Pengalaman Mengandung dan Bersalin Di Kota Dubai - Part 1


August 22, 2021

 Pengalaman Mengandung, Bersalin dan Berpantang di Kota Dubai | Sebenarnya Lisa tidak pernah sangka bahawa suatu hari nanti Allah kurniakan rezeki dan nikmat dapat bersalin di luar negara iaitu di Kota Dubai. Tidak dinafikan Lisa pernah menyuarakan kepada suami yang Lisa teringin nak bersalin di luar negara, saja nak dapat pengalaman berharga tersebut. Orang kata nak kutip pengalaman hidup selagi banyak yang boleh.



Lisa pernah keguguran ketika kami tinggal di Doha, Qatar. 


Baca: Pengalaman Mengandung Anak Perempuan 


Alhamdulillah, selepas beberapa bulan Lisa dapat mengandung kembali untuk anak ketiga kami iaitu Qaisarah Yusra, tetapi 3 bulan sebelum bersalin Lisa pulang ke Malaysia sebabnya kos bersalin di Qatar sangat mahal dan kami tidak dapat insurans perubatan ketika itu. Bayangkanlah sekali check up bulanan dalam Rm600-700. Bagi kami yang berhijrah ke luar negara dan tidak dapat family package, kami rasakan kos tersebut agak tinggi dan itu belum termasuk untuk beberapa rawatan susulan yang perlu dibuat sebelum bersalin. 


Dipendekkan cerita, kami berpindah pula ke Kota Dubai selepas 2 tahun setengah di Qatar dan alhamdulillah selang setahun Qaisarah dilahirkan dan Lisa ALLAH bagi rezeki yang tidak disangka sangka untuk anak yang keempat kami. 


Bagaimana kos checkup mengandung dan bersalin di Dubai? 

Untuk pengetahuan anda, jika anda mahu apply untuk menjadi resident di negara UAE ini, anda perlu ada kad insurans sama ada persendirian mahupun syarikat anda bekerja yang akan bantu membayarnya. Dalam situasi Lisa dan suami, alhamdulillah kami dapat family package iaitu insurans medical card diberikan oleh syarikat dan segala perbelanjaan daripada awal mengandung sehinggalah anak ini bersalin dan seterusnya monthly checkup juga di tanggung oleh insurans card tersebut. 


Sebab itu jugalah, Lisa dan suami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan Lisa mengandung dan bersalin di Dubai ni. Dan ketika itu juga kami tiada pilihan untuk pulang ke Malaysia kerana kes covid sangat tinggi dan golongan yang berisiko adalah ibu mengandung seperti Lisa. 


Hospital Swasta atau kerajaan? 

Seperti yang Lisa katakan di atas, disebabkan kami dapat insurans card maka kami pilih hospital swasta yang dekat dengan rumah kami dan jika mahu pergi ke hospital kerajaan ia agak jauh. 


Bagaimana rawatan mengandung atau check up di Hospital Swasta Dubai?

Sebenarnya rawatan untuk monthly check up di Hospital Swasta di Dubai sama sahaja dengan hospital kerajaan atau swasta di Malaysia. Cuma bezanya, jika di Malaysia untuk rawatan kerajaan, kita perlu mengambil urine test/ujian air kencing setiap kali rawatan dan scan baby hanya 2 atau 3 kali sahaja. Tetapi di sini urine test hanya dilakukan sekali sahaja iaitu ketika pertama kali datang check up mengandung. 


Prosesnya lebih mudah berbanding di Malaysia dan setiap kali check up doktor yang kita pilih daripada awal mengandung sehinggalah kita akan bersalin, mereka ini akan scan baby kita setiap kali datang rawatan. Dan penerangannya sangat simple. As long as our baby's development bagus dan ikut carta kesihatan, maka sesi tersebut akan berlaku sangat singkat dan ringkas. 


Lisa masih ingat lagi doktor yang Lisa pilih namanya Doktor Asma, wanita muslim Pakistan. Doktor ini sangatlah baik dan ilmunya dalam bidang gynaecology sangat meluas. Jika sebut sahaja nama Doktor Asma di hospital tersebut semuanya akan kata she is the best dokctor in gynae. 


Pengalaman Mengandung dan pada masa yang sama menyusukan anak?

Allahuakbar.. Allah sahaja yang tahu suka duka dan pengalaman berharga ketika itu. Sambil Lisa mengandungkan Faqeeh, Lisa masih menyusukan Sarah dan ketika itu Sarah masih setahun sebulan kalau tak silap. Memang niat Lisa susah macam mana sekali pun Lisa akan menyusukan Sarah sehingga umurnya 2 tahun. 


Sepanjang menyusukan Sarah dan mengandungkan Faqeeh, Lisa akui memang selalu sakit belakang di bahagian pinggang dan tidur jarang sangat cukup untuk beberapa jam sahaja. Waktu mengandung, Lisa masih dukung Sarah dan suami selalu tegur tak perlulah dukung Sarah sebab ia tidak baik untuk kandungan sebenarnya. 





Tetapi waktu itu, Lisa mempunyai perasaan yang terlalu kesian dekat dia sebab masih mahu bermanja dan suka untuk didukung dan dibelai. Perasaan mak-mak kan memang macam ni.. Ehehhe...Biasalah anak perempuan kan. Sampai sekarang pun(umur Sarah dah 2 tahun setengah), Lisa perlu peluk dia untuk tidur dan jika dia nak main, Lisa perlu duduk sebelah dan sambil tu ribakannya. 


Baju Mengandung?

Untuk pengetahuan anda, sejujurnya Lisa rasa sangat susah nak cari baju ibu mengandung di Dubai ni. Mula-mula Lisa pun tah faham kenapa rasa susah nak cari walaupun pergi ke butik Mall sekali pun. mungkin ada pilihannya tetapi kebanyakannya tidak menepati selera Lisa sebabnya kebanyakannya tidak menutup aurat sebagai contoh baju ibu mengandung yang sangat ketat, ada yang takat lutut, ada yang nipis kainnya dan tidak kurang juga lengan pendek. 


Iyalah, kalau boleh Lisa lebih suka baju ibu mengandung yang kita sarung sahaja dan terus boleh tutup aurat keseluruhannya seperti labuh,longgar, lengan panjang dan tidak jarang. Jika di Malaysia terlalu banyak pilihan baju mengandung seperti itu kan.


Makanya, Lisa terpaksa jadi kreatif dalam pemilihan baju mengandung iaiatu seperti membeli baju di butik online yang terkenal di Turki dan termasuklah di belah europe iaitu Modanisa ( Guna kod LISA untuk dapatkan 15% diskaun - di Modnisa apps Malaysia)  kemudian Lisa ada juga beli baju yang saiz besar supaya ia longgar bila di pakai. 


Sebenarnya ini bukanlah baju mengandung tetapi Lisa pilih design yang bertingkat dan kembang ke bawah maka tidaklah nampak sangat baby bump tu.


Baju ni pula sebenarnya agak ketat di dalamnya walaupun ia lengan panjang, sebab itu Lisa cover dengan cardigan berlengan pendek.


Bila difikirkan balik mengapa di sini susah sangat nak jumpa baju mengandung, sebabnya kemungkinan orang arab ini bila mereka mengandung mereka memang akan pakai Abaya hitam yang depannya jenis terbuka, dan di dalam lapisan tersebut mereka akan pakai baju jenis mengandung yang agak singkat atau nipis. 

Next Part Lisa kongsikan pengalaman sambil mengandung kami pindah rumah

Ketika mengandung di Dubai, bagaimana untuk cari tukang urut selepas bersalin

Ketika mengandung Lisa alami sakit gatal yang sangat teruk

dan macam-macam lagi Lisa akan kongsikan..insyaALLAH

Bersambung.......

1 comment:

  1. Seronok pulak baca pasal beranak2 ni. Harap ada lah kesempatan untuk Syu dapat anak.Dapat sorang pun jadi lah buat kawan😁💕.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.