10 Keperluan Persediaan Makan Bayi 6 Bulan
Apabila umur bayi menghampiri 6 bulan maka si ibu sudah perlu membuat persiapan untuk menyediakan solid food untuk pemakanan mereka. Lisa pasti ibu-ibu sekalian sudah tentu rasa teruja untuk membuat persiapan tersebut tambahan pula jika bayi ini adalah anak pertama buat si ibu. Lisa ingat lagi ketika nak membuat persiapan makan bayi 6 bulan untuk anak Lisa yang pertama. Macam-macam perkara yang difikirkan antaranya peralatan apa yang perlu disediakan untuk bayi makan, jenama food processor mana yang bagus, perlukah ada food processor, bagaimana pula dengan jadual makan bayi 6 bulan ini, adakah ia sama seperti kita yang dewasa ini dan banyak lagi persoalan yang timbul dalam benak fikiran Lisa ni.
Alhamdulillah, dengan berbekalkan ilmu yang Lisa dapat dari ibu, ibu mertua, kakak-kakak Lisa, sahabat sekeliling serta sumber google akhirnya persoalan yang timbul dalam fikiran Lisa dapat dileraikan. Sedikit demi sedikit Lisa belajar tentang ilmu persiapan dalam menyediakan solid food untuk bayi 6 bulan bagi anak Lisa yang sulung tu. Fahamilah bahawa ini merupakan fasa baru buat semua ibu di atas muka bumi ini apabila anak mula melangkah usia 6 bulan.
Pada usia itu juga, ibu-ibu akan belajar tentang habit pemakanan anak kita. Apa makanan yang sesuai untuk dia dan apa makanan yang tidak sesuai. Makanan yang tidak sesuai buat bayi ini, Lisa maksudkan adalah kemungkinan makanan tersebut menyebabkan kulit mereka menjadi gatal-gatal, kemerahan dan tidak kurang juga cirit birit mahupun sembelit. Waktu ini, ibu akan mula menjadi penyiasat yang berjaya kerana perlu kenal pasti perkara-perkara tersebut. Maknanya ibu perlu mengetahui makanan mana yang tidak sesuai buat bayi. Maka jangan beri makanan tersebut kepada mereka.
Jika tindakan bayi 6 bulan dalam keadaan baik sahaja maka ibu perlu bersyukur kerana tiada kesan negatif terhadap bayi ibu tetapi jika ia berlaku sebaliknya maka ibu perlu mengambil tindakan secepat mungkin sama ada membawa anak berjumpa doktor atau cuba tidak memberi makanan tersebut secara berulang. Sebab itulah, Lisa sarankan supaya anda membuat 4 Days Rule(4DR), di mana ibu-ibu mudah untuk kenal pasti makanan yang memberi kesan terhadap bayi 6 bulan ini.
Baiklah Lisa kongsikan 10 keperluan persedian makanan bayi 6 Bulan, supaya ibu-ibu sudah boleh membeli barang keperluan tersebut sebelum mereka mencecah 6 bulan.
1) Food Processor/Steamer/Blender
Zaman sekarang banyak jenama-jenama terkenal menjual baby food processor di mana ia memudahkan ibu untuk menyediakan makanan bayi seawal 6 bulan. Kebanyakan baby food processor mempunyai multi-function iaitu pelbagai kegunaan boleh digunakan antaranya steam, chopping(dipotong halus) serta boleh blender sehingga tekstur menjadi sangat halus. Ada ibu bapa yang bertanya perlukah ada food processor, jika ada blender dan steamer sahaja boleh ke? Sebenarnya ia terpulang kepada ibu bapa itu sendiri untuk memilih baby food processor atau hanya menggunakan blender dan steamer yang sedia ada di dapur. Tujuan ada baby food processor ini adalah untuk memudahkan ibu mengasingkan makanan bayi dengan makanan kita. Maklumlah jika menggunakan blender cili di rumah kemungkinan saki baki cili masih ada dalam bekas blender tersebut dan selain itu, steamer yang sedia ada di dapur mungkin saiznya lebih besar sedangkan portion makanan bayi sangat sedikit.
Waktu Lisa anak pertama dulu, Lisa tak beli baby food processor kononnya boleh guna blender dan steamer yang sudah sedia ada di dapur tetapi masalah yang dihadapi, Lisa perlu membuat dua tiga kali kerja dan ia sangat memenatkan. Kemudian barulah Lisa ada kesedaran untuk membeli baby food processor dan sangat memudahkan kerja Lisa dalam menyediakan makanan bayi 6 bulan sehingga setahun. Tambahan pula baby food processor ini mudah untuk dibawa travel.
Klik di link ini untuk melihat Food Processor yang Lisa gunakan selama lebih 2 tahun untuk 2 orang anak
2) Bib
Bib ini merupakan antara keperluan wajib yang perlu ada dalam menyediakan makanan bayi 6 bulan kerana ketika itu bayi masih belajar bagaimana untuk masukkan kesemua makanan ke dalam mulut sudu dengan kemas. Sudah tentu ada lebihan makanan yang keluar dari mulut mereka dan jatuh ke atas lantai atau di atas baju mereka. Untuk mengelakkan ibu-ibu sentiasa membersihkan baju mereka setiap kali selepas makan, maka bib ini sangatlah penting untuk membantu ibu-ibu memudahkan kerja. Perlu diingatkan juga bib ini ada pelbagai jenis di pasaran. Mengikut pendapat Lisa sendiri yang sudah ada dua orang anak, gunakanlah bib jenis silicone kerana apabila anak sudah kotorkan bib jenis ini ia terus mudah dibasuh dan dikeringkan berbanding bib yang materialnya jenis kain.
3) Set sudu/Utensil
Bagi memudahkan urusan ibu-ibu, Lisa sarankan ibu-ibu beli set sudu yang mempunyai 2 hingga 4 jenis saiz dalam 1 paket. Sebabnya adalah bayi 6 hingga 8 bulan mulut mereka masih kecil dan saiz sudu kecil disarankan untuk menyuap mereka. Apabila usia menginjak 9 bulan hingga setahun mereka sudah boleh makan portion yang lebih sedikit dari sebelum ini dan mereka lebih suka kuantiti yang lebih masuk ke dalam mulut mereka berbanding sudu yang sangat kecil.
Sudu yang Lisa gunakan ketika Sarah umur 6 bulan.
4) Pinggan dan Mangkuk Bayi
Semasa anak umur 6 bulan, Lisa hanya menggunakan mangkuk bersaiz kecil sahaja kerana semua bahan disatukan dan diblender. Apabila anak-anak Lisa sudah mencapai 10 bulan barulah Lisa menggunakan pinggan yang ada dua tiga partition supaya mereka sudah mula boleh berlatih untuk makan satu persatu jenis makanan yang ada. Sebab itulah lisa rasakan pinggan dan mangkuk bayi juga merupakan salah satu keperluan bayi yang utama yang perlu ibu bapa sediakan.
Ini mangkuk dan pinggan yang Lisa belikan untuk Sarah makan. Bila masuk umur setahun lebih dia dah mula pandai makan makanan yang boleh dicampurnya sendiri sebagai contoh roti bakar dia cicah dengan mushroom soup.
5) Botol air bersama straw
Ada ibu bapa yang sudah perkenalkan straw kepada bayi mereka seawal 5 bulan, tetapi Lisa perkenalkan straw kepada anak-anak pada usia mereka 6 bulan. Si abang mula pandai menyedut pada usia 6 bulan tetapi si adik pada usia 7 bulan. Tujuan perkenalkan straw kepada bayi adalah untuk membiasakan mereka minum air kosong bagi mengelakkan sembelit kerana ketika itu mereka sudah mula makan solid food. Dikhuatiri masalah sembelit mudah berlaku dikalangan bayi yang berusia 6 bulan ke atas.
Jika anda ibu yang pertama kali mahu kenalkan bayi anda kepada straw, mungkin anda buntu bagaimana ingin mengajar anak anda untuk minum menggunakan straw. Lisa sarankan biasakan anak anda dengan sedutan straw plastik terlebih dahulu seperti straw yang kita minum di tepi jalan. Anda juga boleh masukkan straw tersebut di dalam air kosong dan kemudian letak jari anda di atas straw tersebut. Seterusnya angkat straw yang mengandungi air di bawahnya dan letakkan straw tersebut ke dalam mulut bayi anda. Beri masa untuk dia sedut sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan mereka akan sendiri pandai menyedut straw.
Anda boleh beli botol yang ada straw seperti di link ini.
Kebiasaannya makanan bayi 6 bulan ini, ibu-ibu akan sediakan dalam kuantiti yang banyak dan dibahagikan sedikit mengikut hari. Antaranya puri buah, puri sayur-sayuran dan sebagainya. Disebabkan itulah, baby storage container ini penting untuk menyimpan makanan bayi. Pastikan baby storage container ini kedap udara dan selamat disimpan.
Baby chair ini sebagai pilihan sahaja untuk ibu bapa membelinya ataupun tidak. Sejujurnya bagi Lisa baby chair ini penting supaya bayi sudah mula belajar berdisplin iaitu jika makan perlu duduk ditempatnya bukan merangkak ke sana sini dan ibu bapa terpaksa mengejar mereka untuk disuapkan makanan. Lisa belajar dari pengalaman. Anak pertama Lisa tak pernah belikan baby chair. Sangat mencabar sebenarnya untuk suapkan makanan dia. Lain pula dengan anak kedua Lisa yang awal-awal lagi Lisa dah ajar jika mahu makan perlu duduk di baby chair siap dengan tali pinggang yang disediakan supaya dia tidak boleh pergi ke mana-mana selagi makanan tidak dihabiskan. Alhamdulillah sehingga umurnya setahun lebih, dia sudah pandai sendiri untuk makan perlu duduk diam dan tidak boleh ke sana sini.
Tujuan Lisa masukkan bekas ice cube ini sebagai salah satu keperluan persediaan makan bayi 6 bulan adalah supaya dapat memudahkan ibu-ibu membahagikan makanan basah ke dalam bekas ice cube. Sebagai contoh pada usia bayi 6 bulan mereka hanya makan 1 bekas cube berisi ayam sahaja. Apabila usia mereka meningkat 9-10 bulan ibu-ibu sudah boleh tambah kuatitinya kepada 2 cube dan seterusnya bila anak menginjak usia. selain itu, boleh juga diletakkan chicken stock ke dalam ice cube.
6) Bekas kecil/Baby Storage Container
Kebiasaannya makanan bayi 6 bulan ini, ibu-ibu akan sediakan dalam kuantiti yang banyak dan dibahagikan sedikit mengikut hari. Antaranya puri buah, puri sayur-sayuran dan sebagainya. Disebabkan itulah, baby storage container ini penting untuk menyimpan makanan bayi. Pastikan baby storage container ini kedap udara dan selamat disimpan.
7) Baby chair
Baby chair ini sebagai pilihan sahaja untuk ibu bapa membelinya ataupun tidak. Sejujurnya bagi Lisa baby chair ini penting supaya bayi sudah mula belajar berdisplin iaitu jika makan perlu duduk ditempatnya bukan merangkak ke sana sini dan ibu bapa terpaksa mengejar mereka untuk disuapkan makanan. Lisa belajar dari pengalaman. Anak pertama Lisa tak pernah belikan baby chair. Sangat mencabar sebenarnya untuk suapkan makanan dia. Lain pula dengan anak kedua Lisa yang awal-awal lagi Lisa dah ajar jika mahu makan perlu duduk di baby chair siap dengan tali pinggang yang disediakan supaya dia tidak boleh pergi ke mana-mana selagi makanan tidak dihabiskan. Alhamdulillah sehingga umurnya setahun lebih, dia sudah pandai sendiri untuk makan perlu duduk diam dan tidak boleh ke sana sini.
Baby chair ni tidak perlu yang mahal sangat, dan jika anda ingin beli dengan harga yang berbaloi boleh beli di ikea. Lisa pun beli di Ikea je untuk baby chair ni.
8) Bekas ice cube
Tujuan Lisa masukkan bekas ice cube ini sebagai salah satu keperluan persediaan makan bayi 6 bulan adalah supaya dapat memudahkan ibu-ibu membahagikan makanan basah ke dalam bekas ice cube. Sebagai contoh pada usia bayi 6 bulan mereka hanya makan 1 bekas cube berisi ayam sahaja. Apabila usia mereka meningkat 9-10 bulan ibu-ibu sudah boleh tambah kuatitinya kepada 2 cube dan seterusnya bila anak menginjak usia. selain itu, boleh juga diletakkan chicken stock ke dalam ice cube.
9) Set Travel
Bagi anda yang suka travel, anda dinasihatkan untuk menyediakan set travel makanan bayi bagi menyenangkan anda menyediakan makanan mereka nanti. Siapa yang ada follow lisa di instagram, Lisa ni sebenarnya sangat suka travel dan pergi bercuti makanya set travel ini sangat penting buat Lisa. Antara set travel yang Lisa maksudkan adalah baby food processor yang kecil, bekas storage container yang kecil, dan 1 beg yang boleh memuatkan semua keperluan makanan bayi.
10) Fresh Food Feeder
Akhir sekali, fresh food feeder di mana ia adalah untuk membiasakan bayi menggigit buah dan secara tidak langsung membantu mereka makan sendiri tanpa bantua ibu menyuapkan makanan. Lisa pasti bayi anda akan suka fresh food feeder ini kerana mereka bebas untuk mengawal kedudukan makanan tersebut dan rasa buah segar yang terus masuk ke dalam mulut mereka. Anak kedua Lisa sangat suka makan strawberry, anggur dan buah beri menggunakan fresh food feeder ini. Kadang-kadang boleh sampai dua tiga kali dia nak Lisa tambahkan buah ke dalam bekas tersebut.
InsyaALLAH semoga perkongsian Lisa ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada ibu bapa di luar sana dalam menyediakan makanan bayi yang baru mencecah 6 bulan. Lisa faham tentu anda ada perasaan sedikit teruja untuk membeli pelbagai keperluan makanan bayi tetapi perlu diingatkan utamakan barangan yang penting dan yang berguna sahaja supaya tidak berlakunya pembaziran kelak.
No comments: