Lazy Monday Mencatat Malaysia Book of Records, The Biggest Commercial Burger
Lazy Monday telah mencatat Malaysia Book of Records bagi pencapaian mereka dalam mencipta burger komersial yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan anugerah serta pencapaian yang sangat membanggakan oleh ahli kumpulan restoran Lazy Monday.
Dengan pencapaian yang terbesar ini sekaligus membawa nama mereka lebih dikenali bukan setakat warga negeri Johor sahaja malah seluruh Malaysia. Ahli wakil Malaysia Book of Records mengatakan bahawa burger komersial yang terbesar ini adalah bersaiz 58cmx33cm dan memiliki seberat 32kg.
Bukan setakat burger komersial ini mempunyai rekod terbesar sahaja malah ia juga mempunyai keunikannya tersendiri di mana beberapa menu utama dalam restoran Lazy Monday telah diolah dan disatukan dalam satu burger gergasi ini iaitu lapisan daging lembu premium, keju cair, lobster serta sos yang menyelerakan. Menarik bukan?
Majlis penyerahan sijil Malaysia Book of Records dihadiri oleh kakitangan Lazy Monday, para media serta pelbagai pihak berkenaan. Ia dilakukan di cawangan baru Lazy Monday yang terletak di Iskandar puteri 68Avenue.
Menurut wakil Lazy Monday, mereka membuat keputusan untuk membuka 2 cawangan iaitu di Tebing Dato Onn serta Iskandar Puteri kerana Lazy Monday membawa konsep kekeluargaan dan suasana restoran yang disediakan merupakan salah satu tarikan utama kepada para pelanggan yang datang selain menu yang sedap dan menyelerakan.
Selain itu, kualiti yang dijaga juga merupakan perkara asas yang dititikberatkan oleh pihak Lazy Monday. Sebab itu jugalah Lazy Monday mempunyai pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap perjalanan Lazy Monday ini.
Dengan adanya anugerah yang dipegang oleh Lazy Monday ini, ia dapat menaikkan lagi nama Lazy Monday serta mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri Food & Beverage ini. Tidak hairanlah apabila wakil Lazy Monday mengatakan mereka bakal membuka cawangan di seluruh Malaysia dan ia merupakan perancangan akan datang serta pelabagai perancangan lebih besar akan menyusul akan datang.
Tahniah sekali lagi kepada pihak serta kakitangan Lazy Monday yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan ini milik mereka.
orang gelang patah ni tak try lagi makan kat lazy monday.. nanti nk try lah
ReplyDelete