5 Rahsia Dapatkan Me Time Buat Si Ibu
Bila sebut sahaja ibu perlukan ‘Me time’, ramai ibu-ibu sebulat suara mengatakan mereka perlukan me time. Tidak kisahlah ibu yang bekerja mahupun ibu surirumah tangga kerana masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap hari dan sudah menjadi rutin buat mereka.
Dulu waktu Lisa ada anak seorang, Lisa tidak pernah rasa me time itu penting mungkin masa itu Lisa agak sibuk dengan urusan kerja ke sana sini tetapi sekarang apabila Lisa sudah ada anak dua dan kini sudah menjadi ibu surirumah tangga sepenuh masa Lisa rasakan Me time tu sangat penting.
Me time sebenarnya bermaksud masa yang kita spend di luar waktu kerja atau rutin harian dan ia lebih membawa erti berehat dan tenangkan diri. Boleh juga didefinasikan sebagai restore energy dan refresh our mood.
Kadang-kadang sebagai seorang ibu yang perlu memikul tanggungjawab menguruskan keluarga, kerja-kerja di rumah, kerjaya serta rutin harian, membuatkan kita sangat penat dan boleh mengganggu emosi kita.
Kesannya amat besar apabila emosi seseorang ibu itu terganggu dan terlalu penat. Ibu mungkin akan menjadi seorang yang pemarah dengan anak-anaknya, mood nya juga dalam keadaan negatif dan lebih parah lagi ibu mengalami depresi.
Sebab itulah, Me Time ini membantu ibu-ibu untuk refresh mood dan memberi kembali tenaga untuk melakukan rutin harian. Ibu perlu ingat bahawa kita bukannya robot. Kita ada tangki emosi yang perlu dijaga dengan baik. Barulah dapat melayani anak dan suami dengan baik juga.
Ada sesetengah orang di sekeliling kita mungkin tidak faham bahawa ibu perlukan me time dan bagi mereka me time ini adalah perkara yang bila-bila sahaja boleh dapat. Mereka tidak faham situasi kita sebagai seorang ibu yang sangat penat dengan rutin harian yang tidak pernah habis.
Di bawah ini Lisa kongsikan cara dan rahsia bagaimana si ibu boleh dapatkan me time sama ada harian, mingguan mahupun bulanan. Ibu yang perlu tahu keperluan me time buat diri sendiri.
Di bawah ini Lisa kongsikan cara dan rahsia bagaimana si ibu boleh dapatkan me time sama ada harian, mingguan mahupun bulanan. Ibu yang perlu tahu keperluan me time buat diri sendiri.
Fahami Maksud Me time dalam kamus hidup anda
Sebelum Lisa kongsikan bagaimana untuk dapatkan me time yang berkesan, lebih elok sekiranya fahami diri anda terlebih dahulu. Definasi me time bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Ada setengah orang mengatakan ‘Dapat pergi shopping , beli satu dua barang tanpa anak-anak di sisi’ itu adalah me time. Ada juga mengatakan dapat pergi spa merupakan me time mereka. Selain itu, ada yang mengatakan pergi bercuti dengan rakan-rakan itu adalah me time. Dan ada juga yang kata dapat baca buku di bilik yang sunyi itu adalah me time walaupun hanya 10 minit sehari.
Setelah anda faham dan kenal pasti maksud me time buat diri anda maka anda sudah boleh merancang bagaimana untuk dapatkan me time tersebut.
Artikel Berkaitan: 15 Cara Me Time buat Si Ibu
Bagaimana perancangan yang baik boleh membuatkan anda dapatkan me time? Ada setengah berpendapat hanya mereka yang bekerja sahaja perlukan calendar, organizer dan diari tetapi sebenarnya sebagai seorang ibu kita juga perlukan semua itu untuk merancang jadual harian, mingguan dan bulanan. Kaitannya adalah anda dapat lihat gap of time dalam jadual anda. Dari situ, anda sudah boleh merancang bila masa yang sesuai untuk anda dapatkan 'me time'.
Disebabkan Lisa sudah terbiasa menggunakan calendar dan organizer ketika bekerja dahulu, maka Lisa memang akan merancang lebih awal untuk jadual harian, mingguan mahupun bulanan. Dengan cara tu, Lisa sudah boleh plan nak dapatkan 'me time' pada waktu bila. Bagi Lisa sendiri, maksud 'me time' adalah menulis dan membaca. Lisa memang suka membuat dua perkara ini. Ketika menulis artikel ini, Lisa sedang dapatkan 'me time' kerana masa inilah anak-anak sedang enak dibuai mimpi. Lisa akan pastikan setiap hari Lisa akan dapat sejam untuk 'me time'. Walaupun hanya sejam, ia sudah boleh membuatkan Lisa rasa kembali seronok untuk melakukan kerja rutin harian.
Sebagai contoh, anda mempunyai bayi dan pada masa yang sama anda perlu uruskan anak yang sudah tahap kanak-kanak(toddlers). Sudah tentu masa anda sangat penuh, ya lah kerana perlu uruskan si adik, dan kakak abangnya juga perlu disediakan keperluan mereka dan pada masa yang sama anda perlu uruskan kerja rumah. Jika anda tiada jadual yang tetap, anda pasti menjadi orang yang sangat sibuk sehingga tiada masa untuk dapatkan me time. Aturlah jadual untuk anak-anak, supaya mereka faham dan ikut jadual masa yang ditetapkan. Ingat ya!! Anak-anak perlu ikut masa kita bukannya kita ikut masa mereka.
Sebagai contoh, keutamaan kita pada satu masa adalah berbual dan spend quality time bersama anak dan suami. Tetapi ketika itu juga pinggan mangkuk dan almari di dapur masih belum dibersihkan. Maka anda perlu tahu apa keutamaan anda ketika itu. Mungkin anda pilih quality time with your family dan kerja-kerja pembersihan di dapur boleh dilakukan kemudian.
Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza. Kita perlu tetapkan apa keutamaan kita, tidak kisahlah dari segi rutin harian mahupun matlamat hidup. Bila sudah tahu keutamaan barulah kita akan mudah untuk buat sesuatu keputusan.
Artikel Berkaitan: 15 Cara Me Time buat Si Ibu
Perancangan Kunci Utama
Bagaimana perancangan yang baik boleh membuatkan anda dapatkan me time? Ada setengah berpendapat hanya mereka yang bekerja sahaja perlukan calendar, organizer dan diari tetapi sebenarnya sebagai seorang ibu kita juga perlukan semua itu untuk merancang jadual harian, mingguan dan bulanan. Kaitannya adalah anda dapat lihat gap of time dalam jadual anda. Dari situ, anda sudah boleh merancang bila masa yang sesuai untuk anda dapatkan 'me time'.
Disebabkan Lisa sudah terbiasa menggunakan calendar dan organizer ketika bekerja dahulu, maka Lisa memang akan merancang lebih awal untuk jadual harian, mingguan mahupun bulanan. Dengan cara tu, Lisa sudah boleh plan nak dapatkan 'me time' pada waktu bila. Bagi Lisa sendiri, maksud 'me time' adalah menulis dan membaca. Lisa memang suka membuat dua perkara ini. Ketika menulis artikel ini, Lisa sedang dapatkan 'me time' kerana masa inilah anak-anak sedang enak dibuai mimpi. Lisa akan pastikan setiap hari Lisa akan dapat sejam untuk 'me time'. Walaupun hanya sejam, ia sudah boleh membuatkan Lisa rasa kembali seronok untuk melakukan kerja rutin harian.
Aturlah Jadual
Bukan sahaja di sekolah ada jadual, di rumah juga perlu ada jadual. Sebagai seorang ibu, anda perlu tahu jadual harian anda bagaimana. Jika sebelum ini anda tiada jadual harian, maka anda perlu mulakan dari sekarang. Jadual inilah yang akan bantu anda untuk dapatkan me time.Sebagai contoh, anda mempunyai bayi dan pada masa yang sama anda perlu uruskan anak yang sudah tahap kanak-kanak(toddlers). Sudah tentu masa anda sangat penuh, ya lah kerana perlu uruskan si adik, dan kakak abangnya juga perlu disediakan keperluan mereka dan pada masa yang sama anda perlu uruskan kerja rumah. Jika anda tiada jadual yang tetap, anda pasti menjadi orang yang sangat sibuk sehingga tiada masa untuk dapatkan me time. Aturlah jadual untuk anak-anak, supaya mereka faham dan ikut jadual masa yang ditetapkan. Ingat ya!! Anak-anak perlu ikut masa kita bukannya kita ikut masa mereka.
Ketahui Keutamaan Anda
Lisa pernah berbual dengan seorang sahabat yang mempunyai 4 orang anak pada usia kami masih muda dan Lisa lihat sahabat ini sangat tenang. Lisa tanya apa rahsia dia mempunyai mood yang positif walaupun jadual hariannya sangat padat dengan anak-anaknya yang masih kecil. Satu sahaja yang dia kongsikan dengan Lisa, dia kata sebagai seorang ibu kita perlu tahu keutamaan. Bermaksud dalam hidup ini mahupun dalam rutin harian kita perlu tahu apa keutamaan.Sebagai contoh, keutamaan kita pada satu masa adalah berbual dan spend quality time bersama anak dan suami. Tetapi ketika itu juga pinggan mangkuk dan almari di dapur masih belum dibersihkan. Maka anda perlu tahu apa keutamaan anda ketika itu. Mungkin anda pilih quality time with your family dan kerja-kerja pembersihan di dapur boleh dilakukan kemudian.
Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza. Kita perlu tetapkan apa keutamaan kita, tidak kisahlah dari segi rutin harian mahupun matlamat hidup. Bila sudah tahu keutamaan barulah kita akan mudah untuk buat sesuatu keputusan.
Berbincang dengan pasangan atau orang terdekat untuk minta bantuan
Untuk dapatkan me time , anda perlu ada sesi perbincangan dengan pasangan mahu pun orang terdekat dengan anda kerana ia melibatkan diri mereka juga. Sebagai contoh maksud me time anda adalah anda perlukan 2 hingga ke 3 jam dalam seminggu untuk pergi keluar dengan teman baik. Maka anda perlu pasangan atau orang terdekat untuk menjaga anak-anak di rumah dan anda boleh lakukan ‘me time’ tersebut.
Pasangan dan orang yang terdekat akan memahami situasi tersebut jika anda menerangkan kepada mereka. Sebab itulah perbincangan sangat penting untuk dapatkan kata sepakat.
Sebagai seorang ibu, anda perlu bijak merancang terutama sekali dalam jadual harian.
Jangan Lupa Kongsikan Artikel ini Dengan Ibu-Ibu Yang Lain Supaya Mereka Juga Dapat Me Time dan Kembali Bertenaga Untuk Menghadapi Rutin Harian.
No comments: