Resepi Yong Tau Fu Seperti Dijual Di Pasar Malam


May 18, 2020
Lisa sebenarnya dah buntu tak tahu nak masak apa untuk makanan sampingan selain menu utama berbuka puasa. Kebiasaannya bila bulan Ramdhan Lisa akan masak 1 menu berat contohnya nasi ayam, nasi tomato, mee sup, Lisa akan masak lagi 1 makanan sampingan contohnya kuih muih. Tapi disebabkan rasanya semua kuih muih Lisa dah buat sepanjang 26 Ramadan yang lalu, jadinya tak tahu lah nak buat apa hari ni. Bila Lisa buka peti ais, tiba-tiba mata ni tertumpu kepada 2 ikat sayur kangkung yang makin layu yang suami Lisa beli minggu lepas. Rasa sayang pula kalau tak masak sayur kangkung hari ni. Dan Lisa percaya kalau nak tunggu esok baru masak sayur kangkung ni pasti ia akan rosak semuanya.

Tiba-tiba Lisa dapat idea, apa kata masak yong tau fu lagi pun dah lama sangat tak makan yong tau fu di pasar malam. Maklumlah kami. pun hampir 6 bulan tidak balik Malaysia inikan pula nak pergi pasar malamnya. Lisa pun buka peti ais bahagian freezer, Lisa lihat ada fish ball, fish cake dan sosej. Terus Lisa decide nak masak yong tau fu. Bila nak masak yong tau fu ni Lisa ingat lagi waktu mengandungkan Sarah Lisa suka pergi pasar malam depan rumah dan mak Lisa suka pesan yong tau fu cumanya mak Lisa jenis suka yong tau fu sup dan dia tak suka kuah hitam yong tau fu. Sebab tu Lisa akan bahagi dua bila nak makan. Satu untuk mak abah Lisa makan dan satu bahagian Lisa makan sebab Lisa ni sejenis yang suka kuah hitam pedas.



Disebabkan Lisa rasa kuah yong tau fu ni sangat sedap yang Lisa masak dan lebih kurang rasanya macam yong tau fu pasar malam, makanya Lisa nak kongsikan dengan anda dan mungkin anda juga terus jatuh hati bila pertama kali rasa kuah yong tau fu ni.

Bahan-bahan Kuah Hitam Yong Tau Fu

3 sudu cili giling/cili kering blender
2-3 sudu gula melaka
3 sudu sos tiram
2-3 sudu sos ikan
2-3 sudu kicap pekat/kicap kipas udang
1 inci belacan
3 sudu tepung gandum dibancuh bersama air
1 cawan air

Cara-caranya

1. Masukkan air dan gula melaka. Panaskan sehingga gula betul-betul cair.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali tepung gandum.
3. Apabila bahan tersebut sudah menggelegak, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diinginkan.
4. Semasa nak dihidangkan, taburkan bijan ke atas kuah tersebut.

Kalau anda yang dah cuba buat resepi ni jangan lupa tag lisa di facebook atau di instagram ye. Selamat mencuba dengan resepi yong tau fu seperti dijual di pasar malam ni.

No comments:

Powered by Blogger.