Cara Mendaftar Mums Club di Shopee Dan Banyak Faedah Sertainya Bagi Ibu Yang Suka Membeli Barangan Bayi dan Kanak-kanak
Cara Mendaftar Sebagai Ahli Mums Club di Shopee serta Faedahnya | Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak, Lisa merasakan dengan sertai Ahli Mums Club Shopee, ia banyak membantu dari segi penjimatan bagi pembelian barangan bayi. Yes! I'm savvy mum.
Tidak dinafikan, harga barangan bayi dan kanak-kanak semakin mahal dan ditambah pula dengan musim pandemik ini, ia agak terkesan buat ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dan pada masa yang sama mempunyai anak yang lain berusia di antara setahun sehingga 6 tahun. Kerana itulah fasa yang banyak keperluan asas perlu disediakan.
Bagi ibu-ibu yang pertama kali mendengar Mums Club Shopee, inilah masanya untuk anda mendaftar sebagai seorang ahli club tersebut dan mulai nikmati diskaun dan faedahnya. Sebelum Lisa kongsikan apa yang bakal ibu-ibu dapat setelah menyertai Mums Club Shopee, Lisa terangkan cara mendaftar Mums Club di Shopee terlebih dahulu supaya anda faham dan jelas tujuan anda sertainya.
Baca: Senarai Barangan Baby Yang Perlu Dibeli-PDF
Pengalaman Mempunyai Bayi High Demand
1. Anda hanya boleh mendaftar Mums Club Shopee hanya melalui apklikasi Shopee sahaja, tidak boleh di dekstop atau di laptop anda. Contohnya seperti gambar di bawah. Klik di ikon Mums club dan seterusnya, ia akan minta anda untuk mendaftar dan isikan beberapa butiran diri contohnya, tahun kelahiran setiap anak anda dan adakah anda sedang mengandung atau tidak.
2. Kemudian, anda klik setuju untuk terma dan syarat seterusnya' Submit' pendaftaran. Ya, anda sudah pun menjadi ahli Mums Club Shopee.
- Nuk
- Johnsons and Johnsons
- Enfagrow
- Pureen
- Mamypoko
- Dan banyak lagi, anda boleh lihat di sini jenama-jenama yang sertainya.
Setiap ibu di atas muka bumi ini pasti mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak termasuklah pembelajaran mereka, keperluan asas mereka seperti pakaian, makanan dan tempat perlindungan mengikut kemampuan kita masing-masing. Percayalah, dengan menyertai komuniti seperti Mums Club Shopee ini, ia merupakan satu medium tempat membeli dan berbelanja secara berhemah.
Dengan perkongsian ini, Lisa harapkan supaya ibu-ibu dapat manfaatnya. Terima kasih kerana singgah di artikel ini.
wah menarik! dpt diskaun yg best tuu
ReplyDelete