Pakej Perkahwinan Johor Bahru di Opero Hotel


August 01, 2024

Zaman sekarang semakin mudah untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana dengan adanya pelbagai pakej perkahwinan dimana bukan sahaja makanan untuk para tetamu disediakan malah tempat atau dewan majlis serta pelamin juga pihak pakej perkahwinan boleh sediakan. Begitulah pakej perkahwinan yang diadakan oleh pihak Opero hotel Johor Bahru di mana mereka membantu pihak pengantin untuk menyediakan segala keperluan perkahwinan dan memudahkan urusan mereka.






Ini termasuklah pelamin, makanan untuk para tetamu yang hadir, dewan ballroom, serta beberapa pakej yang lain. Untuk pengetahuan anda, pakej perkahwinan Johor Bahru di Opero Hotel mempunyai 4 tema perkahwinan di mana anda boleh pilih mengikut kesukaan anda iaitu pakej perkahwinan tema Melayu, Cina, India dan Barat. 








Setiap tema yang dipilih mempunyai tema menunya tersendiri. Dibawah adalah contoh menu yang telah disediakan oleh pihak Opero Hotel. Bagi tema pakej perkahwinan Cina, menu untuk 1 meja adalah serendah Rm1888 dan manakala menu pakej perkahwinan Melayu adalah serendah Rm1500. Setiap menu ini boleh diubah mengikut kesesuaian dan citarasa anda. 













Untuk dewan ballroom, boleh memuatkan sebanyak 450 tetamu di mana terdapat 45 meja maksimum yang boleh diletakkan dalam dewan majlis perkahwinan. Setiap meja pula, pihak Opero Hotel menyediakan 10 kerusi untuk para tetamu yang hadir supaya lebih selesa dan tidak terlalu padat. 






Setiap pakej perkahwinan yang disediakan termasuklah

-Makanan dan minuman para tetamu
-Tempat persalinan pengantin dan bilik.
-Majlis potong kek untuk pengantin
-Serta pakej penginapan untuk pengantin besama sekali sarapan pagi disediakan. 
-Dan ada beberapa pakej yang lain juga disediakan.













Di atas ini adalah sampling makanan yang bakal dijamu oleh para tetamu yang hadir. Semua makanan di sini sangat sedap dan menarik cara persembahannya.

Ada beberapa vendor lain juga menyertai pakej perkahwinan bersama Opero Hotel antaranya adalah


Pakej pakaian pengantin

Esme
Pakej photography dan videography

Pakej Koordinasi perkahwinan

Pakej doorgift









Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pakej perkahwinan Johor bahru di Opero Hotel, anda boleh menghubungi seperti di bawah.

Email: hello@operohotel.com
Phone Number: 607-337888
Alamat: No.2 Jalan Southkey 1/2. kota Southkey,
80150 Johor Bahru, Johor.


No comments:

Powered by Blogger.