4 Sebab Mengapa Anda Perlu Ada 'Income Protection' Untuk Diri Sendiri Dan Insan Tersayang
Sejujurnya, Lisa tidak pernah terfikir betapa pentingnya perlu sediakan 'Income Protection' atau lebih dikenali sebagai takaful atau insurans sehiggalah suami Lisa beritahu yang dia mahu Lisa cari kawan yang buat takaful insurans sebabnya dia rasa bertanggungjawab untuk buat 'Income protection' demi keluarga. Pada masa itu, Lisa siap bagitahu yang tak perlulah bazir duit nak membelanjakan takaful kerana insyaALLAH dengan menjaga kesihatan dan letak sepenuhnya kebergantungan kepada Allah, pasti hidup kita lebih aman dan tak bergantung dengantakaful atau insurans.
TETAPI...
Makin hari, Lisa baca banyak kisah-kisah duka di berita tentang cerita sebenar, apabila si suami meninggal dan pada masa yang sama banyak hutang piutang perlu ditanggung oleh si isteri dan keluarga. Ada juga kisah yang si suami mengalami kecelakaan, dan tiada income protection menyebabkan isteri dan anak-anak yang ditanggungnya mengalami kesusahan dari segi kewangan dan emosi. Ketika itu, Lisa mula terfikir bagaimana ia berlaku kepada diri kita..nauzubillahi minzalik....
Lisa pernah mendengar ceramah daripada seorang ustazah terkenal di Malaysia, Ustazah tersebut berkata 'Belajarlah kesilapan daripada diri sendiri dan kesilapan orang lain. Betulkan kesilapan tersebut supaya ia tidak terjadi atau berulang kembali pada diri kita'
Ia membuatkan Lisa mula berfikir panjang
Tidak cukup dengan berita-berita tersebut, maka satu hari Allah uji keluarga Lisa di mana arwah mak Lisa sendiri sakit tenat. Beberapa kali juga mak Lisa keluar masuk hospital, kalau tidak silap lebih 5 kali sebelum mak menghembuskan nafas terakhir.
Ketika itu, Lisa bersyukur sangat sebab mak dapat rawatan yang terbaik daripada doktor yang bagus di hospital swasta dan segala perbelanjaan hospital A to Z, ditanggung oleh medical card yang disediakan Syarikat abah Lisa bekerja. Kami adik beradik hanya perlu membantu dari segi kos keperluan asas arwah mak ketika mak di bawa pulang ke rumah. Antaranya pampers, katil hospital, alatan dressing dan sebagainya. Kalau tak silap setiap bulan, lebih Rm500 perlu digunakan untuk perbelanjaan kos tersebut.
Kemudian, Lisa terfikir alhamdulillah mak Lisa sangat bertuah sebab ada suami yang bekerja di syarikat yang boleh tanggung kos rawatan pasangan A sampai Z dan mak ada anak-anak yang sudah bekerja dan mampu untuk menanggung kesemua kos perbelanjaan tersebut. Tetapi tak semua orang dapat rezeki seperti mak Lisa, bagaimana mereka yang masih muda tetapi diuji perkara yang sama.
Allahuakbar...
Sudah tentu ia bukan jalan yang mudah untuk ditempuhi.
Bukan kita mahu mendoakan perkara buruk berlaku ke atas diri kita mahupun orang tersayang tetapi ia adalah perkara di luar jangkaan dan ia rahsia ALLah dan hanya Dia sahaja yang tahu. Tetapi sebagai manusia dan hambaNya yang banyak kelemahan, tidak salah untuk kita menyediakan payung sebelum hujan. Jika hujan tidak turun bersyukurlah, tetapi jika hujan turun sekurang-kurangnya kita ada payung yang boleh lindungi kita daripada basah kuyup.
Sebab itu jugalah, Lisa rasa terpanggil untuk menulis 5 sebab mengapa anda dan Lisa sendiri perlu ada 'Income Protection' untuk diri kita sendiri dan insan yang Kita amat sayang.
Sayang Keluarga
Maaf bukan bermaksud Lisa kata kepada mereka yang tidak mengambil atau menyediakan 'Income Protection' ini tidak sayang keluarga, tetapi jika anda adalah ketua keluarga dan hanya anda seorang sahaja yang mempunyai sumber pendapatan dan pada masa yang sama isteri, anak-anak atau ibu bapa hanya bergantung harap dengan pendapatan anda untuk kelangsungan hidup, maka anda perlulah memikirkan tentang masa depan mereka jika suatu hari nanti apa-apa perkara yang berlaku kepada anda, sekurang-kurangnya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dengan adanya 'Income protection' yang telah anda sediakan dari awal lagi.
Tidak salah untuk kita fikirkan perkara masa depan yang belum tentu terjadi kerana sekurang-kurangnya kita mempunyai perancangan yang terbaik buat keluarga yang kita sayang.
Jangan risau, terdapat banyak agent takaful dan insurans di Malaysia yang menawarkan 'Income Protection' mengikut budget dan kemampuan kita. Jika anda tanya Syarikat apa yang terbaik di Malaysia? Lisa tiada jawapan untuk soalan tersebut kerana setiap Syarikat Takaful dan Insurans di Malaysia mempunyai kelebihan masing-masing dan yang penting matlamat mereka sama iaitu ingin membantu kita dalam menangani pekara yang belum tentu untuk masa depan diri dan keluarga tersayang.
Tanggungan Hutang
Pada tahun 2021 ini, boleh dikatakan lebih 70% rakyat Malaysia mempunyai tanggungan hutang, sama ada jumlahnya sedikit mahupun banyak. Dan kebanyakannya adalah menanggung hutang kereta, rumah, personal loan, PTPTN dan sebagainya lagi.
Tapi... Apa kaitan tanggungan hutang semua ini dengan income protection yang anda sediakan?
Untuk pengetahuan anda yang masih baru atau mula berfikir untuk mengambil income protection ini, ia dapat membantu waris melangsaikan hutang-hutang tersebut jika berlaku kematian atau cacat kekal terhadap mereka yang menyediakan income protection ini. Perkara ini bukan sahaja dapat membantu diri kita tetapi keluarga kita yang mungkin akan menanggung hutang yang kita bina pada masa yang lepas.
Kos Rawatan Termasuklah Perbelanjaan Rawatan Di Luar Hospital
Seperti yang Lisa ada ceritakan tentang kisah ibu Lisa, sekurang-kurangnya perbelanjaan untuk kos rawatan dan keperluan asas adalah dalam lingkungan Rm300-Rm800 sebulan. Sebagai contoh kos pampers, kos perubatan, katil hospital, pemakanan seperti susu atau vitamin tambahan dan sebagainya lagi, kos-kos ini adalah perlu ditanggung sendiri dan jika anda menyediakan Income Protection, maka ia dapat menampung kos-kos tersebut mengikut keperluan anda ketika sakit.
Anda boleh lihat Senarai Barang Asas Keperluan Pesakit Yang Terlantar. Dan ia bukanlah murah tetapi memerlukan kos yang agak tinggi untuk ditanggung pada tempoh masa yang sebentar mahupun panjang.
Bantuan Penjagaan
Mengikut pengalaman Lisa sendiri ketika menjaga ibu Lisa yang terlantar, kami adik beradik ada upah penjaga untuk menjaga ibu Lisa ketika beliau baru keluar dari hospital. Tujuannya adalah kami adik beradik ada rutin harian dan pekerjaan yang tetap untuk dilakukan dan ketika kami tiada disamping ibu, sekurang-kurangnya ada pembantu yang boleh tolong ibu untuk melakukan keperluan asasnya seperti ke tandas, makan minum dan sebagainya.
Bayangkanlah jika anda ada keluarga yang mempunyai tugas hakiki dan tidak mampu untuk menjaga anda ketika sakit, bagaimana untuk kita buat urusan asas harian ini. Untuk pengetahuan anda, 'Income Protection' ini dapat membantu anda dari segi membayar upah 'Caretaker' sepanjang tempoh anda sakit. Mungkin dengan adanya Caretaker ini dapat meringankan urusan keluarga anda malah untuk urusan diri anda sendiri.
Ramai yang mengambil mudah dalam merancang kewangan keluarga untuk masa akan datang. Tetapi hal ini adalah salah satu perkara penting untuk kita ambil kira dalam perancangan kewangan keluarga. Kerana ia melibatkan perkara yang belum tentu terjadi tetapi sekurang-kurangnya kita sudah sediakan payung sebelum hujan dan ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri kita tetapi orang sekeliling yang kita sayang terutama keluarga terdekat.
Oleh yang demikian, sebagai orang yang pernah melalui saat duka dalam kehidupan dan ia berlaku orang terdekat dengan Lisa sendiri maka Lisa sangat menyarankan agar anda yang sedang membaca ini untuk mengambil langkah bijak untuk mulakan perancangan kewangan tersebut.
Anda boleh hubungi KLIK LINK ini untuk megetahui maklumat lanjut tentang Income Protection.
Semoga dengan perkongsian ini dapat beri manfaat untuk anda dan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mebuat keputusan perancangan kewangan keluarga.
No comments: