Resepi Mudah Karipap Daging


September 23, 2019
Di negara Dubai ni bukannya tak ada orang jual karipap, banyak sangat kedai-kedai India yang menjual karipap cumanya tekak melayu ni rasa lain sikit bila makan karipap india. Spice and curry mereka lebih pekat berbanding rasa tekak melayu ni. Sebab itulah, Lisa lebih suka buat karipap daging sendiri dan kebetulan memang suami dan anak Lisa pun suka makan karipap daging cumanya Fareeq ni tak suka inti pedas. So terpaksalah buat asing untuk inti karipap ni.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah percubaan yang lebih 3 kali Lisa buat dan kali ini baru betul-betul menjadi. Lisa ada post dalam fb dan ig story tentang kenapa kulit karipap yang Lisa buat sebelum ni menggelembung dan tak berapa nak cantik. Alhamdulillah kawan-kawan ig dan fb banyak tolong Lisa selesaikan masalah ni.

Rupanya untuk mengelakkan kulit karipap daging ini menggelembung dan tak cantik adalah dengan masak karipap dengan menggunakan api perlahan dan tak boleh minyak yang terlalu panas.

Alhamdulillah, barulah cantik kulit karipap yang kali ni Lisa buat setelah ikut nasihat dari kawan-kawan Lisa yang baik tu.

Di sini, lisa kongsikan dengan korang untuk resepi karipap daging yang simple tapi boleh dikatakan sedap.

Bahan-bahan Inti

Daging cincang
Bawang besar/bawang merah(potong dadu)
3 biji bawang putih(Dipotong dadu)
Daun kari(Dipotong halus)
Daun bawang
1 biji kentang(Dipotong dadu)
Garam
Gula
2 sudu serbuk kari(campur sedikit dengan air)






Cara-cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bawang besar dan bawang putih.
2. Bila dah nampak kekuningan masukkan kari dan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging cincang dan kentang. Tunggu sehingga kentang empuk dan daging masak.
4. Masukkan daun bawang. Kacau sehingga sebati dan tutup api. biarkan ia sejuk seketika.




Bahan-bahan Kulit Karipap

Tepung gandum
Majerin
Garam
3 sudu minyak masak
1 cawan Air

Cara-cara
1. Masukkan minyak dan cairkan majerin dalam minyak tersebut.
2. Kemudian, campurkan ke dalam tepung
3. Masukkan garam dan air. Uli sehingga adunan sebati.
4. Kemudian, masukkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam adunan tepung yang telah kita uli dan membentu bulatan kecil.



Untuk lihat cara bagaimana kelim karipap daging boleh klik di video di bawah.



Kongsikan artikel ini jika ia bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan anda yang lain.

No comments:

Powered by Blogger.