9 Langkah Menghias Rumah Minimalis Yang Ada Anak Kecil
Mempunyai anak yang sedang meningkat umur dengan pelbagai ragam dan keaktifan yang ditunjukkan, sekali sekala membuatkan ibu bapa menjadi agak sedikit tertekan apabila melihat rumah yang selalu bersepah dan kotoran yang dilakukan oleh mereka ada di sana sini. Sedikit sebanyak ibu bapa akan timbul perasaan bagaimana supaya rumah menjadi lebih kemas dan teratur walaupun mempunyai anak kecil. Jika kita sentiasa bertegas supaya mereka tidak boleh menyepahkan barang dan hanya duduk diam sahaja di satu tempat ia bukanlah satu keputusan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian yang dilakukan di negara barat, kanak-kanak yang aktif dan suka sepahkan barang merupakan kanak-kanak yang bijak. Apabila mereka menyepahkan barang itu bermaksud sel-sel otak mereka sedang berhubung dan daya kekreatifan mereka semakin meningkat dengan baik. Bermaksud mereka cuba untuk menghasilkan sesuatu dengan tindakn yang dilakukannya. Tidak salah untuk membiarkan anak-anak menyepahkan barang tetapi biarlah mereka faham bila boleh barang disepahkan dan bila ia perlu dikemaskan.
Tidak dinafikan, Lisa sendiri mempunyai anak yang masih kecil dan sukar untuk mengawal mereka untuk membuatkan rumah sentiasa dalam keadaan kemas. Ia merupakan satu cabaran besar buat Lisa sebenarnya. Tetapi apabila kita sudah tau cara bagaimana untuk mengatasinya maka kita tidak lagi berasa tertekan malah kita sendiri seronok melihat perkembangan mereka.
Mengikut sumber Wikipedia, Minimalis dalam kontek dekorasi adalah membawa maksud mudah, sederhana dan mementingkan keperluan fungsi setiap barang itu. Sebenarnya konsep minimalis ini berasal dari Amerika Syarikat tetapi dipengaruhi sedikit daripada konsep budaya jepun yang mementingkan kesederhanaan. Sebenarnya konsep minimalis ini agak praktikal untuk semua golongan, daripada anak kecil sehinggalah orang tua kerana ia mudah dilakukan dan lebih santai untuk diamalkan. Cumanya anda perlu tahu sedikit sebanyak ilmu minimalis ini untuk dipraktikkan dalm rutin harian kita. Untuk pengetahuan anda konsep minimalis ini bukan terhad kepada dekorasi rumah malah ia juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita seperti ruangan skrin telepon, permainan anak-anak, ruangan dalam kenderaan, cara kita menyelesaikan sesuatu pekerjaan serta sebagainya.
Bagi entry post kali ini, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 10 langkah menghias rumah secara minimalis bagi anda yang ada anak kecil.
Tidak dinafikan, Lisa sendiri mempunyai anak yang masih kecil dan sukar untuk mengawal mereka untuk membuatkan rumah sentiasa dalam keadaan kemas. Ia merupakan satu cabaran besar buat Lisa sebenarnya. Tetapi apabila kita sudah tau cara bagaimana untuk mengatasinya maka kita tidak lagi berasa tertekan malah kita sendiri seronok melihat perkembangan mereka.
Apa Itu Konsep Minimalis?
Mengikut sumber Wikipedia, Minimalis dalam kontek dekorasi adalah membawa maksud mudah, sederhana dan mementingkan keperluan fungsi setiap barang itu. Sebenarnya konsep minimalis ini berasal dari Amerika Syarikat tetapi dipengaruhi sedikit daripada konsep budaya jepun yang mementingkan kesederhanaan. Sebenarnya konsep minimalis ini agak praktikal untuk semua golongan, daripada anak kecil sehinggalah orang tua kerana ia mudah dilakukan dan lebih santai untuk diamalkan. Cumanya anda perlu tahu sedikit sebanyak ilmu minimalis ini untuk dipraktikkan dalm rutin harian kita. Untuk pengetahuan anda konsep minimalis ini bukan terhad kepada dekorasi rumah malah ia juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita seperti ruangan skrin telepon, permainan anak-anak, ruangan dalam kenderaan, cara kita menyelesaikan sesuatu pekerjaan serta sebagainya.
Bagi entry post kali ini, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 10 langkah menghias rumah secara minimalis bagi anda yang ada anak kecil.
Ruangan Luas Dan Lapang
Fitrah seorang anak kecil suka kawasan lapang kerana mereka suka berimaginasi, apa yang akan mereka bina atau apa yang akan berlaku di hadapan mereka sebab itu lah anda akan sering mendengar dialog ini 'Mama, nanti Fareeq akan build spaceship here and all the astronaut will come". Ini antara contoh sahaja. Dialognya lebh kurang begitu. Bermaksud anak-anak ini akan suka kawasan yang lapang. Jika tidak percaya cuba anda bwa mereka ke padang bola mahupun taman permainan yang luas, mereka melompat dan berlari dengan girangnya. Jangan disekat fitrah kanak-kanak.
Bagi anda yang mempunyai rumah tidak besar atau hanya sederhana sahaja , anda juga boleh menyediakan kawasan yang lapang untuk anak-anak ini bermain terutama sekali di kawasan ruang tamu di mana kawasan ini adalah tempat utama semua ahli keluarga berkumpul.
Barangan Rumah Yang Sedikit Tidak Terlalu Penuh Dan Padat
Langkah kedua ini berkait rapat dengan langkah yang pertama kerana anak suka kawasan luas dan lapang maka barang dalam rumah tidak boleh terlalu banyak dan nampak padat. Dengan konsep minimalis yang menjadi trend masa kini, membuatkan ia lebih mudah untuk menyusun barang dalam rumah. Kita akan lebih fikir hanya barang keperluan sahaja yang perlu ada dalam rumah tersebut. Barangan yang tidak perlu haruslah dikeluarkan dari rumah kita.
Jika rumah terlalu banyak barang dan nampak sangat padat membuatkan anak kecil tidak selesa dan seolah-olah kita menyekat aktiviti mereka untuk bermain dan menjadi aktif walaupun di dalam rumah.
Artikel Berkaitan: 5 Teknik Asas Konmari
Barang Perhiasan Yang Bukan Terdiri Daripada Kaca Atau Benda Tajam
Ya, Lisa faham sebagai seorang wanita kita sukakan barang perhiasan yang cantik tambahan pula jika anda kaki travel sudah tentu anda akan membeli barangan dari luar negara untuk dijadikan sebagai kenangan antara yang popular dan sering dibeli oleh ibu-ibu adalah pasu seramik dari Turki, pasu kaca yang melambangkan zaman terdahulu dan sebagainya. Tetapi memandangkan kita mempunyai anak yang masil kecil, perkara ini perlu diambil kira.
Kerana ia melibatkan keselamatan anak kecil serta jika berlakunya kemalangan kecil dalam rumah menyebabkan pasu tersebut jatuh dan menyebabkan ia pecah, maka rugi sangat beli dengan harga yang tinggi. Maklumlah kanak-kanak suka berlari sana sini, melompat ke atas ke bawah, kebarangkalian untuk ada kemalangan kecil di rumah sangat tinggi.
Bagi mengelakkan situasi ini berlaku maka, simpanlah dulu hobi atau minat kita terhadap barang perhiasan kaca mahupun perhiasan yang ada unsur tajam. Jika anda maish mahu menghias rumah dengan barangan tersebut, anda ada pilihan untuk meletaknya di tempat yang lebih tinggi sehingga anak tidak dapat mencapainya.
Pilihan Carpet Yang Mesra Kanak-kanak
Terdapat pelbagai jenis carpet di pasaran. Ada yang jenis bulu haiwan, polister, nilon, frieze dan sebagainya. Carpet ini memainkan peranan penting dalam menghias rumah terutama sekali bagi anda yang ada anak kecil kerana mereka akan membuat kotoran di atas karpet(kadang-kadang tertumpah makanan) atau ada juga anak kecil yang sangat sensetif dengan jenis carpet yang tertentu. Sebagai contoh anak Lisa yang kedua mempunyai kulit yang sensitif dengan jenis carpet tertentu dan menyebabkan dia mempunyai minor eczema semasa dia bayi. Apabila Lisa tukar jenis carpet di ruangan yang dia biasa main, alhamdulillah nampak perubahan kulitnya.
Bagi anda yang tidak mahu pening kepala mengenai membersihkan carpet setelah anak membuat kotoran, anda boleh pilih warna gelap seperti maroon, hitam, biru gelap dan sebagainya supaya kotoran tidak jelas kelihatan walaupun sudah dibersihkan. Bagi jenis carpet yang mudah dibersihkan adalah carpet nilon atau lebih mudah lagi anda boleh sahaja beli carpet kanak-kanak.
Antara contoh carpet yang boleh diletakkan di ruang tamu dengan konsep minimalis dan mesra kanak-kanak. Boleh klik di link ini untuk pembelian.
Carpet ini sesuai diletakkan di bilik atau sudut tempat kanak-kanak bermain.
Boleh klik di link ini untuk pembelian.
Sediakan Sudut Atau Ruangan Permainan Kanak-kanak
Bukan setakat kanak-kanak sahaja suka jika mereka diberi ruangan khas untuk mereka bermain, malah kita yang dewasa ni juga tentu gembira apabila mempunyai ruangan khas untuk kita membuat kerja atau membuat aktiviti tertentu. Maka perkara ini jangan dipandang enteng, penting sangat dan ia merupakan salah satu elemen yang perlu ada dalam setiap rumah yang mempunyai anak kecil. Mungkin jika anda mempunyai rumah besar dan banyak bilik anda boleh khaskan sebuah bilik untuk anak-anak anda bermain di dalamnya tetapi jika ruangan rumah anda sederhana, anda boleh sediakan ruangan atau satu sudut untuk anak anda bermain.
Maklumkan kepada mereka bahawa sudut tersbeut adalah mereka punya dan mereka bebas boleh membuat sepah di situ. Di luar kawasan tersebut mereka dilarang untuk membuat sepah mahupun membawa keluar barangan permainan mereka. Tetapkan beberapa peraturan kepada anak-anak supaya mereka faham di mana had kawasan yang mereka boleh bebas.
Anda juga boleh membeli castle atau pondok-pondok untuk anak-anak bermain seperti di bawah.
Anak-anak sudah pasti akan menyukainya apabila mereka ada sudut atau kawasan tertentu untuk mereka bermain seperti castle ini.
Boleh klik link ini untuk pembelian.
Barangan Yang Penting Disimpan Dan Barangan Tidak Penting Dikeluarkan
Bukan mudah untuk melakukan konsep minimalis dalam rumah ini tetapi sekali anda mula melakukan dan mengamalkannya, anda sendiri rasa betapa seronoknya rumah kelihatan mudah untuk mengemas dan menarik di mata kita. Untuk langkah seterusnya ia agak mencabar sedikit bagi mereka yang mempunyai penyakit ' hoarding disorder' iaitu penyakit suka menyimpan barang-barang lama dan barangan bukan keperluan dan menyebabkan rumah menjadi penuh dan padat. Bayangkanlah jika rumah kita dipenuhi barang, sangat kasihan kepada development anak-anak ini.
Ambillah beberapa hari atau minggu untuk fikirkan barangan mana yang penting dan perlu disimpan dan barangan yang mana tidak penting dan sepatutnya perlu dikeluarkan dari rumah. Lisa beri contoh mudah iaitu pinggan mangkuk. Ada setengah wanita mereka membuat koleksi banyak sangat pinggan mangkuk sedangkan pinggan dan mangkuk harian yang digunakan hanyalah 3 hingga 5 sahaja, sepatutnya yang selebihnya perlu dikeluarkan dari rumah. Mungkin ada yang berkata nanti jika ada majlis di rumah atau tetamu datang, perlulah hidang menggunakan pinggan mangkuk tersebut. Ya memang betul tetapi sebenarnya, untuk memudahkan si tuan rumah anda ada pilihan untuk menggunakan pinggan mangkuk kertas sahaja. Ia nampak lebih fleksible dan mudah. Tak perlu tuan rumah penat nak cuci pinggan mangkuk kerana selepas tetamu guna dan mereka terus membuangnya.
Itu belum cerita tentang tetamunya terdiri daripada kanak-kanak. Bayangkanlah jika kanak-kanak menggunakan pinggan mangkuk kesayangan anda kemudian terpecah. Tentu ada perasaan sedih dan geram kan?
Pada zaman sekarang, manusia suka mudah dan lebih fleksible.
Pakaian Yang Tidak Terlalu Banyak
Sejujurnya Lisa mempunyai masalah mengenai pakaian yang terlalu banyak. Tidak kisahlah pakaian diri sendiri mahupun anak-anak. Ini disebabkan nafsu seorang perempuan yang suka akan 'Sale' dan 'Promotion' yang ditawarkan oleh pasaraya mahupun kedai baju. Apabila Lisa mula mengikuti episod Konmari tidying up, Lisa mula belajar bagaimana untuk mengasingkan baju keperluan dan baju kehendak. Bagi baju keperluan kita perlu simpan dalam almari yang biasa kita mahu pakai. Bagi baju kehendak kita perlu sedekah kepada orang yang lebih memerlukannya atau buang sahaja. Bagi Lisa, lebih suka memberi kepada mereka yang memerlukannya berbanding buang pakaian tersebut kerana kondisinya masih elok dan cantik.
Apabila anda buat sesi pengasingan baju, barulah anda nampak mana baju yang betul-betul anda selalu pakai dan mana baju yang anda jarang sangat pakai tetapi anda masih mahu menyangkut dan menyimpannya di dalam almari anda.
Apabila ianya terjadi kanak-kanak yang melihat baju terlalu banyak dalam almari membuatkan mereka suka untuk mengeluarkannya dan bermain dengan pakaian tersebut. Hal ini menyebabkan ibu-ibu akan rasa ingin marah kepada mereka sedangkan itu sudah fitrah kanak-kanak yang suka bermain dengan apa barang dihadapan mereka.
Make It Simple
Cuba fahami maksud minimalis itu sendiri. Seperti Lisa terangkan di perenggan atas, konsep minimalis ini adalah konsep yang mementingkan 'simple' dan minimum yang boleh dan mementingkan kesederhanaan. Bermaksud konsep rumah tersebut nampak kemas dan simple. Anda tidak rasa serabut dan anak-anak juga rasa lebih tenang dengan konsep minimalis ini.
Tahukah anda jika rumah yang terlalu padat dan nampak banyak barang, membuatkan penghuni rumah tersebut mudah emosi dan fikiran sentiasa rasa berkecamuk. Sebab itu bila fikiran kita serabut kita akan pergi tempat yang lapang dan kawasan yang tidak crowded tetapi nampak indah.
Begitu jugalah dekorasi rumah yang simple dan bersederhana adalah lebih sesuai untuk anda yang mempunyai anak kecil.
Klik di link ini untuk melihat bagaimana seorang penasihat hiasan dalaman boleh membantu anda mendekorasi rumah yang nampak elegan tetapi dalam bajet yang rendah.
Amalkan 5S ( Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal)
Bukan sahaja di sekolah atau di tempat kerja perlu amalkan 5S ini tetapi dalam rumah juga perlu dipraktikan. Dan untuk pengetahuan anda konsep 5S ini adalah lebih kurang sahaja dengan konsep minimalis di mana anda perlu sisihkan barangan, kemudian anda menyusunnya mengikut kategori, sapu atau bersihkan rumah anda, pastika semuanya nampak kemas dan elok serta jangan lupa sentiasa amalkannya.
Dengan 5S ini diamalkan, anda tidak akan berasa mudah penat dengan adanya anak kecil yang sedang aktif kerana apabila mereka selalu nampak anda lakukan 5S ini di hadapan mata mereka, secara tidak langsung anda sedang mendidik mereka untuk melakukan perkara yang sama. Dari kecil anda dah didik mereka untuk menyusun permainan setelah habis main kemudian jangan lupa dibersihkan dan selalu melakukannya. Pernah tak anda lihat anak kecil sibuk nak pegang penyapu bila anda pegang penyapu. Apabila anda tengah vacuum rumah, mereka juga akan sibuk nak pegang vacuum tersebut. Itu sebenarnya didikan tak langsung yang mereka belajar daripada anda.
Alhamdulillah semoga dengan perkongsian tentang 9 langkah menghias rumah minimalis yang ada anak kecil ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan idea untuk anda praktikkan di rumah demi keselamatan dan development anak-anak anda sekalian. Sebarang cadangan atau perkongsian anda tentang minimalis ini boleh ditulis di ruangan komen dan Lisa suka untuk membacanya di samping dapat bertukar-tukar ilmu dengan anda. Sekian terima kasih.
Jangan lupa tekan button 'SHARE' supaya lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana amalkan konsep kesederhanaan ini.
No comments: