Pengalaman Dan Tips Mengajar Anak Berpuasa
Tahun ini merupakan tahun pertama kami mengajar anak berpuasa dan ia merupakan pengalaman baru buat Lisa dan suami. Sebelum kami mengajar anak berpuasa, pelbagai ilmu yang kami pelajari untuk megajar anak berpuasa secara konsisten dan boleh diaplikasikan kepada anak kami, Fareeq. Mungkin ada dikalangan anda sudah mula ajarkan anak berpuasa sejak umur 4 tahun, itu sudah bagus sebenarnya kerana memperkenalkan anak tentang puasa itu bagaimana tetapi umur tersebut sebenarnya terlalu awal untuk memahami maksud sebenar berpuasa. Sebab itulah, Lisa dan suami mengambil keputusan untuk mengajar Fareeq berpuasa ketika umurnya 5 tahun 5 bulan. Ketika ini Fareeq sudah mula faham tentang kehidupan orang Islam dan mengapa orang Islam dituntut untuk berpuasa.
Semasa tempoh pembelajaran ini kami tak mengharapkan Fareeq untuk berpuasa penuh tetapi cukuplah dia faham puasa itu bagaimana dan maksud disebalik puasa itu. Tambahan pula, dalam Islam dan ramai ustaz ustazah menyarankan mengajar anak berpuasa ketika mereka umur 6 hingga 7 tahun kerana usia ini mereka sudah boleh faham sedikit sebanyak tentang Ramadhan. Walaupun ketika usia ini mereka masih merangkak untuk berpuasa tetapi tidak mengapa,keran ini adalah tempoh pembelajaran. Tidak konsisten pun tak mengapa yang penting mereka sudah mahu untuk ikut ibu bapa berpuasa.
Lisa ingat lagi antara dialog lucu yang diutarakan oleh Fareeq
“Ma, fareeq lapar”
“Fareeq pergi la main”
“Tapi main tak buat fareeq kenyang”
Lisa dah nak gelak besar sebab betul juga dia cakap tapi tujuan Lisa cakap macam tu untuk alihkan perhatian dia.
“Ha atau pun fareeq pergi la tidur”
“Tapi tidur tak boleh buat fareeq kenyang. Yang buat fareeq kenyang only makan. Not playing. Not sleeping”
Dia dah mula nak bagi tazkirah dah pada Lisa. Sabar je lah anak-anak ni.
Selain itu, ada juga Fareeq cakap
“Ma, I think this clock is not working”
“Ma, I think I hear strange sound from my tummy”
“Ma, fareeq rasa nak makan”
“Ma, please ma... “
“Ma, Sarah suruh Fareeq makan”
Macam-macam lagi persoalan dan dialog yang Fareeq sampaikan. Biasalah anak kecil sudah tentu mencuba nasib untuk beri peluang ke atas dirinya supaya tidak berpuasa. Tapi sebagai ibu bapa Lisa tidaklah sekejam mana pun, Lisa tengok juga keadaaan dia berpuasa. Pernah sekali tengok muka Fareeq nampak macam sangat penat dan tak bermaya sampaikan dia menangis. Lisa terus bagi dia berbuka puasa.
Selepas dapat makan nasi,ikan dan sayur barulah muka dia kembali senyum dan kembali melompat sana sini.
Lisa rasa ingin berkongsi tips mengajar anak berpuasa dengan pembaca sekalian. Jika anda sedang mencari tips mengajar anak berpuasa, Lisa pasti tips ini sangat berguna untuk anda.
Maksud memperkenalkan anak tentang puasa pada usia 5 hingga 7 tahun bukanlah bermakna menyuruh mereka berpuasa penuh 30 hari Ramadhan tetapi cukuplah mereka tahu puasa itu bagaimana. Menahan diri daripada lapar dan dahaga serta dituntut untuk meninggalkan perkara yang mungkar dan melakukan kebaikan. Pada usia ini anak dah mula faham dan pandai untuk mengikut kita yang dewasa ini melakukan puasa ketika Ramadhan. Tambahan pula, usia ini amat sesuai untuk tempoh pembelajaran dalam akademi Ramadhan. Lagi menguatkan mereka ingin berpuasa apabila melihata rakan disekolah juga berpuasa.
Dua Minggu sebelum kedatangan Ramadhan, ibu ayah berceritalah tentang apa itu Ramadhan, bagaimana kita menyambutnya dan ada apa dalam bulan Ramadhan. Jangan lupa ceritakan juga betapa seronoknya berpuasa dan menunggu saat-saat untuk berbuka puasa. Jika di negara Arab di sini, mereka akan menyambut Ramadhan sangat meriah. Mereka akan menghias rumah secantik dan seindah yang mungkin. Anak-anak akan membantu ibu ayah untuk menghias rumah dan anak-anak ini mempunyai ruang ramadhan mereka sendiri dan mereka boleh menghias sudut tersebut mengikut kesukaan mereka.
Maksud Lisa tetapkan matlamat untuk setiap hari adalah berikan mereka peluang untuk berpuasa mengikut masa berperingkat seperti contohnya hari pertama tetapkan mereka berpuasa hanya sampai pukul 12 tengahari sahaja kemudian boleh berbuka. Bila ibu ayah nampak mereka mampu berpuasa setengah hari kemudian lanjutkan kepada 1 hingga 3 petang dan apabila mereka mampu seterusnya tetapkan mereka berpuasa sehingga matahari terbenam. Kanak-kanak ini sangat suka matlamat atau tujuan yang jelas, sebab itu lah bila kita tetapkan masa untuk mereka berpuasa pada peringkat awal mereka akan mudah untuk melakukannnya.
Anda sebagai ibu bapa sudah tentu apa kegemaran makanan mereka selain candy dan chocolate. Macam anak Lisa, si Fareeq ni sangat suka noodle dan nasi makan dengan ikan goreng. Makanya Lisa memang akan masak masakan kegemaran dia dan Fareeq juga akan sangat teruja apabila waktu berbuka sebab dia tahu dia akan menikmati makanan kegemaran dia. Sekali sekala Lisa buat surprise iaitu letakkan biskut dan chocolate kegemaran dia.
Kanak-kanak sangat rutin harian. Oleh itu ibu bapa perlu tetapkan jadual aktiviti mereka sepanjang Ramadhan. Mungkin ibu bapa boleh selitkan aktiviti bermain, mengaji, membaca buku, jalan di luar rumah dan sebagainya. Ataupun boleh juga buat jadual seperti di bawah dan jika mahu lebih mudah anda boleh dapatkan ia di Shopee, banyak di website shopee menjual diari ramadhan serta jadual untuk kanak-kanak ini berpuasa.
Lisa masih ingat lagi ketika Lisa berusia 5 hingga 7 tahun, masa tu mak abah nak ajar kami adik beradik berpuasa maka mak abah berikan duit untuk setiap hari kami berpuasa. Semuanya rasa teruja. Pada pagi raya kami adik beradik akan tengok berapa duit raya yang kami dapar berdasarkan jumlah kami berpuasa. Masa itu kita akan rasa semakin semangat nak berpuasa penuh untuk tahun seterusnya. Mungkin ada yang kata cara ini akan memanjakan anak dan membuatkan anak jadi tak ikhlas berpuasa. Kita perlu faham bahawa kanak-kanak masih tidak faham maksud ikhlas, yang mereka tahu kegembiraan melakukan sesuatu. Sebagai permulaan tidak mengapa untuk hadiahkan mereka sesuatu kerana mereka berusaha untuk berpuasa, bila umur mereka meningkat dewasa mereka sendiri akan faham mengapa perlu berpuasa supaya nak ALLAH sayang.
Setelah mereka mampu berpuasa tidak kisahlah separuh hari atau sepenuhnya, tetapi berikanlah kata-kata pujian kepada mereka supaya mereka lebih bersemangat untuk berpuasa. Contohnya:
"Wah, hebatnya abang/kakak dapat berpuasa."
"Bagusnya anak mama dapat berpuasa. Ni ALLAH sayang nih"
Selalulah beri kata-kata positif terhadap anak-anak kita kerana mereka sangat dahagakan kata-kata positif supaya minda bawah sedar mereka juga dapat berinteraksi dengan baik.
InsyaALLAh semoga dengan perkongsian pengalaman dan tips mengajar anak berpuasa ini dapat memberi sedikit sebanyak idea kepada anda sebagai ibu bapa yang baru ingin mengajar anak berpuasa. Please keep on your mind that anak-anak ini tidak suka dengan perubahan yang drastik maka selalulah buat sesuatu perkara kepada mereka secara berperingkat. Lama-lama mereka akan menyukainya.

Tips Mengajar Anak Berpuasa
1. Perkenalkan anak tentang puasa pada umur 5 hingga 7 tahun
Maksud memperkenalkan anak tentang puasa pada usia 5 hingga 7 tahun bukanlah bermakna menyuruh mereka berpuasa penuh 30 hari Ramadhan tetapi cukuplah mereka tahu puasa itu bagaimana. Menahan diri daripada lapar dan dahaga serta dituntut untuk meninggalkan perkara yang mungkar dan melakukan kebaikan. Pada usia ini anak dah mula faham dan pandai untuk mengikut kita yang dewasa ini melakukan puasa ketika Ramadhan. Tambahan pula, usia ini amat sesuai untuk tempoh pembelajaran dalam akademi Ramadhan. Lagi menguatkan mereka ingin berpuasa apabila melihata rakan disekolah juga berpuasa.
2. Lahirkan Perasaan Teruja Menyambut Ramadhan
Dua Minggu sebelum kedatangan Ramadhan, ibu ayah berceritalah tentang apa itu Ramadhan, bagaimana kita menyambutnya dan ada apa dalam bulan Ramadhan. Jangan lupa ceritakan juga betapa seronoknya berpuasa dan menunggu saat-saat untuk berbuka puasa. Jika di negara Arab di sini, mereka akan menyambut Ramadhan sangat meriah. Mereka akan menghias rumah secantik dan seindah yang mungkin. Anak-anak akan membantu ibu ayah untuk menghias rumah dan anak-anak ini mempunyai ruang ramadhan mereka sendiri dan mereka boleh menghias sudut tersebut mengikut kesukaan mereka.
3. Tetapkan Matlamat Untuk Setiap Hari
Maksud Lisa tetapkan matlamat untuk setiap hari adalah berikan mereka peluang untuk berpuasa mengikut masa berperingkat seperti contohnya hari pertama tetapkan mereka berpuasa hanya sampai pukul 12 tengahari sahaja kemudian boleh berbuka. Bila ibu ayah nampak mereka mampu berpuasa setengah hari kemudian lanjutkan kepada 1 hingga 3 petang dan apabila mereka mampu seterusnya tetapkan mereka berpuasa sehingga matahari terbenam. Kanak-kanak ini sangat suka matlamat atau tujuan yang jelas, sebab itu lah bila kita tetapkan masa untuk mereka berpuasa pada peringkat awal mereka akan mudah untuk melakukannnya.
4. Hidangkan Makanan Kesukaan Mereka Ketika Bersahur dan Berbuka
Anda sebagai ibu bapa sudah tentu apa kegemaran makanan mereka selain candy dan chocolate. Macam anak Lisa, si Fareeq ni sangat suka noodle dan nasi makan dengan ikan goreng. Makanya Lisa memang akan masak masakan kegemaran dia dan Fareeq juga akan sangat teruja apabila waktu berbuka sebab dia tahu dia akan menikmati makanan kegemaran dia. Sekali sekala Lisa buat surprise iaitu letakkan biskut dan chocolate kegemaran dia.
5. Berikan jadual aktiviti harian
Kanak-kanak sangat rutin harian. Oleh itu ibu bapa perlu tetapkan jadual aktiviti mereka sepanjang Ramadhan. Mungkin ibu bapa boleh selitkan aktiviti bermain, mengaji, membaca buku, jalan di luar rumah dan sebagainya. Ataupun boleh juga buat jadual seperti di bawah dan jika mahu lebih mudah anda boleh dapatkan ia di Shopee, banyak di website shopee menjual diari ramadhan serta jadual untuk kanak-kanak ini berpuasa.
6. Berikan Reward atau Hadiah
Lisa masih ingat lagi ketika Lisa berusia 5 hingga 7 tahun, masa tu mak abah nak ajar kami adik beradik berpuasa maka mak abah berikan duit untuk setiap hari kami berpuasa. Semuanya rasa teruja. Pada pagi raya kami adik beradik akan tengok berapa duit raya yang kami dapar berdasarkan jumlah kami berpuasa. Masa itu kita akan rasa semakin semangat nak berpuasa penuh untuk tahun seterusnya. Mungkin ada yang kata cara ini akan memanjakan anak dan membuatkan anak jadi tak ikhlas berpuasa. Kita perlu faham bahawa kanak-kanak masih tidak faham maksud ikhlas, yang mereka tahu kegembiraan melakukan sesuatu. Sebagai permulaan tidak mengapa untuk hadiahkan mereka sesuatu kerana mereka berusaha untuk berpuasa, bila umur mereka meningkat dewasa mereka sendiri akan faham mengapa perlu berpuasa supaya nak ALLAH sayang.
7. Berikan Kata Pujian dan Membuatkan Mereka Gembira

No comments: