Resepi Daging Ungkep Jawa Mak mertua
Hampir 5 bulan kami tidak pulang ke Malaysia kerana tiket penerbangan kami terpaksa dibatalkan kerana masalah pandemik dunia iaitu coronavirus-19 di mana kebanyakan flight keluar masuk Dubai terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan demi mengawal penyebaran virus tersebut. Sebenarnya inilah tempoh paling lama yang kami tidak pulang ke Malaysia dan tidak dapat berjumpa dengan insan yang sangat kami sayang terutama ibu bapa kami di kampung. Disebabkan terlalu rindu dengan ibu bapa dan suami Lisa pula rindu sangat dengan masakan dan makanan kegemaran dia yang mak mertua Lisa selalu masak iaitu daging ungkep jawa dan ayam ungkep jawa. Suami Lisa ni adalah orang keturunan jawa Banting. Dia siap fasih berbahasa jawa. Lisa boleh faham mereka cakap apa tetapi nak balas balik Lisa masih kurang pengetahuan bab itu.
Makanya, hari ini suami Lisa buat permintaan untuk Lisa masak daging ungkep jawa dan dia minta Lisa untuk dapatkan resepi dari mak mertua supaya rasanya tetap sama dengan apa yang dia suka makan sejak kecil lagi. Alhamdulillah mak mertua Lisa sudi kongsikan resepi daging ungkep jawa dengan Lisa. Sebenarnya, sebelum ni mak mertua Lisa dah pernah ajar Lisa untuk buat daging ungkep jawa ni cuma Lisa lupa nak tulis maka cepat sangat ingatan ni lupa. Hilang terus dari radar. Betulllah orang kata kalau nak cepat ingat kena tulis supaya ia terus melekat dalam fikiran kita.
Seronok rasanya nak kongsikan resepi daging ungkep jawa ini dengan sahabat pembaca blog Lisa. Semoga ia bermanfaat untuk anda. Percayalah resepi yang bakal Lisa kongsikan ini sangat mudah dibuat dan yang paling penting sedap.
1/2 kilo daging
2-3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar ketumbar*
1-2 sudu serbuk kunyit
2-3 biji cili padi*
4 sudu minyak masak
Garam dan gula
1. Kisarkan kesemua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, daging serta serbuk kunyit.
3. Tambahkan secawan air supaya daging empuk. Jika daging masih tidak empuk boleh tambahkan lagi sedikit air.
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging betul-betul empuk.
5. Bila kuah dah menjadi pekat,daging sudah empuk maka tutup api.
6. Sedia dihidang.
Bahan-bahan serta cara di atas boleh diubah sedikit apabila anda mahu gantikan daging dengan ayam. Caranya sama sahaja cuma tidak perlu letak air banyak kerana ayam cepat masak berbanding daging.
Setiap kali kami balik kampung belah mak mertua, sudah tentu beliau akan masakkan daging ungkep jawa ini. Dan pada pagi raya selalunya mak mertua Lisa akan masakkan daging ungkep dimakan bersama nasi impit. Mula-mula kahwin Lisa rasa pelik juga nasi impit makan dengan daging ungkep kerana tradisi keluarga Lisa selalunya makan nasi impit dengan rendang daging atau rendang ayam.
Alhamdulillah, ini pengalaman baru buat Lisa dan ia amat menyeronokkan melalui pengalaman baru dalam hidup. Bgai anda yang baru ingin mencuba resepi ini, ia amat sedap dan boleh dimakan dengan nasi,nasi impit atau diratah macam tu pun dah sedap.
Jangan lupa kongsikan resepi ini di media sosial anda supaya lebih ramai yang mula menyukai masakan tradisi orang jawa.

Bahan-bahan
1/2 kilo daging
2-3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar ketumbar*
1-2 sudu serbuk kunyit
2-3 biji cili padi*
4 sudu minyak masak
Garam dan gula
Cara-caranya
1. Kisarkan kesemua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, daging serta serbuk kunyit.
3. Tambahkan secawan air supaya daging empuk. Jika daging masih tidak empuk boleh tambahkan lagi sedikit air.
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging betul-betul empuk.
5. Bila kuah dah menjadi pekat,daging sudah empuk maka tutup api.
6. Sedia dihidang.
Bahan-bahan serta cara di atas boleh diubah sedikit apabila anda mahu gantikan daging dengan ayam. Caranya sama sahaja cuma tidak perlu letak air banyak kerana ayam cepat masak berbanding daging.
Setiap kali kami balik kampung belah mak mertua, sudah tentu beliau akan masakkan daging ungkep jawa ini. Dan pada pagi raya selalunya mak mertua Lisa akan masakkan daging ungkep dimakan bersama nasi impit. Mula-mula kahwin Lisa rasa pelik juga nasi impit makan dengan daging ungkep kerana tradisi keluarga Lisa selalunya makan nasi impit dengan rendang daging atau rendang ayam.
Alhamdulillah, ini pengalaman baru buat Lisa dan ia amat menyeronokkan melalui pengalaman baru dalam hidup. Bgai anda yang baru ingin mencuba resepi ini, ia amat sedap dan boleh dimakan dengan nasi,nasi impit atau diratah macam tu pun dah sedap.
Jangan lupa kongsikan resepi ini di media sosial anda supaya lebih ramai yang mula menyukai masakan tradisi orang jawa.
kat rumah tu ada daging,teringin pulak nak buat ungkep sebab memang tak pernah buat ungkep ni
ReplyDelete