Cara Buat Chicken Stock Untuk Bayi


September 26, 2019
Sejak Lisa sertai facebook group Happy Baby Food Malaysia, pelbagai resepi makanan bayi yang Lisa belajar serta cara menyedapkan makanan bayi yang sudah mencecah 6 bulan dengan macam-macam cara antaranya dengan menambah ikan bilis goreng dan masak chicken stock. Ada yang tanya chicken stock ni apa? Beza ke dengan chicken bone broth? Kenapa kena masak sendiri? Tak boleh ambil pati cube ayam yang ada di kedai ke?

Pelbagai soalan yang dilontarkan oleh ibu-ibu berkenaan chicken stock ini. Tapi sebelum Lisa kongsikan dengan anda cara nak buat chicken stock, Lisa nak korang faham dulu perbezaan chicken stock dan chicken bone broth supaya anda tak keliru dan tersalah masak nanti.

Chicken bone broth adalah seperti masak sup tulang iaitu cara penyediaannya dimasak dengan daging dan tulang ayam atau lembu. Ia boleh seasoning kan seperti boleh letak garam,gula dan black pepper. Masa memasaknya tak sampai 5 hingga 6 jam sahaja. Setelah masak, anda boleh terus makan sup tersebut. Dan jarang sekali kita letak sayuran dalam chicken bone broth ini.

Berlainan pula chicken stock yang kita masak untuk bayi supaya rasa makanan mereka lebih sedap. Selalunya chicken stock ini dimasak dengan menggunakan bahan tulang ayam atau lembu sahaja. Ia dimasak bersama sayuran seperti tomato, celery, bawang dan carrot. Masa memasakkanya mengambil masa 1 hingga 10 jam. Tidak perlu tambah garam dan gula kerana kita mahukan bahan semulajadi sahaja dalam makanan anak.

Khasiat bagi chicken stock ini adalah untuk menambahkan rasa sedap dalam makanan bayi dan ada juga mengatakan ia membantu menguatkan imunisasi anak. Bab itu pihak kesihatan masih tidak dapat mengesahkan lagi tetapi yang penting kita berusaha untuk berikan bahan semulajadi iaitu sayuran dan sumber protin yang kaya dengan nutrisi buat anak-anak kita.

Di sini Lisa kongsikan cara buat chicken stok untuk bayi.

Bahan-bahan

Tulang ayam(Termasuklah kaki ayam, leher ayam dan tulang di bahagian lain)
3 biji bawang putih
1-2 biji tomato
2 batang celery
Setengah biji carrot
Setengah biji bawang holland
1 bunjut sup
3-5 cawan air kosong





Cara-cara Membuatnya

Satukan kesemua bahan di atas dan renehkan bahan tersebut sehingga 5 atau 6 jam.
Api perlu perlahan sahaja.
Jika nampak air semakin berkurang, anda boleh tambahkan air sedikit demi sedikit.
Apabila sudah masak, tapiskan kesemua bahan tersebut dan hanya ambil air sahaja.
Masukkan ke dalam bekas ais dan frozenkan.
Boleh tahan sehingga sebulan.

Ada yang masak chicken stock ini menggunakan periuk noxxa untuk lebih cepat masak. Terpulang kepada anda untuk memilih cara masak chicken stock ini. Lisa hanya menggunakan periuk biasa saja dan masak atas api. Ia mengambil masa sehingga 4-5 jam.



Apabila anda nak masak untuk makanan bayi, anda boleh ambil 1-2 kiub chicken stock ini dan masakkan sekali dengan bubur atau makanan bayi. Selalunya ia dimasukkan dalam makanan bayi yang sudah mencecah usia 7 bulan ke atas.


No comments:

Powered by Blogger.