Dengan 5 Terapi Diri Ini Bantu Ibu Kurangkan Stress Di Rumah
Boleh dikatakan setiap hari, bila Lisa tengok di wall facebook mahupun di newsfeed Instagram terdapat beberapa ibu meluahkan perasaan tentang betapa stressnya mereka menghadapi rutin harian di mana mereka perlu melayani karenah anak-anak yang aktif dan bijak, rumah yang sentiasa bersepah, kerja rumah yang tidak pernah habis, selain itu bagi ibu yang bekerja mereka juga perlu menyiapkan kerja mereka di rumah, tambahan pula pada musim pandemik dunia iaitu Covid19 ini dimana boleh dikatakn 24 jam kita duduk di rumah sahaja. Keluar rumah hanya untuk lakukan perkara yang penting, berbanding sebelum ini, kita boleh keluar walaupun sebenarnya tiada tujuan penting. Hanya ambil angin saja pun boleh bak kata pepatah.
Sumber: Washington Post
Seperti berita di atas yang memaparkan tentang betapa seriusnya pada tahun 2020 ini di mana masalah kesihatan mental sedang melanda di Amerika malah di seluruh dunia sebenarnya ia berlaku. Jika tidak dibendung dari awal ia akan jadi lebih parah. Dalam situasi ini, Lisa lihat ia amat terkesan sekali terutamanya para ibu yang duduk di rumah 24 jam.
Jika ditanya tentang pengalaman Lisa sendiri yang hampir 3 bulan lebih hanya duduk di rumah sahaja tanpa keluar rumah, sejujurnya Lisa katakan ia amat sukar dan jika tidak dapat bendung perasaan ini mungkin boleh berada di tahap depresi. Tetapi alhamdulillah bila kita pegang agama Islam itu kuat-kuat, dan faham Allah itu yang menjadikan segalanya di langit dan di bumi, jadikan al-quran pegangan hidup serta percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, insyaALLAH perlahan-lahan kita dapat kawal emosi dan mental kita.
Mungkin orang lain kata, eh bukan lagi senang dan seronok ke duduk rumah 24 jam. Tetapi mungkin mereka yang katakan seperti itu tidak mengalami anak-anak yang sedang membesar dan sentiasa perlukan perhatian dan fitrah seorang manusia ingin melihat alam semulajadi di luar rumah. Terutama sekali mereka yang duduk di dalam rumah jenis apartment, flat mahupun kondo. Tiada tanah untuk dipijak. Tiada pokok di hadapan rumah. Tiada bauan air sungai atau air laut untuk dinikmati. Dan tiada pemandangan indah alam ciptaan Tuhan yang semulajadi yang dapat dihayati.
Oleh sebab itulah, perlunya seorang ibu atau wanita perlukan terapi diri untuk menjaga kesihatan emosi dan mental demi memberi yang terbaik buat anak dan suami serta keluarga terdekat. Jangan dipandang enteng tentang terapi diri ini. Jika tidak dilakukan maka ia boleh menjadi perkara yang memudaratkan. Untuk pengetahuan anda, jika emosi dan mental kita berada dalam kesihatan yang baik itu juga merupakan salah satu tips awet muda.
Mari Lisa kongsikan 5 Terapi Diri Ini Bantu Ibu dan Wanita Sekalian Untuk Mengurangkan Stress Di Rumah Supaya ibu sekalian boleh menjadi wanita yang positif dan dapat mengekalkan awet muda dalaman dan luaran dengan menjaga emosi dan kesihatan mental juga.
1) Sediakan Bauan Aromaterapi di Rumah
Pernah atau tidak anda masuk ke Spa atau Pusat Terapi, anda berasa sangat segar dan seolah-olah mood anda kembali menjadi positif di mana sebelumnya anda ada rasa sedikit serabut dalam hati mahupun fikiran. Sebab itulah, kebanyakan wanita jadikan aktiviti pergi ke spa sebagai salah satu aktiviti wajib setiap bulan mahupun setiap minggu yang perlu dilakukan sebagai terapi diri. Dalam konteks ini, Lisa nak beritahu kepada anda bahawa salah satu mood kita menjadi tenang dan positif adalah disebabkan bauan aromaterapi yang ada di spa itu sendiri, bukannya setakat manjakan diri dengan urutan.
Ramai juga ibu-ibu terlepas pandang dengan terapi diri yang asas ini. Mengikut kajian di negara barat, dengan adanya bauan aromaterapi ini dapat mengurangkan rembesan hormon stress dalam badan kita. Oleh kerana itu, bauan arometarpi ini perlu ada di setiap rumah supaya kita rasa lebih segar dan mood menjadi sentiasa positif.
Sejak Lisa amalkan dengan menyediakan bauan aromaterapi di bilik tidur mahupun di ruang tamu, alhamdulillah Lisa sendiri dapat rasakan perbezaan dari segi mood ini. Lisa belajar perkara ini bila lihat ramai minah saleh di negara arab ini akan membeli lilin arometarapi dalam kuantiti yang banyak dan mereka akan meletakkannya di setiap sudut rumah.
Terdapat pelbagai jenis arometarapi yang boleh anda letak di rumah anda antaranya jenis yang sering mendapat perhatian ramai adalah Air Humidifier, Spray, Wall Fragrance plugs, Aromatherapy sticks dan Lilin.
Ini antara contoh jenis sticks. Dan ia lebih tahan lama. Lisa juga suka menggunakan jenis sticks ni. Boleh Lihat Di Sini.
2) Pembelian Barangan Secara Dalam Talian( Online Shopping)
Perkara ini tidak dinafikan lagi oleh setiap manusia bergelar wanita di mana kami sangat suka membeli barang secara dalam talian atau dengan kata lebih popularnya adalah online shopping. Kadang-kadang boleh buat kita sangat terleka dan lupa seketika masalah yang ada apabila sibuk membuat online shopping ini. Tidak kisahlah membeli barangan anak-anak, barangan isi rumah mahupun barangan untuk diri sendiri. Maklumlah kita akan membuat survey terlebih dahulu seperti membuat perbezaan dari segi harga, warna, saiz, berbaloi atau tidak sebelum kita klik di butang 'add to cart'.
Percaya atau tidak ada fakta mengatakan bahawa dengan online shopping ini mampu memberi mood yang positif kepada si pembeli tidak kisahlah barangan yang dibeli itu berbaloi atau tidak. Kerana kadang-kadang kita bertindak di bawah fikiran tidak sedar.
Berikut merupakan website online shopping yang mendapat sambutan ramai di kalangan rakyat Malaysia mahupun di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.
3) Ubah Dekorasi Rumah
Mengubah dekorasi rumah merupakan salah satu terapi buat wanita dan si ibu yang sukakan kecantikan dan kekemasan rumah. Sebenarnya dekorasi rumah tidaklah memerlukan kos yang tinggi tetapi ia bergantung kepada kreatif si tuan rumah serta di mana tempat mereka membeli barangan tersebut. Terdanpat banyak kedai atau website yang menjual barangan dekorasi rumah yang harganya berpatutan. Jika anda sudah berasa tepu dengan dekorasi rumah yang sekarang anda boleh mengubahnya dari segi kedudukan sesuatu barang atau menambah sedikit barangan di dalam rumahnya.
Jika ditanya kepada Lisa berapa kali Lisa ubah dekorasi rumah untuk setahun, jawapan Lisa akan ubah dekorasi rumah 2 atau 3 bulan sekali. Kadang-kadang Lisa hanya ubah kedudukan tempat sahaja dan kadang-kadang Lisa akan menambah sedikit barang hiasan dalam rumah supaya ia kelihatan berbeza daripada sebelum ini. Mula-mula suami Lisa sangat pelik dengan perangai Lisa ni tetapi bila dua tiga kali Lisa buat perubahan dalam rumah, dia sendiri mengaku bahawa rasa seronok dan rasa kelainan bila dekorasi rumah diubah sedikit dan tampak beza dari sebelumnya.
Anda juga boleh jadikan ebook di bawah sebagai rujukan. Ebook Dekorasi Bajet di bawah banyak menceritakan bagaimana si penulis sebagai penasihat hiasan dalaman berkongsi bagaimana untuk menghias rumah supaya nampak lebih elegan dengan bajet kos yang rendah. Dari bahagian ruang tamu sehinggalah dapur, bilik air serta ruangan bilik tidur.
4) Membaca Buku, Majalah Mahupun Ebook
Sangat seronok sebenarnya bila kita luangkan masa untuk membaca buku,majalah mahupun ebook. Tambahan pula jika kita membaca bahan bacaan tersebut berdasarkan apa yang kita minat ataupun hobi kita sendiri. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, ia juga memberi kita rasa tenang dan gembira apabila fokus dengan pembacaan tersebut.
Tapi zaman sekarang ramai yang terlepas pandang terhadap aktiviti membaca buku kerana mereka lebih suka scroll down facebook, instagram mahupun media sosial yang lain. Sebenarnya, itu merupakan pencuri masa yang tanpa kita sedar ia adalah penyumbang kepada ibu semakin stress. Kerana terdapat anasir negatif dalam media sosial tanpa kita sedari.
Bagi anda yang sedang mencari website ebook di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan atau untuk menambahkan ilmu pengetahuan tidak kisahlah mengenai apa-apa perkara dalam hidup, anda boleh lihat website ebook di bawah:
5) Dengar Zikir Terapi Dan Ceramah
Kenapa Lisa letak terapi zikir dan dengar ceramah ini yang terakahir sebagai terapi diri untuk bantu ibu kurangkan stress di rumah? Kerana zikir dan mendengar ceramah tentang kebaikan ini merupakan nadi dan perkara utama yang kita tidak boleh tinggalkan dan perlu diamalkan selalu. Mengikut pengalaman Lisa sendiri apabila fikiran tengah serabut atau hati sedang tidak tenang, Lisa lebih suka mendengar zikir mahupun ceramah dari ustaz ustazah yang banyak mengingatkan kita tentang akhirat dan sedikit sebanyak ia memberi ketenangan kepada diri kita sendiri.
Pernah sekali tu Lisa rasa fikiran agak serabut disebabkan terlalu penat dengan rutin harian sebagai seorang ibu dan apabila Lisa mendengar ceramah dari Ustazah Asma yang mengatakan penatlah membuat kebaikan dan penatlah menasihati anak-anak kerana setiap kepenatan kita dan setiap kesabaran kita, ALLAH hitung dan menaikan darjat kita sebagai seorang ibu dan wanita. Setelah mendengar nasihat tersebut membuatkan Lisa rasa lebih tenang dan fikiran berasa lapang.
Pendapat Lisa sendiri, luangkanlah sekurang-kurangnya sejam sehari untuk mendengar ceramah atau zikir terapi diri supaya membuatkan hati dan jiwa kita terisi dengan perkara yang berfaedah.
InsyaALLAH dengan perkongsian yang tidak seberapa ini yang ditulis dari sudut hati Lisa sendiri, semoga ia dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada ibu-ibu untuk melakukan terapi diri supaya dapat bantu ibu-ibu mengurangkan stress di rumah. Sebagai seorang ibu kita tidak boleh lari daripada masalah sama ada masalah tersebut datang dari anak, suami, keadaan sekeliling mahupun diri kita sendiri tetapi ketahuilah perkara di luar batasan kita tidak dapat mengawalnya tetapi kita boleh mengawal diri kita sendiri.
Jika anda rasa perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa kongsikan ia dengan sahabat media sosial anda supaya lebih ramai lagi dapat manfaatnya.
No comments: