Review Baby Carrier Jenama Ergobaby


May 12, 2022

 Terdapat banyak barisan jenama baby carrier di pasaran. Ada yang membeli baby carrier atas faktor kewangan, jenama terkenal, kualiti dan tidak kurang juga hasil rekomendasi dari kawan-kawan mahupun saudara mara terdekat. Lisa percaya jenama Ergobaby merupakan antara jenama yang terkenal dalam mengeluarkan produk baby carier dan terdapat pelbagai jenis baby carrier yang disediakan. 




Sebelum Lisa menggunakan Baby Carrier Ergobaby ini, Lisa sudah menggunakan beberapa jenama baby carrier yang ada dipasaran tetapi disebabkan beberapa faktor, Lisa memilih untuk membeli baby carrier Ergobaby ini. 

Bagi anda yang masih baru menjadi ibu atau mahu memulakan penggunaan baby carrier ini, Lisa nak kongsikan pengalaman Lisa sendiri menggunakan baby carrier jenama Ergobaby. Berikut 6 sebab utama mengapa Lisa pilih Baby Carrier Jenama Ergobaby ini.


Keselamatan Bayi

Bila Lisa baca di berita tempatan, banyak rupanya kes bayi yang ada masalah kesihatan dan keselamatan apabila si ibu salah memilih jenis baby carrier, hal ini menyebabkan bayi tersebut mempunyai masalah tulang belakang, keadaan kaki mereka dan tengkuk bayi. Apa yang membuatkan Lisa tertarik dengan baby carrier jenama Ergobaby ini, ia mempunyai faktor keselamatan yang tinggi iaitu ia ada back support kerana bayi yang masih kecil, tulang belakang mereka masih tak kuat maka perlu ada back support dan mereka juga duduk di dalam baby carrier bukan 5-10 minit tetapi ada ibu-ibu yang pakai baby carrier sehingga 1-2 jam. 

Ergobaby juga ada 'Adjustable hood' di mana tengkuk bayi juga dapat support supaya tiada masalah tengkuk bayi yang masih belum kuat untuk tegak. Selain itu, ia juga adalah ergonomic 'M' support, di mana bayi boleh duduk dalam keadaan M support supaya ia lebih selesa apabila duduk dalam baby carrier. 


Material atau Bahan Pembuatan Baby Carrier 

Ada sesetngah jenama baby carrier yang terutama sekali harganya jauh lebih murah daripada pasaran kebiasaannya bahan yang digunakan mempunyai bahan toxic yang bahaya buat bayi. Bahan yang baik untuk bayi adalah cotton dan Ergobaby menggunakan premium cotton untuk semua produk baby carrier mereka. Dan jika tersalah pilih material, ia juga akan beri kesan melecet kepada kulit bayi. 


Boleh digunakan daripada bayi dilahirkan sehingga kanak-kanak

Mungkin ada dikalangan anda sudah membuat survey tentang harga baby carrier Ergobaby ini, dan ada yang berpendapat harganya agak tinggi berbanding jenama lain. Tetapi bagi Lisa sendiri ia sangat berbaloi kerana ia boleh digunakan sejak bayi dilahirkan sehingga mereka berusia 2 tahun lebih. Ya, Lisa memang menggunakan baby carrier sejak anak lisa dilahirkan seawal 50 hari. Kerana ketika itu Lisa terpaksa travel dari Malaysia ke Dubai dan bawa anak Lisa yang kedua ketika dia berumur 50 hari naik kapal terbang. Baby carrier ini boleh diubah untuk penggunaan bayi dan seterusnya kanak-kanak.

Dan Lisa meneruskan penggunaan baby carrier untuk anak ketiga. 

Ini adalah Infant Insert, di mana kita letakkan bayi di dalam ni, dengan ada sokongan span lembut di bawah punggung bayi. dan materialnya lembut, bayi akan merasakan seolah-olah mereka dipeluk.



Rekomendasi Dari Kawan-kawan

Lisa sangat suka apabila kawan atau saudara sendiri yang recommend barang tersebut kepada Lisa. Kerana kita percaya kepada mereka. Sahabat Lisa yang recommend penggunaan baby carrier dari jenama Ergobaby ini dan dia juga menggunakannya. Lisa tengok bayi dia sangat selesa dalam baby carrier tersebut dan sangat lena. 

Sebelum ini Lisa pernah menggunakan baby carrier jenama A, tetapi bayi nampak tidak selesa dan sering minta untuk keluar dari baby carrier tersebut. Setelah Lisa tukar dan menggunakan Ergobaby ni baru anak Lisa lebih selesa dan mudah untuk tidur dalamnya.


Mudah Dibuka Dan Dipasang

Ada sesetengah baby carrier sangat susah untuk dipakai dan dibuka, malah perlu bantuan orang lain untuk memasangnya di badan kita. Tetapi dengan menggunakan baby carrier Ergobaby ni Lisa boleh pakai sendiri tanpa bantuan suami. Dan apabila anak mula menangis untuk menyusu, Lisa mudah untuk buka dan baringkan di atas pangkuan.




Berkualiti Dan Tahan Lama

Alhamdulillah Lisa dah menggunakan baby carrier ni lebih 3 tahun. Sejak anak kedua sehingga anak ketiga. Anak pertama Lisa tiada ilmu penggunaan baby carrier ni dan kebetulan anak sulung Lisa sangat selesa duduk dalam stroller berbanding dalam baby carrier. Kualitinya sangat bagus dan ia tahan lama dan tahan lasak. Lisa pernah menggunakan baby carrier ini ketika kami travel menunaikan umrah. 


Terdapat beberapa jenis baby carrier jenama Ergobaby. Setiap jenis mempunyai kelebihan dan pemilihan mengikut keperluan anda masing-masing. 




Semoga dengan perkongsian Lisa tentang review baby carrier jenama Ergobaby ini dapat memberi sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat keputusan untuk memilih baby carrier yang bagus untuk anak anda. 

2 comments:

  1. "A great escape from the city buzz! The desert safari in Sharjah offered a serene and tranquil environment, and the activities were both entertaining and informative.

    ReplyDelete
  2. I'm amazed by how soft and silky my hair feels after using saltcream It's a total game-changer

    ReplyDelete

Powered by Blogger.