5 Cara Atasi Berat Badan Yoyo
Apakah itu berat yo-yo? Apa sinonimnya berat yoyo dengan permainan yoyo? Diibaratkan permainan yoyo adalah sekejap ia naik sekejap ia turun begitulah juga mereka yang mengalami berat adan yo-yo. Sekejap naik dan sekejap turun.
Bagaimana cara nak mengatasi berat yo-yo? Dan apakah di antara punca berlakunya berat yoyo ini?
Ada kajian mengatakan seseorang itu mengalami berat yoyo adalah kerana faktor kesalahan diet, faktor hormon, penyakit yang dialami danlain-lain lagi.
5 Cara untuk atasi berat yoyo adalah
Berhenti Kerap Menimbang Badan
Ada dikalangan kita mengatakan berat anda adalah berat yo-yo sekejap naik dan sekejap turun. Hal ini kerana anda mungkin kerap timbang dan ada golongan yang timbang berat badan setiap hari. Adakah anda tahu bahwa timbang berat badan adalah yang terbaik seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Jika setiap hari anda timbang berat badan maka anda memang akan kata berat badan anda adalah berat yoyo. Jika berat anda turun hari ini, anda akan mempunyai perasaan gembira maka anda akan makan banyak dan pada esok hari anda akan timbang berat badan dan jarum penimbang menunjukkan anda naik 1kg, maka anda kecewa dan anda akan kembali bersemangat untuk diet balik. Dan akhirnya ia menjadi rutin. Sebab itu anda mengatakan berat anda adalah berat badan yoyo.
Pilih Diet Yang Berkesan dan Selamat
Pilih diet yang berkesan dan selamat bukan diet yang sangat ekstrim untuk turunkan berat badan. Jika anda pilih diet yang ekstrim maka ia bermaksud otot anda yang mengecut bukannya lemak anda yang keluar dari badan. Jika anda berhenti diet ekstrim tersebut maka anda akan lebih berganda naik berat dari sebelumnya. Jika ia berterusan berlaku maka berat badan yoyo juga akan berlaku.
Buat Senaman Secara Konsisten
Ada di antara kita tidak melakukan senaman untuk turunkan berat badan dan hanya bergantung 100% kepada penjagaan makanan dan produk kurus. Maka anda perlu elakkannya. Teruskan senaman secara konsisten walaupun 2 atau3 kali seminggu. Sekali sesi anda boleh buat setengah jam atau 1 jam yang penting konsisten. Maka berat badan yoyo tidak akan terjadi.
Sentiasa bersemangat
Mereka yang mempunyai masalah berat badan yoyo ini adalah kerana semangat mereka mudah luntur. Minggu pertama sangat bersemangat dan minggu kedua apabila didatangkan dengan dugaan maka semangat mula goyah. Maka anda perlu sentiasa bersemangat dan antara cara untuk mengekalkan semangat anda, perlu anda matlamat contohnya anda tampal target anda iaitu TURUN 10KG PADA BULAN JANUARI 2017. Tampal goal ini ditempat yang anda sentiasa lihat.
Ada Kawan dan Ada Coach
Jika kita buat diet sendiri dan mengalami berat badan yoyo maka kita akan mudah berputus asa dan akhirnya anda akan selesa dengan berat anda yang semakin hari semakin naik. Tetapi jika anda mempunyai kawan serta coach yang membantu anda untuk memberi panduan cara turun berat badan yang betul dan berkesan maka anda akan lebih fokus untuk turun berat badan.
Jika anda tidak mahu berat badan anda menjadi berat badan yoyo maka boleh hubungi saya untuk mendapatkan program kurus secara selamat dan berkesan.
No comments: