10 Makanan Sihat Untuk Naikkan Berat Badan Anak
Ibu bapa mana yang tidak risau kalau berat badan anak tidak naik dan kesannya pula nampak mereka kelihatan tidak aktif, lesu dan mudah penat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak ini kurang berat dan tidak selari dengan graf yang sesuai dengan umur mereka antaranya adalah faktor:
- Kekurangan nutrisi
- Terlalu aktif menyebabkan kalori yang dimakan mudah terbakar
- Mengalami gangguan pencernaan
- Pemilihan pemakanan yang tidak sihat
- Keadaan sekeliling
- Dan sebagainya
Artikel Berkaitan: 5 Cara Naikkan Berat Badan Anak Secara Sihat dan Selamat
Tindakan ibu bapa untuk menghadapi anak yang kekurangan berat adalah pertama sekali membawa mereka berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat kenal pasti faktor anak ini kekurangan berat. Jika anak anda kekurangan berat disebabkan faktor pemakanan iaitu kekurangan nutrisi dan pemilihan pemakanan yang tidak sihat maka anda boleh mula mengorak langkah untuk mula memberi makanan seperti di bawah iaitu portion tersebut dilebihkan supaya anak dapat naik berat badan secara sihat.
Berikut merupakan senarai 10 Makanan Sihat baik untuk naikkan berat badan anak anda
- Telur
- Peanut Butter
- Pisang
- Ayam
- Yogurt
- Kekacang
- Olive oil
- Kentang
- Whole Wheat Bread
- Susu
Dengan 10 makanan di atas, anda boleh pelbagaikan menu tersebut antaranya, untuk sarapan pagi anda boleh sediakan menu seperti telur rebus dan yogurt.
Makan tengahari , sumber protin seperti ayam boleh dimasak dengan pelbagai resepi mudah yang kebiasaannya anak-anak gemari, manakala minum petang anda boleh sediakan roti dan disapu dengan peanut butter. Kemudian, pada waktu makan malam, anda boleh berikan mereka kentang dan ayam, atau dimasak bersama seperti ayam masak kicap yang diletakkan sekali kentang dalam resepi tersebut.
Bagi anda yang sedang mencari resepi untuk anak-anak, boleh beli buku resepi Bekal Anak Sekolah oleh Chef Azlan, terdapat 44 resepi yang boleh anda buat untuk anak anda sama ada untuk ke sekolah mahupun di rumah. Klik di link ini untuk pembelian.
No comments: