Panduan Lengkap Penyimpanan Makanan Bayi di Peti Ais
Mengapa ibu-ibu perlu tahu perkara asas panduan lengkap penyimpanan makanan bayi di peti ais?
Hal ini kerana, untuk mengelakkan bayi daripada terkena keracunan makanan mahupun masalah perut dan pembuangan mereka. Selain itu, ia adalah ilmu yang sangat berguna dalam sebahagian penyediaan makanan bayi ini. Walaupun ada sebahagian ibu yang lebih suka memasak secara fresh iaitu masak dan terus beri makan kepada bayi tanpa melakukan penyimpanan di peti ais, namun ilmu ini mungkin berguna jika ada makanan yang ada ingin simpan untuk 2 hingga ke 3 hari, bagi mengelakkan pembaziran.
Selain itu, dengan adanya ilmu penyimpanan makanan bayi ini, ibu-ibu dapat menjimatkan masa menyediakan makanan kepada mereka. Lisa faham ibu-ibu di luar sana sibuk dengan rutin harian kita, mungkin ada yang bekerja, berniaga dan mempunyai tanggungjawab hakiki menyebabkan dengan adanya ilmu ini, dapat meringankan kerja ibu-ibu sekalian.
Oleh yang demikian, anda perlu tahu dan faham ketiga-tiga langkah di bawah iaitu:
- Bagaimana menyimpan makanan bayi yang dibuat sendiri di rumah mahupun makanan bayi yang dibeli di pasar raya.
- Bagaimana cara untuk memanaskan dan menyediakan makanan bayi selepas keluarkan daripada sejuk beku peti ais, supaya nutrisi makanan kekal di dalamnya.
- Bagaimana untuk mengelakkan bakteria ada dalam makanan bayi dan boleh memberi kesan negatif kepada perut bayi.
Panduan penyimpanan Makanan Bayi
- Microwave: Anda boleh panaskan makanan bayi di dalam microwave, dengan menggunakan setting defrost. Kemudian, keluarkan makanan tersebut dan kacau. Seterusnya masukkan kembali, dengan memanaskannya dalam 10-15saat. Pastikan kesemua makanan dalam bekas tersebut betul-betul sudah cair. Tunggu sehingga makanan tersebut sesuai untuk disuapkan kepada anak anda.
- Atas dapur : Masukkan makanan bayi daripada freezer atau chiller ke dalam periuk kecil, buka api perlahan sahaja. Kacau sehingga makanan tersebut cair dan sesuai untuk disuapkan kepada bayi. Untuk mengekalkan nutrients dalam makanan bayi, jangan terlalu panas tahap api tersebut.
- Boleh juga menggunakan cara panaskan makanan bayi dalam air suam. Pastikan makanan bayi tersebut dalam plastik yang sesuai dan diletakkan dalam bekas air suam. Tetapi cara ini mengambil masa yang lama.
- Jangan biarkan makanan yang ingin dipanaskan di atas dapur terlalu lama pada suhu bilik kerana ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada makanan bayi.
- Anda boleh menggunakan acuan ice cube sama ada ia diperbuat daripada plastik mahupun silikon. Tetapi melalui pengalaman Lisa sendiri, Lisa lebih suka menggunakan material silikon supaya mudah dikeluarkan daripada acuan bekas tersebut. Anda boleh beli di sini, untuk acuan silicone.
- Apabila puree atau makanan bayi sudah beku, keluarkan ia daripada acuan ice cube tersebut dan masukkan ke dalam plastik sandwich dan labelkan plastik tersebut mengikut tarikh yang anda buat.
- Jika anda mahu menyediakan makanan untuk bayi anda, keluarkan kuantiti yang diperlukan daripada plastik tersebut, selebihnya kembali simpan dalam freezer.
- Acuan ice cube ini bukan sahaja mudah untuk kita simpan makanan bayi, tetapi anda boleh dapat agak berapa banyak keperluan bayi makan hari demi hari memgikut perkembangan mereka.
No comments: