6 Jenis Alat Wangian Rumah Dan Cara Penggunaannya Yang Betul


July 11, 2022
6 Jenis Alat Wangian Di Rumah Dan Cara Penggunaannya yang betul | Bagi anda yang ragu-ragu untuk memilih alat wangian rumah yang mana lebih tahan lama dan selamat untuk digunakan dirumah serta ingin mengetahui cara penggunaannya yang betul, di sini saya kongsikan 6 jenis alawat wangian rumah yang sering dan popular di kalangan mereka pecinta pewangian rumah.




Sejujurnya, saya bukan jenis yang suka wangian rumah ini tetapi sejak ada anak kecil, bagi saya wangain rumah ini sangat penting memandangkan anak-anak ini sering berpeluh, ada bauan yang kurang menyenangkan yang datang dari pampers mereka serta apabila adanya wangian rumah ini seolah-olah ia menyegarkan mood dan emosi kita.

Dan saya juga suka apabila pergi ke hotel, kita akan bau yang menyegarkan dan rasa fikiran lebih tenang. Di bawah ini, terdapat 6 jenis alat wangian rumah yang perlu anda kenali terlebih dahulu sebelum memilih jenis wangian.


1. Scented Candle


Ada yang bertanya scented candle ni perlu dinyalakan lilinnya 24jam ke? Jika begitu sudah tentu, ia akan cepat habis. It's like you burn your money. Oh tidak ya!! Cara penggunaannya adalah nyalakan api lilin tersebut 2-3 jam sahaja, sejam pertama untuk wangian mula tersebar di seluruh bilik dan jam seterusnya barulah bilik betul-betul wangi. Selalunya orang akan pasang lilin ni, ketika pagi dan waktu petang. Kerana ketika itulah, bauan rasa lebih segar untuk dihidu dan disebarkan.

Bagi anda yang ada anak kecil memang perlu berhati-hati, kerana api lilin ini agak bahaya. Anda perlu tempatkannya di ruangan atas yang lebih tinggi supaya anak kecil tidak dapat capai dan pastikan ia jauh dari langsir.

Antara yang famous brand: Scented candle

2. Electric Fragrance Diffuser


Electric Fragrance Diffuser ni dia lebih kepada proses pengewapan dan wangian tu dilepaskan di udara. Antara jenama yang terkenal adalah Young Living. Walaupun, ia terkenal dengan harga yang agak mahal tetapi bagi saya ia berbaloi dengan hasilnya. Tetapi ada juga pilihan electric fragrance diffuser yang mempunyai harga mampu milik. Anda boleh lihat link di bawah ini.


Kebiasaannya, saya suka pasang diffuser ini ketika sepanjang waktu malam. Memandangkan semasa kami duduk di Dubai, udara di sana agak kering dan sedikit sebanyak dengan memasang diffuser ini, disamping dapat menyebarkan bauan yang menyegarkan, ia juga dapat melembapkan bilik tidur.


3. Essential oils Burners


Konsep essential oils burners ini lebih kurang dengan electric fragrance diffuser tapi ia menggunakan tea-light or candle kecil tu. Dan wangian eo tu akan tersebar ke udara. Selalunya ia ambil masa 15 minit ke atas baru wangiannya mula tersebar. Yang bagusnya eo burners ni, ia jimat elektrik dan batri.

4. Fragrance Reed Diffuser


Alat wangian ni antara yang terkenal juga untuk mereka yang sukakan wangian rumah. Sebab ia senang. Dan ia menggunakan wick system. Ada bamboo stick, yang menyerap wangian dan sebarkannya ke udara. Tapi ia lebih tepat digunakan kawasan yang kecil contohnya tandas rumah, bilik tidur kecil. Dan sudah tentu ia jimat. Sebab tiada penggunaan bateri, elektrik mahupun api pemanas.

Yang ni antara bau best and jenama yang ramai orang suka: Fragrance Reed Diffuser


5. Home Fragrance Spray

Yang ni pun ramai yang pakai sebab senang tapi penggunaannya yang betul adalah ia spray di bahagian atau sudut yang anda mahu hilangkan bau yang tidak senang sahaja. Bukannya spray di udara secara rawak. Baunya hanya sementara sahaja. Kecuali ada tetamu datang secara tiba-tiba.
Boleh juga spray di langsir, sarung tilam, pakaian dan sebagainya.

Dapatkan di sini: Home Fragrance Spray


6. Wall Fragrance


Wall fragrance ini biasanya dipasang sepanjang hari dan ia bertahan selema lebih sebulan mengekalkan bauan di ruangan bilik mahupun di ruang tamu. Anda tidak perlu untuk menutup suiznya, biarkan sahaja jika anda mahu mengekalkan bauannya tersebar ke suluruh kawasan rumah. Jika ruangan rumah anda besar maka, anda boleh tambahkan 1 hingga 2 wall fragrance.

Saya suka dengan jenama Bath Body Works bagi wall fragrance ini.

Anda boleh lihat di link ini, di mana terdapat banyak jenis wangian yang menarik dan sedap baunya.



Fragrance Refill: https://shope.ee/9ehdCZJ0JE


Semoga dengan perkongsian tentang 6 jenis alat wangian rumah dan cara penggunannya yang betul ini dapat membantu anda untuk pilih jenis alat wangian rumah yang sesuai dengan keperluan dan cara hidup anda.


No comments:

Powered by Blogger.