Cara Penyediaan Makanan Bayi Dari Lahir Hingga Setahun


February 24, 2020
Baiklah sebenarnya Lisa buntu sekejap tak tau nak letak tajuk yang sesuai untuk entry post kali ni cuma apa yang Lisa nak kongsikan dengan anda tentang kisah Sarah dan cara pemakanan dia dari umurnya sebulan hinggalah setahun. 

Sempena hari jadi Sarah yang pertama pada 15 Februari 2020, Lisa rasa gembira nak kongsikan kisah dan cerita bab makanan bayi yang dinamakan Qaisarah Yusra ni. Sebabnya anak Lisa yang kedua ni agak lain sikit dengan abangnya. Fareeq bukan jenis yang suka makan sejak dia bayai lagi dan Sarah pula jenis yang suka makan. Apa yang Lisa masak dia akan makan dan apa yang kami makan itulah yang dia nak makan.


Sambutan hari jadi Sarah yang pertama yang baru disambut minggu lepas.


Sebelum Lisa kongsikan cerita ini, Lisa nak beritahu bahawa setiap bayi dan setiap anak dalah berbeza dari segi cara pemakanan mereka terutama sekali apa yang mereka suka makan. Ada setengah bayi agak advance untuk makan makanan seperti orang dewasa tetapi ada juga bayi yang mengikut milestone mereka secara teratur.

Umur Sehari sehingga 6 Bulan.


Seperti yang dianjurkan oleh pakar kesihatan termasuklah doktor kanak-kanak serta jururawat yang merawat kanak-kanak sangat memberi galakan kepada bayi yang bawah usia 6 bulan untuk diberi susu badan sepenuhya tetapi jika si ibu ada masalah dari segi pengeluaran susu badan, ia diberi kelonggaran untuk bayi minum susu formula yang selamat di pasaran. Rezeki yang ALLAH pinjamkan kepada Lisa, alhamdulillah dari umur Sarah sehari higgalah umurnya 6 bulan, Lisa dapat beri susu badan sepenuhnya. Sejujurnya Lisa katakan bukan mudah untuk menyusukan anak sepenuhnya tambahan pula apabila kita ada anak yang lain yang perlu juga diberi perhatian. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi tetapi sebagai seorang ibu kita perlu sabar dan berusaha untuk tenang menghadapinya. Pernah rasa penat yang melampau, pernah juga merasa di bahagian puting luka dan pernah juga Lisa alami masalah bengkak susu sehingga demam capai suhu 40 darjah. Badan menggigil dan otak rasa beku.

Bagi umur bayi sehari sehinggalah 6 bulan, kalau boleh jangan diberi makanan solid food dan mungkin ada yang mengatakan zaman dahulu kenapa bayi boleh beri biskut marrie dan cicah air teh. Ok je? Bab ini anda boleh refer kepada pakar kesihatan tetapi apa yang Lisa tau, pada usia bayi bawah 6 bulan, perut mereka masih develop dan hanya susu ibu atau susu formula sahaja yang perut mereka mampu cernakan. Pemberian solid food haruslah berperingkat.

Waktu Sarah bawah 6 bulan, boleh dikatakan setiap 2 jam, dia akan minta susu badan dan pernah juga setiap sejam dia minta. Menangis tak berhenti kalau Lisa lambat beri dia susu. Sepanjang 6 bulan tu, Sarah memang sentiasa berkepit dengan Lisa sebab dia nak bau susu badan maknya.

Baca : Cara Mudah Masak Bubur Nasi Bayi
            

Pemakanan bayi 6 bulan Hingga 8 Bulan

Bila Sarah dah masuk umur 6 bulan, barulah Lisa kenalkan dia dengan solid food tetapi Lisa buat 4 days rule iaitu kenalkan sejenis makanan selama 4 hari, jika anak nampak serasi dengan makanan tersebut barulah bertukar kepada jenis makanan lain. Tujuannya untuk kenal pasti makanan apa yang anak tidak sesuai atau alergik. Jika mereka lepas dengan semua jenis makanan maka barulah si ibu boleh mula campurkan makanan tersebut. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, Lisa beri nasi yang diblend halus untuk diberikan kepada Sarah. Lisa beri bubur kosong tersebut selama seminggu kemudian baru Lisa kenalkan puree kurma, puree mangga, puree apple dan puree sayuran. Sepanjang Sarah umur 6 bulan, Lisa nampak Sarah sangat suka makan nasi bubur dicampur dengan kurma atau dengan puree carrot. Kadang-kadang Lisa akan selang selikan makanan dia dengan puree buah dan puree sayuran supaya dia dapat rasa pelbagai jenis makanan.

Ni puri brokoli yang Lisa blend halus waktu Sarah umur 6 bulan.

Ini antara makanan kegemaran Saraj ketika umur 6 hingga 8 bulan iaitu bubur nasi diblend dengan kurma.



Bila Sarah dah masuk umur 7 bulan baru Lisa buat campuran bubur dengan 2 hingga 3 bahan supaya dia dah boleh rasa 1 makanan dengan pelabagai rasa. Tetapi tekstur masih sama iaitu puree(bahan makanan yang diblend sangat halus). Lisa ada terbaca ada setengah ibu sudah mula kenalkan makanan finger food kepada anak bila bayi sudah masuk umur 7 bulan lebih. Macam Lisa sendiri, masih tak berani nak beri sebab Sarah tumbuh gigi agak lambat dan dia masih tidak reti nak mengunyah. 


Masuk umur 8 bulan, Lisa masih buat cara pemakanan yang sama seperti umurnya 7 bulan cuma Lisa ada buat pertambahan sedikit iaitu tambah isi lauk. Sebagai contoh isi ayam, isi ikan dan isi daging, Lisa akan blend halus untuk kesemua isi tersebut. Bermaksud waktu umur Sarah 8 bulan barulah Lisa masukkan bubur blend ditambah dengan puree sayur dan tambah isi ayam atau isi daging atau isi ikan. Supaya vitamin dan nutrisi dalam makanan bayi cukup untuk perkembangan dia.

Bahan sampingan yang selalu Lisa campurkan dalam makanan Sarah adalah seperti serbuk ikan bilis dan chicken stock.

Artikel Berkaitan: 34 Resepi Makanan Bayi 6 hingga 8 Bulan


Pemakanan Bayi 9 Bulan Hingga 11 Bulan 

Ada sesetengah ibu sangat kreatif untuk mempelbagaikan makanan bayi supaya anak tidak jemu untuk menikmati makanan yang sama. Lisa bukanlah ibu yang kreatif dan rajin untuk buat pelbagai resepi makanan bayi cuma Lisa ada follow beberapa akaun instagram dan sertai beberapa group ibu-ibu yang suka berkongsi resepi masakan untuk bayi. Yang paling Lisa suka resepi yang dikongsikan mudah untuk disediakan dan sangat berkhasiat untuk bayi yang bawah setahun.

Kadang-kadang Lisa ada juga buat makanan tersebut untuk Sarah cumanya ia seolah-olah try and error. Ada setengah makanan Sarah sangat suka makan dan ada setengah dia dah pandai untuk tolak rasa makanan tersebut. Sebab itulah Lisa masih masak makanan yang biasa dia makan seperti bubur dan puree cuma bezanya tekstur untuk makanan bayi yang berusia 9 bulan hingga 11 bulan adalah sedikit kasar. Seperti contohnya bubur nasi sebelum ini Lisa akan blend halus tetapi bila masuk umur 9 bulan ke atas Lisa blend kasar sedikit. penghujung umur Sarah 11 bulan Lisa buat nasi lembik.


Finger food Lisa sudah kenalkan kepada Sarah pada umur 9 bulan lebih ini. Buah-buahan yang mudah digigit dan dikunyah Lisa mula beri kepada Sarah. Alhamdulillah nampak dia serasi dengan makanan finger food ini cuma Lisa perlu steam dahulu seperti carrot,epal dan pear. Pernah juga Sarah seperti tercekik bila makan buah tanpa di steam terlebih dahulu. Sejak itu, Lisa belajar Sarah masih tak bersedia lagi untuk mengunyah halus makanan dan mungkin tekaknya masih kecil untuk menelan buah yang sedikit keras tanpa steam.

Ini bekalan yang Lisa buat ketika mengerjakan ibadah umrah. Waktu ini, Lisa dah mula buat tekstur makanan diblend kasar sebab Sarah dah masuk umur 9 bulan ke atas. Boleh baca pengalaman Lisa masak makanan bayi ketika mengerjakan umrah. 


Waktu dalam lingkungan umur ni juga, Lisa dah start ajar Sarah minum air kosong dalam botol menggunakan straw. Mula-mula memang dia tak reti nak sedut tapi 2 hingga 3 kali Lisa ajar, alhamdulillah dia makin pandai nak sedut straw. Tumpah di baju tu perkara biasa sebab dia masih tak tau berapa banyak kena sedut dan jika terlebih dia sendiri akan keluarkan air dalam mulut.

Pemakanan Bayi 12 Bulan 

Pemakanan pada usia ini lebih kurang dengan umurnya 11 bulan seperti di atas yang Lisa sudah terangkan. Tapi masuk sahaja umur Sarah 12 bulan, Sarah makin tak nak makan dan Lisa agak dia tengah nak ringankan badan untuk berdiri dan berjalan. Masa ini juga giginya bertambah 2, maka jumlah gigi Sarah bila masuk usia 12 bulan sudah capai 6 batang. 4 batang atas dan 2 batang di bahgian bawah. Finger food adalah makanan kesukaan dia ketika ini. Dia lebih suka pegang sendiri makanan tersebut dan kadang-kadang baru minta Lisa suapkan.


Sarah juga dah mula tak nak makan apa yang dia makan ketika usia bawah 12 bulan dan dia mahu cuba makanan yang kami makan. Sebab itulah, Lisa kena olah sikit pemakanan kami supaya sesuai juga dimakan oleh Sarah.


Cara penyediaan makanan bayi bukanlah susah tetapi perlu ada ilmu supaya khasiat dan nutrisi buat si bayi terjaga. Dulu waktu Lisa dengan anak pertama, sejujurnya Lisa tiada imu bab makanan bayi ini sebabnya Fareeq boleh dikatakan sepenuhnya dijaga oleh pengasuh dan makanan juga disediakan oleh pengasuh. Lisa hanya sediakan makanannya untuk hujung minggu sahaja dan ketika itu Lisa agak sibuk bekerja membuatkan masa dengan anak agak kurang.


Alhamdulillah untuk anak kedua Allah beri rezeki masa dengan anak dan dari situ Lisa betul-betul belajar tentang ilmu pemakanan bayi dan pemakanan kanak-kanak.

Lisa harap dengan perkongsian panjang ini dapat beri sedikit sebanyak idea dan ilmu kepada anda yang masih baru menjadi ibu. Tak salah rendahkan diri untuk menuntut ilmu yang baru buat kita. Kesilapan yang kita telah buat anggaplah pelajaran yang sangat bernilai dalam hidup.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian post. kejap ja kan masa anak2 membesar ^_^

    ReplyDelete
  2. Comel sangatttttt.

    If cik interested utk tahu milestone kanak2, boleh lihat artikel ni.
    https://edureviews.com/blog/my/ms/mengetahui-jadual-perkembangan-anak-anda/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.