8 Tips Untuk Kuruskan Badan Lebih Cepat Dan Selamat


June 12, 2021

 Bila ada sesuatu yang berlaku kepada diri kita, mungkin itulah titik permulaan atau kesedaran kepada kita untuk turun berat badan. Macam Lisa sendiri, Lisa nak kuruskan badan dengan cepat dan selamat sebab banyak baju yang Lisa dah tak muat dipakai sebelum mengandung. Pada masa yang sama, Lisa mula rasa cepat penat dan jika berjalan jauh, kaki dan lutut mula berasa sakit. Sebab apa? Kerana kaki kita sudah tidak dapat menampung berat badan kita sebenarnya. Sebab itulah kita mula cepat rasa penat, lutut mula sakit dan lebih teruk lagi apabila kita mula rasa sukar bernafas kerana lemak dah mula dibina di dalam saluran jantung kita. Maka, waktu ini adalah masa terbaik untuk kita mula berubah dan mencari cara untuk kuruskan badan dengan selamat dan cepat itu adalah bonus bagi dalam fasa penurunan berat badan.


Janganlah pula disebabkan kita ghairah untuk turun berat badan dengan cepat sehingga kita lupakan faktor keselamatan diri dan kesihatan badan. Tak salah untuk turun berat dengan cepat tetapi perlu tau tips dan cara yang betul, bukan semata-mata mengambil ubat atau produk kurus di pasaran. Kerana di sana banyak berlakunya penipuan dalam penghasilan produk kurus demi melariskan jualan. Oh bab ini, Lisa tak nak sentuh lebih lanjut di topik ini kerana Lisa akan tulis lebih details pada artikel yang akan datang.


Mari Lisa kongsikan bagaimana untuk kuruskan badan lebih cepat dan selamat melalui pengalaman Lisa sendiri, hasil menuntut ilmu dengan pakar pemakanan, doktor, pakar nutrisi serta pembacaan berkenaan buku-buku kesihatan badan. 


8 Tips Untuk Kuruskan Badan Lebh Cepat dan Selamat: 



1. Kalori Defisit

Mengetahui dan memahami tentang kalori defisit adalah asas utama untuk anda yang mahu turun berat badan dengan cepat dan selamat. Mengapa hari ini anda mempunyai berat badan berlebihan? Kerana kalori berlebihan berlaku pada badan anda bermaksud anda makan lebih kalori berbanding kalori badan anda mahukan, maka lebihan kalori tersebut akan menjadi lemak dan lama-kelamaan berat anda semakin bertambah. 

Kalori Masuk Dalam badan < Kalori Yang digunakan =Kalori defisit

Kalori Masuk Dalam badan > Kalori Yang digunakan = Kalori lebihan, maka akan naik berat

Kalori Masuk Dalam Badan = Kalori yang digunakan = 0 Kalori, maka berat badan maintain


Setiap badan kita mempunyai kalori tertentu iaitu pembakaran dalam badan, jika ambil lebih ia menjadi lemak dan jika ambil kurang berat badan makin menurun. Setiap makanan mempunyai kalori, sedangkan kalori air kosong pun ada nilainya iaitu kosong. Maka pastikan jumlah kalori yang anda masukkan dalam mulut anda adalah kalori yang rendah bukannya makanan yang jumlah kalorinya yang tinggi. 

2. Fahami Ilmu Turun Berat Badan Cara Yang Betul


Ramai yang ingat untuk kuruskan badan lebih cepat perlu bersenam 24 jam. Masuk keluar gym. Sentiasa memakai baju senaman dan bangun pagi terus bersenam dan sebelum tidur juga perlu bersenam. Sebenarnya itu adalah salah satu mitos yang sering disebarkan dalam masyarakat kita. Untuk turun berat badan anda perlu pegang perkara asas ini, iaitu 80% adalah pemakanan dan 20% adalah senaman. Ini adalah konsep utama untuk turun berat badan. 

Perasan tak kenapa anda bersenam setiap hari tetapi makanan tidak dijaga, seolah-olah kita menganggap cara nak turun berat badan adalah 80% senaman dan 20% adalah makanan. Terbalik ya pemahaman ini. Cuba tanya balik pada diri kita. Kita naik berat hari ini sebab kita makan banyakkan? Bukannya sebab kita kurang senaman. 

Maka nak turun berat badan dengan cepat perlu faham konsep asas ini 80% makanan dan 20% senaman, barulah anda akan turun berat badan dengan cepat dan selamat.

3. Bersenam 

Seperti yang Lisa katakan untuk point yang ke 2 tadi, 20% adalah senaman, maka kita perlu juga untuk bersenam. Senaman ini bukanlah perlu dilakukan hari-hari atau setiap jam kerana badan kita juga perlukan rehat dan jika anda membuat senaman berlebihan, ia akan mengganggu proses penurunan berat badan anda. Maka buatlah jadual yang anda selesa dan kena dengan rutin harian anda. 

Jika anda seorang yang bekerja dari hari isnin hingga jumaat, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, maka anda boleh merancang untuk bersenam pada waktu selepas balik kerja atau sebelum pergi kerja dan boleh juga ambil setengah jam atau 1 jam untuk bersenam ketika hujung minggu.

Bagi anda yang mempunyai keluarga, anda juga boleh ajak pasangan dan anak-anak untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, jogging, bermain bola dan sebagainya.

Klik di sini untuk melihat pelbagai jenis alatan senaman yang dijual di Shopee.

4. Big Why

Big why ini penting bagi membuatkan diri anda sentiasa bersemangat untuk kuruskan badan. Ada peserta untuk program Kurus yang Lisa anjurkan bersama coach yang lain, mengatakan bahawa beliau nak kurus sebab nak kahwin pada hujung tahun, ada juga nak kurus sebab suami mula tegur dan ada juga nak kurus sebab masalah kesihatan diri. 

Lisa sarankan supaya anda yang serius nak kurus, perlu menulis di atas kerta 'Mengapa anda serius nak kurus'. Tampal kertas tersebut di tempat mudah anda lihat, supaya kita hari-hari menjadi lebih semangat. 

5. Jangan Skip Breakfast

Kesilapan besar, orang nak kuruskan badan adalah dengan skip breakfast. Mereka tidak bersarapan pagi kerana mereka menganggap bahawa dengan bersarapan pagi , badan akan cepat naik berat. Sedangkan bersarapan pagi adalah perkara wajib yang perlu kita tunaikan kepada badan kita. 

Cumanya apa jenis makanan yang kita berikan kepada badan supaya badan bertindak positif dan membuatkan kita menjadi lebih bertenaga dan bergerak aktif.  

6. Minum Air yang Cukup

Pernah dengarkan bahawa badan kita perlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Ya betul. Tapi bagaimana dengan minum air dapat membantu proses penurunan berat badan? Air kosong mempunyai zero kalori, tiada lemak dan tiada kandungan gula. Malah ia membantu badan kita untuk proses penghadaman lebih lancar dan membuang toksin dalam badan. Jika kita kekurangan minum air kosong, badan kita akan dehydrate dan menyebabkan tubuh kita mudah berasa penat dan tidak bermaya. 

Jangan pandang remeh soal minum air yang cukup ini kerana untuk pengetahuan anda apabila kita minum air cukup untuk keperluan badan, ia membantu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 41% dan kanser usus sebanyak 45%. 


7. Tidur dan Rehat Cukup 

Lisa pernah lalui fasa turun berat badan yang susah, Lisa ingat sebab kesalahan dari segi kalori atau faktor lain tetapi bila dilihat kembali rupanya badan Lisa tidak cukup tidur dan rehat. Apabila Lisa buat perubahan dari segi menjaga waktu tidur dan rehat, alhamdulillah proses penurun berat badan menjadi lebih mudah. 

Memang betul untuk turun berat badan, kita disarankan untuk bergerak aktif dan cergas, namun begitu perlu diingatkan bahawa badan kita bukanlah robot iaitu sentiasa 24 jam perlu bergerak. Badan kita perlukan rehat dan tidur yang cukup. Tahukah anda ketika tidur dan rehat badan juga membakar kalori dan membantu dalam proses penurunan berat badan menjadi lebih teratur. 

8. Tingkatkan Metabolisme Badan

Metabolisme badan bermaksud proses menukar apa yang kita makan menjadi tenaga. Jika metabolisme badan kita rendah, maka kita agak susah untuk turun berat badan dengan cepat. Terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan metabolisme badan kita antaranya bersenam dan makan makanan yang membantu meningkatkan metabolisme badan dan ada banyak lagi caranya. 

Dan untuk pengetahuan anda, metabolisme badan bagi setiap orang adalah berbeza bukan hanya kuantiti makanan yang kita makan atau berapa banyak senaman yang kita buat malah ia juga dipengaruhi  mengikut faktor jantina, peringkat umur, aktiviti harian dan lain-lain lagi. 


Baiklah sekian sahaja perkongsian Lisa mengenai tips untuk kuruskan badan lebih cepat dan selamat. Bagi anda yang sedang berusaha untuk turun berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan berusaha dan tambahkan lagi pengetahuan anda mengenai ilmu kesihatan badan. 


No comments:

Powered by Blogger.