Panduan Bisnes Delivery Makanan Yang Popular Tahun 2020


June 07, 2020
Semasa Lisa kecil, Lisa ingat lagi kata-kata ibu Lisa, beliau pesan kalau adik nak buat bisnes buatlah bisnes yang berasakan produk keperluan di mana setiap hari orang memang mencari produk tersebut. Antara bisnes yang merupakan keperluan asas manusia adalah bisnes produk makanan di mana tanpa makanan manusia tidak boleh hidup dan ia juga merupakan sumber tenaga bagi badan manusia. Jika bisnes produk kehendak seperti buku, gadget atau keperluan dapur mereka tidak membeli hari-hari. Mungkin hanya setahun 2 atau 3 kali sahaja bergantung kepada ketahanan produk itu sendiri. Jika produk tersebut tahan lama maka lebih lama mereka mengambil masa untuk membelinya semula. Tidak hairanlah pada musim covid-19 ini ramai yang mencari peluang untuk membuat bisnes makanan secara delivery kerana ia merupakan salah satu keperluan hidup bagi kebanyakan mereka yang mungkin malas untuk masak atau mahu tukar selera dengan merasai air tangan orang lain pula. 



Lisa sangat tertarik sebenarnya dengan bisnes delivery makanan ini dan untuk pengetahuan anda Lisa sendiri pernah membuat bisnes bakery tetapi waktu itu trend bisnes delivery makanan masih belum popular di kalangan rakyat Malaysia. Lisa hanya letak kek di kedai-kedai sahaja. Supaya mudah orang yang datang kedai tersebut terus dapatkan kek yang lisa jual itu. Tetapi risiko dan kelemahan untuk sistem tersebut adalah Lisa mudah dapat kerugian kerana kita tidak dapat anggar berapa orang yang mahu beli kek tersebut dan jika tidak terjual lebih 2 atau 3 hari, Lisa terpaksa lupuskan ia dan sudah termasuk dalam kos kerugian. 

Disebabkan itulah Lisa rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang bisnes delivery makanan ini di mana banyak kebaikan dan keuntungan yang boleh anda perolehi tanpa memikirkan kos kerugian sepertimana yang Lisa pernah alami sebelum ini. 

Di sini Lisa nak kongsikan tentang panduan membuat bisnes delivery makanan bagi anda yang sedang merancang untuk buat bisnes makanan ini dari rumah sahaja tapi sebelum itu lisa nak beritahu kepada anda mengapa anda perlu mulakan bisnes delivery makanan ini sekarang?

  • Bisnes makanan delivery tidak perlukan kos modal yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai restoran mahupun kedai makan. Paling kurang Rm10 000 anda perlu ada di tangan untuk membuka kedai makanan. Itu belum lagi cerita tentang kos overhead, kos pekerja dan sebagainya. 
  • Tidak membazir kerana bisnes makanan delivery ini ia bergnatung kepada order yang anda terima. jika hari tersebut anda menerima 10 tempahan maka anda perlu menyediakan 10 tempahan sahaja bukanlah lebih dari itu. 
  • Membina database pelanggan. Dengan adanya sistem teknologi yang canggih, apabila pelanggan menghubungi anda, anda boleh masukkan nama dan contact number mereka sebagai database supaya hari-hari berikutnya anda boleh mengiklankan atau memberitahu kepada mereka tentang penjualan atau promosi yang anda lakukan pada hari tersebut. 
Pada tahun 2020 ini, bisnes makanan viral dan menjadi semakin popular adalah seperti makanan western(spaghetti bolognese), bisnes kek atau pastry, bisnes makanan basah( mee goreng, laksa, bakso, ayam penyet)  dan sebagainya. Maka, waktu inilah anda perlu rebut peluang keemasan bagi menjalankan bisnes delivery ini supaya anda boleh mendapat keuntungan yang setimpal dengan usaha yang diberikan. 

Panduan Membuat Bisnes Makanan Secara Delivery

Tentukan Makanan Apa Yang Ingin Dijual 

Tidak semua makanan sesuai untuk dijual secara delivery tetapi dengan adanya ilmu, Lisa pasti anda boleh lakukannya. Cumanya anda perlu tahu apa makanan yang sesuai untuk dijual secara delivery. Antara makanan yang popular dijual secara delivery adalah makanan kering seperti kerepek, keropok dan sebagainya. Makanan basah juga tidak terkecuali antaranya laksa, bakso, mee goreng, nasi lemak dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, antara tips bagaimana anda mahu tentukan makanan apa yang ingin dijual adalah makanan yang anda dapat pujian daripada suami, rakan-rakan atau pun jiran-jiran terdekat yang pernah merasai makanan anda. Lisa ada seorang sahabat yang sangat hebat dalam masakan bihun goreng. Mungkin ada yang mengatakan 'Ala bihun goreng semua orang boleh masak', tapi tahukah anda disebabkan bihun goreng dia rasa sangat sedap dan lain daripada yang lain maka dia mendapat tempahan yang sangat banyak dan di samping dapat menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. 

Cara Pembungkusan


Jika anda buka kedai makanan hal ini bukanlah isu besar sebenarnya tetapi sekarang ini situasi anda adalah membuat bisnes makanan delivery maka anda perlu tahu ilmu pembungkusan yang betul kerana setiap makanan mempunyai cara yang berbeza-beza untuk membungkus makanan itu supaya lebih tahan lama dan tidak basi. Bayangkanlah jika anda salah bungkus makanan itu dan menyebabkan rasanya tidak enak dan basi membuatkan pelanggan tidak suka untuk membeli daripada anda untuk hari yang seterusnya.

Untuk pengetahuan anda, ilmu pembungkusan makanan dalam bisnes delivery makanan adalah ilmu utama yang sangat penting untuk dituntut. Ilmu pembungkusan ini juga tidak lari dengan waktu atau masa yang anda akan masak makanan tersebut. Ada makanan yang anda boleh masak di awal pagi dan membuat penghantaran waktu petang tetapi ada juga makanan yang anda perlu masak kemudian setelah membungkusnya semua, anda perlu terus membuat penghantaran supaya rasa,bau dan keenakannya masih kekal dapat dirasai oleh pelanggan anda. 

Tentukan Harga Jualan

Selain faktor fizikal makanan tersebut anda juga perlu ada ilmu untuk menentukan harga jualan dengan mengetahui harga kos dan berapa keuntungan yang ingin anda dapatkan bagi setiap jualanan makanan delivery anda. Janganlah salah kira dalam menentukan harga jualan ini kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada diri anda sendiri.

Mengikut pengalaman Lisa sendiri, tanpa ilmu di dada Lisa telah mengalami beberapa kali kerugian dalam menjalankan bisnes makanan ini dan membuatkan Lisa hampir putus asa untuk meneruskan bisnes makanan. Namun begitu, setiap kegagalan pasti ada jalan keluar untuk kita berjaya. Tuntut ilmu dengan mereka yang berpengalaman dan anggaplah kesilapan yang pernha kita lalui sebelum ini sebagai harga untuk kita berjaya kelak.

Tentukan Cara Bagaimana Dapatkan Pelanggan


Setelah anda kenal pasti apa yang ingin anda jual dan berapa harga yang telah anda tentukan , kini elemen yang agak penting kerana tanpa mendapatkan pelanggan, bagaimana anda mahu meraih keuntungan. Mudah kata cara bagaimana dapatkan pelanggan ini ia berkait rapat dengan ilmu marketing. Zaman sekarang media sosial di hujung jari sahaja dan terdapat banyak platform marketing yang boleh anda gunakan. Tetapi ia bukanlah dilakukan secara semborono sahaja, perlu ada sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang ini. 

Antara ilmu marketing yang perlu anda tahu dan faham adalah ilmu copywriting, ilmu mengenai media sosial iaitu bagaimana tempat yang sesuai untuk anda lakukan pengiklanan serta ilmu menarik perhatian bakal pelanggan supaya mereka mudah untuk menempah makanan daripada anda. Jangan lupa juga ilmu marketing ini mengajar anda bagaimana untuk anda branding kan diri anda atau produk makanan anda, supaya orang lebih kenal dan senang buat tempahan. 

Perkongsian ini adalah 4 asas yang perlu anda tahu sebelum memulakan bisnes makanan secara delivery. Terdapat lebih 10 panduan yang diterangkan secara detail oleh Abang Speggo yang sangat dikenali dalm dunia bisnes makanan delivery kerana beliau sudah membuat bisnes ini lebih 4 tahun. Pelbagai pengalaman yang dikongsi serta panduan bagaimana mahu bermula bisnes delivery makanan, bagaimana beliau boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual spaghetti dari rumah sahaja. Paling menariknya beliau kongsikan sekali rahsia respei bolognese spaghetti supaya lebih sedap dimakan supaya pelanggan anda boleh membuat repeat order. 

Klik Di Link Ini Untuk Melihatnya lebih lanjut Ebook Bisnes Makan Delivery.

InsyaALLAH smeoga dengan perkongsian ringkas ini dapat beri idea dan sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada anda yang sedang mencari peluang pendapatan hanya dari rumah sahaja. Tak rugi untuk mencuba peluang bisnes delivery makanan ini. 


No comments:

Powered by Blogger.