Cara Daftar Berniaga Di Shopee dan Cara Naikkan Jualan pada Tahun 2021


August 23, 2021

Cara Daftar Berniaga Di Shopee pada tahun 2021|  Shopee merupakan salah satu platform e-commerce yang semakin terkenal dan mendapat tempat di hati pembeli mahupun para peniaga sejak tahun 2019. Mengikut laporan akhbar tempatan, boleh dikatakan setiap hari terdapat lebih 500 000 pengunjung datang ke laman website atau aplikasi shopee dan terdapat lebih 100 000 peniaga berniaga di website Shopee. Ini menunjukkan bahawa Shopee merupakan platform perniagaan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. 




Bagi anda yang mempunyai perniagaan sendiri mahupun sedang melakukan perniagaan secara dropship dan agent, inilah peluang keemasan untuk anda rebut dan sertai berniaga di Shopee. Hal ini kerana dengan menggunakan platform Shopee sebagai medium perniagaan, ia dapat mengembangkan perniagaan anda bukan sahaja dua kali ganda malah lebih 5-10 kali ganda. Shopee juga dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan anda berbanding pesaing yang lain dengan adanya istilah preferred Seller. 


Oh ya!!! Bagi anda yang tiada produk dan sedang mencari lubuk supplier produk dari China, anda boleh ke laman ini untuk mengetahui panduan bagaimana penulis boleh membeli borong barangan dari Cina secara online dan dengan cara tersebut anda juga boleh pasarkan produk tersebut di Shopee. 


Mengapa Perlu Berniaga di Shopee?


  1. Free Marketing yang Shopee sendiri lakukannya untuk anda. Pada tahun 2021 ini, siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama e-commerce Shopee? Di Tv, radio, youtube dan medium media social semuanya Shopee naikkan iklan mereka. Bermaksud pembeli sudah tahu dan kenal Shopee. 
  2. Mudah untuk mendaftar sebagai peniaga di Shopee tanpa memerlukan dokumen dan syarat yang rumit.
  3. Tidak perlu runsing untuk fikirkan sistem pengurusan marketing, stok dan penghantaran kepada pelanggan.
  4. Pembeli yang mencari peniaga, bukannya peniaga mencari pembeli seperti kita menjual di Facebook mahupun di media sosial yang lain.
  5. Tidak perlu serabut dengan karenah bakal pembeli(menggunakan whatsapp) yang akhirnya tidak membeli dengan anda.
  6. Seolah-olah seperti mendapat pendapatan pasif kerana apabila anda tidur atau buat rutin harian, order anda masih akan masuk sekali dengan jumlah jualan. 

Sudah pasti anda tidak sabar untuk buka akaun perniagaan di Shopee dan ingin tahu bagaimana cara mudah mendaftar perniagaan di Shopee pada tahun 2021.


Inilah langkah mudah yang perlu anda ikuti:


1. Pastikan anda mempunyai akaun profile Shopee terdahulu

Sebelum membuka akaun perniagaan di Shopee ,anda perlu memiliki akaun Shopee dahulu. Cara bagaimana mendaftar akaun profile Shopee adalah dengan download apps Shopee . Selepas anda download dan anda boleh mula mendaftar sama ada menggunakan akaun Facebook, Email atau pun Apple ID. Kemudian, anda perlu lakukan verifikasi untuk nombor telefon atau pun email. Pastikan nombor telefon dan email tersebut belum pernah didaftar sebelum ini. 

2. Setelah itu, anda klik di profile anda dan pergi ke menu 'Start Selling' seperti gambar di bawah


3. Kemudian, ia akan bawa anda ke laman untuk 'ADD PRODUCTS'




4. Apabila anda klik di add products, akan keluar notifikasi seperti di bawah di mana, Shopee meminta anda memilih cara penghantaran barang anda kepada pelanggan. 



5. Akhir sekali, sekali anda sudah boleh mula berniaga dengan menambahkan produk yang ingin dijual sama ada produk anda sendiri mahupun produk dropship yang telah anda daftarkan sebagai dropshipper. Dan anda juga perlu melengkapi beberapa butiran diri dan perniagaan seperti maklumat bank, logo perniagaan dan jangan lupa letakkan banner perniagaan anda supaya mendapat kepercayaan penuh daripada bakal pelanggan.  


Mudahkan cara mendaftar perniagaan di Shopee pada tahun 2021 ini. Lisa percaya anda yang mahu mendafatar perniagaan di Shopee sudah tentu mahukan pulangan jualan yang tinggi dan ini juga sebagai kayu ukur sejauh mana perniagaan anda boleh pergi dengan adanya platform seperti Shopee ini. 

Jangan risau, sebabnya sudah terbukti seorang wanita yang Lisa sendiri kenalinya melalui laman Facebook dan beliau sudahpun mencapai jualan 6 angka hanya dari medium Shopee sahaja. Bukan setakat itu, beliau juga dengan murah hatinya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menarik hati pelanggan membeli produk anda. 


Diakui bahawa terdapat persaingan dalam Shopee e-commerce ini, tetapi dengan adanya strategi dan tips yang betul, anda boleh menaikkan jualan produk anda. 


Gambar di bawah menunjukkan penghasilan jualan yang Puan Zarini lakukan. 







Bak kata penulis Rich Dad, Poor Dad, Robert Kiyosaki , belajar daripada mereka yang sudah berjaya.



Kerana Apa?


Kerana mereka ini sudah lalui jatuh bangun dalam perniagaan mahupun dalam sesuatu bidang. Seolah-olah mereka sudah menebas lalang yang ada di hadapan, dan kita hanya perlu mengikut jalan yang sudah tiada lalang dan lebih cepat untuk kita capai kejayaan. 


Ya, ILMU itu sangat penting untuk kita tuntut daripada mereka yang sudah berjaya. Puan Zarini antara peniaga yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan di Shopee, insyaALLAh dengan Ilmu yang bakal anda dapat menaikkan jualan produk anda seterusnya meningkatkan penghasilan anda. 


Apa yang membuatkan Lisa tertarik dengan Puan Zarini kerana beliau adalah seorang surirumah dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga. beliau juga ada menulis tentang bagaimana beliau bangkit sebagai seorang surirumah dan boleh melangsaikan hutang setengah juta. 


Baiklah... 


Apa yang bakal anda belajar daripada Ebook Shopee Puan Zarini

  • Beliau akan ajar bagaimana untuk mulakan perniagaan di Shopee daripada perkara asas sehinggalah bagaimana untuk uruskan jualan di Shopee.
  • Cara naikkan rating dan like yang banyak sehinggakan bakal pelanggan jumpa kedai dan produk kita di Shopee.
  • Bagaimana untuk menjadi preferred seller.
  • Terdapat 165 muka surat ebook yang bakal anda miliki dan pelajari ilmu menaikkan jualan di Shopee ini.


Gambar di bawah ini adalah testimoni yang dikongsikan oleh pelajar Puan Zarini yang membeli ebook beliau dan menghasilkan jualan yang luar biasa. 









Dengan adanya tunjuk ajar daripada Puan Zarini yang berpengalaman naikkan jualan di Shopee sehingga mendapat pendapatan yang lumayan, insyaALLAH anda juga boleh mengikut jejak langkah beliau. 



Untuk maklumat lanjut anda boleh klik gambar ini dan anda juga boleh baca testimoni serta penghasilan yang dilakukan oleh Puan Zarini 


Bagi anda yang sudah membuat keputusan untuk daftar berniaga di Shopee dan seterusnya ingin menaikkan jualan di Shopee, maka inilah masa yang tepat untuk anda menuntut ilmu dan mula bertindak. InsyaAllah kejayaan pasti milik kita semua yang berusaha. 



No comments:

Powered by Blogger.