Kenapa Berat Badan Stuck (Plateau) Dan Bagaimana Mengatasinya?


June 15, 2021

 Kebanyakan orang yang mengalami berat badan stuck atau lebih dikenali sebagai Plateau adalah mereka yang sedang menjalani proses turun berat badan dan mengamalkan diet plan yang mereka telan rancang sendiri. Bermaksud daripada berat 80kg contohnya, kemudian setelah mengamalkan diet yang ditetapkan, mereka dapat turun berat 60kg. Namun begitu, 60kg bukanlah berat ideal atau berat yang diimpikan, dan berat ideal mereka adalah 50kg. Walaupun setelah beberapa minggu dan bulan telah mengamalkan cara diet yang sebelum ini sehingga dapat turun 20kg, serta senaman yang dilakukan sebelum ini juga sama tetapi berat masih tidak turun-turun. Stuck di angka yang sama. Ya itulah dinamakan Plateau. 

Plateau


Plateau ini berlaku kerana badan sudah berada di comfort zone(selesa). Sebab itulah ia agak sukar untuk diturunkan. Jika situasi ini sama seperti anda sedang alami sekarang, maka jangan risau dan jangan berputus asa kerana Lisa akan kongsikan beberapa tips mudah yang boleh anda lakukan sehingga angka di penimbang kembali bergeraak secara menurun dan anda boleh kembali tersenyum.


Tips Mengatasi Berat Badan Stuck atau dikenali sebagai Plateau

1. Lebih alert(berhati-hati)  tentang apa yang anda makan. Jangan Lupa Kalori Defisit.

Tahukah anda apabila anda sudah turun berat badan maka kemampuan kalori badan anda untuk membakar juga akan berubah. Seperti Lisa beri contoh di atas, apabila sudah turun 20kg, maka kalori tersebut sudah tidak sama dengan kalori semasa berat 80kg dahulu. Maka anda perlu tahu berapa kalori kemampuan badan anda terbakar untuk berat yang terkini. Kemudian anda boleh merancang jadual pemakanan harian dan lihat berapa kalori yang telah anda makan. Sifir mudah untuk turun berat badan adalah dengan melakukan kalori defisit.


2. Tambahkan Waktu Bersenam dan Intensiti Senaman


Jika sebelum ini anda sudah selesa dengan melakukan senaman kardio selama 1 jam, apa kata anda ubah kepada setengah jam untuk kardio manakala setengah jam lagi untuk weight lifting senaman. Cuba pelbagaikan senaman anda dan lakukan senaman baru yang anda tidak pernah lakukannya sebelum ini. Lisa masih ingat lagi ketika berat badan Lisa stuck di angkat 68-69kg selama 2 bulan lebih, Coach Lisa pernah pesan, beliau kata 'Make your body confuse and out of comfort zone'. Sehingga sekarang Lisa pegang kata-kata itu. 


3. Kurangkan Stress 

Stress merupakan salah satu punca berat badan susah untuk turun, inikan pula apabila anda berusaha untuk kurus tetapi angka di penimbang masih tidak bergerak dan menyebabkan tahap stress anda makin lebih meningkat. Baiklah, sbenarnya kita tidak boleh lari daripada perasaan risau mahupun stress tetapi kita boleh kawalnya dan cuba untuk mengatasinya dengan melakukan perkara yang boleh mengurangkan stress kita seperti membaca buku, menonton rancangan kegemaran, menghabiskan masa dengan keluarga dan sebagainya. 


4. Angka Tidak Turun Tetapi Inci Badan Makin Menurun


Pelikkan tetapi benar. Ada satu rancangan kesihatan ini menyarankan kepada mereka yang ingin turun berat badan, dinasihatkan jangan jadikan angka di penimbang sebagai kayu ukur utama untuk melihat perubahan dalam proses penurunan berat badan. Kerana ia hanyalah angka sahaja tetapi untuk melihat perubahan yang lebih tepat adalah ukur lilit badan kita. 


Mula-mula Lisa pun tak percaya dengan perkara ini tetapi setelah Lisa sendiri alaminya, barulah Lisa faham kenapa kita tidak dianjurkan untuk menjadikan penimbang itu kayu ukur untuk turun berat badan. Ketika Lisa alami fasa Plateau, inci ukur lilit turun sebanyak 2 inci, patutlah banyak baju yang lama sebelum LIsa mengandung, sudah boleh dipakai kembali. Itulah saat paling menggembirakan bagi Lisa.


5. Berpuasa 


Lisa amat menyarankan bagi anda yang sedang mengalami fasa Plateau, anda ada inisiatif untuk berpuasa. Tapi ingat jangan niat berpuasa untuk turun berat badan tetapi lebih kepada ibadah kerana Allah. Puasalah pada setiap isnin dan Khamis. Jika ada puasa sunat seperti di bulan Syaaban dan Rejab, jangan lepaskan peluang tersebut. 


Apabila kita berpuasa, ia dapat membantu membetulkan balik sistem badan kita. Jika nak bercerita tentang kebaikan berpuasa ini, Subhanallah memang banyak sangat hikmahnya. Namun jadikan puasa ini kerana ALLAH, insyaALLAH pahala dapat dan bonus dapat turun berat badan. 


Itulah serba sedikit pengalaman yang Lisa boleh kongsikan dengan anda tentang berat badan stuck atau plateau ini. Lisa nasihatkan jangan stress, Jangan putus asa, teruskan sahaja amalan sihat yang anda sedang lakukan. 





No comments:

Powered by Blogger.