Crash Diet: Bahaya untuk anda


December 08, 2016
Crash diet. Apakah itu crash diet? dan ia merupakan cara nak kuruskan badan yang semakin popular di malaysia.
Crash diet adalah bermaksud membuat cara diet secara mendadak. Pengambilan kalori bawah 1000 kalori dan contohnya jika kemampuana badan anda terbakar adalah 1500 kalori dan anda hanya ambil 700 kalori sahaja. Maka ia diet yang drastik.
Apakah keburukan dan bahaya nya kepada badan anda?



Badan Anda Cepat Lemah dan Tidak Bermaya.

Jika anda mengambil kurang kalori yang berlebihan untuk nak kurus maka memberi kesan kepada badan iaitu badan anda akan cepat lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan menyimpan tenaga yang tidak mencukupi untuk membakar lemak di badan. Sebab itulah, anda perlu makan mengikut kalori pembakaran badan yang mampu terbakar. Contohnya wanita average adalah 1200 hingga 1300 kalori, maka untuk anda nak kurus anda perlu makan di bawah 1300 kalori seperti 1100 kalori, jangan terlalu kurang daripada angka tersebut.

Kehilangan Otot

Ramai yang mengamalkan crash diet gembira dengan jarum penimbang kerana menunjukkan mereka turun berat badan tetapi tahukah anda apabila anda melakukan crash diet sebenarnya, anda mengalami kehilangan otot yang banyak bukannya kehilangan lemak yang banyak. Sepatutnya, otot perlu dijaga dan dibina bukan hilang. Lemak yang perlu dikurangkan. Itulah cara nak kuruskan badan yang betul.

Mudah sakit

Jika anda pernah melakukan crash diet maka anda akan mudah jatuh sakit seperti demam dan pening kerana nutrisi dan vitamin tidak cukup dalam badan anda. Maka pertahanan diri atau imun sistem badan anda juga akan berkurang. Walaupun anda nak kurus tetapi berhati-hatilah untuk mengamalkan cara diet yang betul.

Naik berat 2 kali ganda

Kebiasaannya, mereka yang melakukan crash diet hanya bertahan dalam jangka masa pendek mungkin hanya sebulan atau 2 bulan sahaja kemudian mereka akan makan seperti biasa. Maka pada 2 bulan yang anda lakukan crash diet, ya berat anda akan turun secara mendadak tetapi apabila anda kembali makan seperti biasa maka berat anda akan kembali naik dan kemungkinan ia naik 2 kali ganda. Sebab itulah, anda perlu melakukan cara diet yang betul di mana diet anda dilakukan pada jangka masa panjang dan sampai bila-bila anda masih boleh amalkannya. untuk sihat , ia tiada ‘expired date’.

Mudah emosi

Jika anda perasan, apabila anda melakukan crash diet, emosi anda tidak stabil. Mudah marah dan mudah terasa apabila teman-teman atau ahli keluarga bergurau dengan anda. Maka ia tidak bagus untuk hubungan anda dengan mereka. Sebab itulah, pemakanan kita sebenarnya mempengaruhi emosi kita juga.
Dinasihatkan supaya elakkan melakukan crash diet kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan yang hanya jangka pendek sahaja. Buatlah diet plan yang sihat dan diet yang betul dimana mempunyai cukup nutrisi dan vitamin yang badan perlukan. Bukan hanya semata-mata ingin turun berat sahaja maka anda sanggup mengorbankan kesihatan anda. Tak salah untuk cantik dan kurus tetapi biarlah kena pada caranya.
Jika anda melakukan crash diet, anda akan kehilangan banyak nutrisi dan vitamin dalam badan. Maka dengan cara yang lebih baik untuk badan, anda boleh mengambil shake herbalife supaya badan anda dilengkapi dengan nutrisi dan vitamin. Shake herbalife juga mempunyai rendah kalori dan mengenyangkan.

Artikel berkaitan: Kelebihan shake herbalife

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

No comments:

Powered by Blogger.