion ini sangat penting demi memastikan kulit mereka kekal lembab dan lebih selesa bagi mengelakkan rasa kegatalan dan boleh menyebabkan pendarahan luar.

2 comments:

Powered by Blogger.