10 Perkara Asas Kemas Rumah Menggunakan Teknik Marie Kondo(KonMari)


October 24, 2019
Alahai penat sungguh kemas rumah ni tambahan pula kalau rumah yang luas dan mempunyai banyak bilik. Seolah-olah kerja kemas rumah ni sampai bila-bila tak habis. Nak ikutkan hati, mahu saja panggil tukang cuci yang boleh bersihkan setiap pelusuk rumah ni. Inilah keluhan yang sering kita dengar di kalangan wanita yang bergelar ibu.

Sebenarnya Lisa pun rasa macam tu juga cumanya Lisa rasa bersyukur sebab rumah yang Lisa duduk sekarang ni tak lah besar sangat dan jenis apartment, maka Lisa rasa lebih mudah untuk mengemas dan mengatur berbanding rumah yang kami diami sewaktu di Malaysia.  Ada hikmah juga kos rumah di Dubai ni mahal, maka kami memilih kos rumah yang lebih rendah iaitu rumah jenis apartment dan kecil, sesuai untuk kami berempat hidup dalam negara padang pasir ni.



Lisa rasa excited nak kongsikan tentang 10 perkara asas kemas rumah menggunakan teknik Marie Kondo ini sebabnya tekniknya sangat mudah dan agak praktikal untuk semua wanita yang bergelar ibu. Tambahan pula Marie Kondo ini juga mempunyai anak bawah 6 tahun maka beliau sudah faham bagaimana mencabarnya kemas rumah dengan ada anak kecil.

Visualize atau Gambarkan Bagaimana Keadaan Rumah Yang Anda Inginkan

Sebelum anda mengemas rumah atau mahu mendekorasi rumah, anda perlu menggambarkannya dalam fikiran. Bagaimana susun atur rumah? Bagaimana keadaan rumah anda? Bagaimana kedudukan dan lokasi setiap barang dalam rumah tersebut? Dan cara bagaimana anda mahu mengemasnya. Kesemua soalan ini anda perlu dijawab dalam visualisasi. Hal ini adalah perkara utama yang perlu anda lakukan.

Spark Joy

Simpan atau letakkan barang yang di dalam rumah yang betul-betul membuatkan hati kita rasa gembira. Sebagai contoh, anda hanya perlu simpan baju yang membuatkan anda betul-betul rasa gembira apabila memakainya. Bukannya simpan baju yang anda susah tidak muat dan tidak mendatangkan apa-apa perasaan dalam diri anda.

Dari sini, Lisa belajar simpan barang dan baju yang betul-betul membuatkan Lisa rasa gembira bila memakainya. Tambahan pula baju yang menyebabkan kita rasa lebih yakin dengan diri kita.

Sedekah atau Hapuskan Barangan Yang Kita Sudah Tidak Mahu Menggunakannya

Dalam rancangan Marie Kondo, beliau mengatakan barang yang sudah kita tidak pakai kita perlu hapuskannya atau buat charity( sedekahkan kepada mereka yang memerlukanny). Sebelum menghapuskan barangan tersebut, anda perlu mengucapkan terima kasih kepada barang tersebut. Mengikut kata Marie Kondo, setiap barang mempunyai jiwa maka kita perlu menghormatinya dan terima kasih kepadanya kerana sudah berkhidmat kepada kita.

Gunakan bekas yang jarang(clear box)

Dalam rumah kita, Lisa pasti ada barang-barang yang jarang kita gunakan tetapi ia penting apabila keadaan memerlukannya seperti ubat-ubatan, handbag yang jarang kita gunakan, sarung katil dan bantal dan sebagainya. Barangan tersebut hendaklah disimpan dalam bekas jarang supaya mudah kelihatan. Anda boleh lihat di Lazada yang menawarkan banyak bekas jarang atau clear box.




Cara Lipatan

Mengikut teknik Marie Kondo, cara lipatan baju dan meletakkannya dalam laci adalah secara menegak supaya kita dapat lihat keseluruhan baju yang kita ada.



Letak Barang Yang Mudah Untuk Kita Jumpa

Bagi barang yang selalu kita gunakan, pastikan ia diletakkan di bahagian yang mudah untuk kita ambil dan mudah untuk kita jumpa. Bagi barangan yang jarang kita gunakannya, letakkan ia di tempat yang sukar kita jumpa.

Sebagai contoh di dapur, kita selalu menggunakan gram dan gula dalam setiap masakan. Maka dua bahan ini perlu diletakkan ditempat yang mudah untuk kita ambil dan mudah untuk kita lihat.

Barang sentimental value

Sudah tentu setiap orang mempunyai barangan yang mepunyai sentimental value dalam hidup kita sebagai contoh gambar perkahwinan, hadiah pertama yang pasangan kita berikan dan sebagainya. Barangan ini perlu diletakkan ditempat yang kita selalu lihat berbanding kita simpan di bawah katil mahupun di dalam stor. Kononnya kita akan lihat barangan tersebut apabila ada masa nanti, sebenarnya itu membuatkan kita lagi jarang melihat barangan tersebut. Pastikan, tempat tersebut adalah kekal bukannya berubah-ubah.



Setiap Barang Ada Tempatnya

Inilah perkara yang perlu kita tahu dalam asas mengemas rumah iaitu setiapa barang mempunyai tempatnya. Supaya apabila kita selesai menggunakannya, kita akan sedia maklum di mana kita mahu meletakkanya kembali ke tempat asal.


Contohnya, setelah anda pulang dari bersiar-siar di luar, anda perlu meletakkan kembali handbag yang telah gunakannya ke tempat asal handbag tersebut. Menurut Marie Kondo, lagi bagus jika anda unpack atau keluarkan ke semua barang dalam handbag tersebut dan meletakkan barang-barang itu ke tempat asal. 


Kelaskan Barangan Dalam Rumah Mengikut Kategori

Setiap barang dalam rumah kita, pasti ada kategorinya. Mungkin sebelum ini anda meletakkan barangan tersebut bercampur dengan pelbagai kategori, apa kata kali ini anda meletakkan barangan tersebut mengikut kategorinya.



Bina Satu Tempat Yang Memberi Kita Rasa Gembira Dan Bahagia

Pilih satu Tempat atau sudut yang bakal kita bina atau deko hendaklah dapat memberi kita rasa gembira dan bahagia. Tempat terebut tidak kisahlah sama ada di ruang tamu, bilik tidur mahupun di dapur. Ia dapat beri ketenangan kepada anda.

Bagi muslim, mungkin kita boleh bina satu ruangan sudut solat dan di situ apabila kita sembahyang, kita rasa sangat gembira, tenang dan bahagia. 

Dengan perkongsian 10 perkara asa kemas rumah menggunakan teknik Marie Kondo ini, diharapkan anda dapat lakukannya secara berpetingkat. Lisa juga tengah melakukannya. Walaupun masih nampak tidak sempurna, tetapi Lisa sendiri rasa perubahan dalam hidup untuk menjadi ibu yang lebih bahagia dan tenang. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini, jika anda rasa ia dapat membantu lebih banyak ibu-ibu diluar sana dalam menghadapi masalah dan cabaran mengemas rumah. 


No comments:

Powered by Blogger.