Perbezaan Detail Scan, 2D, 3D, 4D, 5D,6D dan HD


December 06, 2018
Dilema yang sering dihadapi oleh ibu mengandung pada pertengahan usia kandungan adalah yang mana satu scan perlu dibuat. Antara persoalan yang sering dikemukakan oleh ibu mengandung adalah:

Apa perbezaan antara detail scan, 2D, 3D, 4D,5D, 6D dan HD?

Mana satu yang terbaik untuk buat dahulu?

Adakah perlu buat semuanya?

Pada usia kandungan bila perlu dibuat scan semua ini?


Sebenarnya, Lisa juga menghadapi dilema dan mempunyai persoalan yang sama dihadapi oleh ibu mengandung yang lain iaitu apa perbezaan detail scan, 2D,3D, 4D, 5D, 6D dan HD.

Disebabkan terlalu banyak D dan Lisa dan suami pun tidak tahu mana yang terbaik maka kami baru-baru ini bertanyakan persoalan ini kepada pihak yang lebih arif iaitu klinik yang menyediakan perkhidmatan scan baby ini.

Apabila sudah dapat penerangan yang jelas barulah kami faham setiap D tersebut.

Detail Scan


Detail scan sering dilakukan pada usia kandungan 18 minggu hingga 24 minggu. Jika dibuat bawah 18 minggu, bayi terlalu kecil dan kemungkinan beberapa organ tidak jelas kelihatan dan jika buat lebih dari 24 minggu, bayi sudah membesar dan keadaan bayi sudah penuh di rahim. Tujuan membuat detail scan ini adalah untuk melihat struktur organ bayi secara lebih teliti antaranya kepala,muka,jantung,tulang belakang, tangan, kaki, jantina dan termasuklah abdomen iaitu hati, buah pinggang,pundi kencing. Detail scan ini berkait rapat dengan 2D scan. Gambarannya adalah hitam dan putih. Seperti gambar di bawah.

Kita dapat lihat kedudukan perut, jantung dan paru-paru bayi.


Tulang belakang bayi juga boleh kelihatan pada details scan 2D.

3D dan 4D scan 

3D dan 4D scan selalunya adalah untuk melihat wajah bayi lebih jelas sebab itulah jika anda mahu buat 3D dan 4D, usia kandungan perlu melebihi 27 minggu supaya wajahnya lebih jelas kelihatan dan mukanya juga sedikit chubby. 3D dan 4D scan ini biasanya memberi gambaran luar sahaja seperti melihat wajah bayi, tangan dan kaki serta jantina bayi. Pada 4 D scan, ibu bapa dapat lihat sedikit pergerakan bayi ketika itu contohnya ia sedang menguap. Tetapi 3D scan gambar bayi tidak bergerak. Contoh gambaran 3D dan 4D adalah seperti di bawah.




5D Scan

5D scan adalah inovasi dari 4D scan, perbezaannya adalah 5D scan dibuat oleh Samsung dan ia boleh jelas kelihatan bagi kepanjangan tulang kaki dan tangan, jantung dan beberapa organ yang lain. Ia mengambil 9 dimensi pada waktu scan tersebut maka jika ada abnormalities(bermaksud sebarang kecacatan yang diali oleh bayi) boleh dikesan ketika ini. 5D scan boleh dilakukan seawal 18 minggu usia kandungan. 


6D Scan

6D scan ini ia nampak lebih real kerana ibu bapa diminta untuk memakai kaca mata khas apabila membuat 6D scan ini. Seperti anda melihat panggung wayang dan perlu memakai cermin mata khas supaya objek tersebut lebih nampak realistik. 



HD

Hd Scan ini adalah hasil dari 3D dan 4D scan tetapi ia ditambah lagi dengan teknologi pencahayaan supaya nampak kesan bayangan terhadap bayi. Imej lebih kelihatan realistik. 


Baru-baru ini, pada usia kandungan bayi Lisa yang kedua ini nak masuk 22 minggu, Lisa dan suami membuat detail scan 2D dan 5D scan di Sonovision, Kelana Jaya. Disebabkan banyak testimoni dan review yang bagus di Sonovison ini, Lisa rasa terpanggil untuk membuat scan bayi di sini. Alhamdulillah kami dapat sonographer yang bagus dan detail cara penerangannya. 

Untuk buat scan baby di Sonovision, anda perlu membuat appoinment dahulu sebelum datang. 

Semasa mengandungkan anak pertama iaitu Ameer Fareeq, kami scan baby agak lambat iaitu pada usia kandungan sudah mencecah 32 minggu maka untuk detail scan 2D sudah terlepas maka kami hanya dapat buat 3D dan 4D scan sahaja. Kami buat scan baby di Klinik Ajwa, Shah Alam. 

Pengalaman scan baby sebenarnya sangat indah sebab kita dapat lihat bayi di screen. Selama beberapa bulan kita hanya mengendongnya dalam perut sahaja tanpa melihat wajah dan keadaannya di dalam perut. Walaupun dapat lihat bayi di screen sahaja, tapi ia sangat seronok tambahan pula untuk anak kedua ini, Fareeq pun happy bila dapat tengok baby di dalam perut Lisa. 

Jika ditanya apa scan yang terbaik buat kandungan anda, pendapat Lisa lebih baik anda membuat scan kandungan pada usia 20 minggu hingga 30 minggu kerana pada usia kandungan ini anda boleh buat semua scan di atas termasuklah detail scan 2D, 3D, 4D, 5D, 6D dan HD. Tetapi jika anda ada kengkangan dari segi masa dan wang, Lisa sarankan anda boleh buat detail scan dan 3D scan sahaja kerana itu pun sudah memadai untuk mengetahui struktur organ bayi dan untuk melihat wajah bayi. 

Bagi anda yang rasakan info di atas sangat berguna untuk mommies yang bakal menimang cahaya mata, jangan lupa klik button share di bawah yang ada logo facebook dan Google plus. 

*Gambar di atas diambil dari Sonovision laman web. 



No comments:

Powered by Blogger.