5 Cara Didik Anak Minum Air kosong


May 29, 2020
"Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa"

"Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air."

"Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?"

Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang. Sebelum Lisa kongsikan dengan anda 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.

Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:

  • Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
  • Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan. 
  • Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah. 
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian. 




1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik


Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.

Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.

Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.

2) Minum Air Menggunakan Straw


Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.

3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)


Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.



4) Mendidik Seawal 6 bulan


Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.

Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.

5) Sediakan Buah Yang kaya Dengan Kandungan Air


Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka


Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.


InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anank untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan menekan button share di bawah di sosial media anda, supaya lebih ramai ibu bapa ada kesedaran betapa pentingnya minum air kosong.

No comments:

Powered by Blogger.